Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 6 March 2012

Manusia Puki

Kita sekarang dikelilingi hutan.
Tetapi bukan hutan yang menghijau.
Hutan konkrit.
Hutan yang manusia tergila-gilakan pada zaman siber ini.

Saban hari.
Air mataku menitis.
Bukan kerana paksaanku.
Tetapi kerana sayu melihat kehijauan pokok ciptaanNya ditebang begitu sahaja.

Bukankah tumbuhan juga berzikir?
Mulia bukan?
Tetapi kenapa ciptaan semulia itu diperkosa?
Diperkotak-katikkan tanpa ada sedikit rasa bersalah pun.

Habitat haiwan liar kian tidak terjaga.
Nak harapkan zoo?
Berapa ekor sangat binatang boleh muat?
Aku sayu. Pilu. Malu.

Hidupan laut semakin terancam.
Sumber yang akan meneruskan populasi spesisnya diambil.
Dimakan oleh kerakusan manusia yang inginkan kepuasan diri mereka sendiri.

Manusia.
Tamakkan harta.
Dahagakan kepupusan.
Laparkan kehancuran.
Hingga mereka telah capai, gapai apa yang mereka angankan.

Aku malu mengaku sebagai manusia yang puki.
Manusia yang tak bersyukur atas nikmat yang diberi.

Toriq Ziyad.

No comments:

Post a Comment