Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 27 August 2014

Mimpi Tinggi

Mungkin kau bilang aku mimpi sembarang.
Mungkin mimpi sekadar anak petang.
Mungkin mimpi sekadar bersarang.
Atau mimpi yang bawa aku terbang.


Tinggi-tinggi mimpi layangkan.
Bawa aku ke dunia khayalan.
Tinggi lagi, mimpi terbangkan.
Hubungan dunia kita putuskan.

Pulanglah;
kau panggil.
Aku takkan dengar.
Aku mahu ikut -
mimpi.

Wednesday 20 August 2014

Puisi Bunga Daisi

Puisi bunga daisi -
untuk kamu yang disayangi.

Bukan rupawan.
bukan manisan.
bukan ketagihan.
cuma kebiasaan.

dalam sejambak mawar merah -
cuma aku daisi putih.
(hakikinya aku tak putih)
aku daisi biasa,
berperasaan regular sahaja.
hak cipta terpelihara;
bukan untuk siapa-siapa.
ya kamu.
seorang sahaja.


Wednesday 13 August 2014

Putus Nyambung

Putus, sambung. Putus, sambung. Dan pada suatu ketika. Aku perlukan ruang. Sama ada untuk berfikir untuk menjauh. Dan jarak yang pisahkan kita, sudah cukup.

Cabaran menduga – aku pun tak tahu aku sudah sampai di tahap, aku sedang di persimpangan.

Aku manusia yang sedang di persimpangan. Memutuskan dan memisahkan, jasad dari hati. Perasaan dari logik.

Aku manusia yang sedang berkira-kira. Memutuskan bermakna melukai hati sendiri. Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat menumpang kasih.

Tuhan berilah aku kekuatan lagi untuk meneruskan. Aku sudah tidak mampu lagi.


Tuesday 12 August 2014

Aku Pergi

Bila kulunimbus menutupi sinar mentari,
dan hilanglah segala siang yang menghidupkan hati.
 
Bila dingin merapati sumsum,
dan memecah liang liang yang tertutup.
dan aku keseorangan, menanti kamu.
 
Jika pergi akan membahagiakan,
jika datang akan memusnahkan;
biar apa yang telah terpatri selama-lama.
cuma tinggal bingkaian janji,
yang pernah tertulis dalam sejarah.
 

Biar apa yang dibilang,
Biar apa yang dihina,
Biar segalanya.

Biar aku disini
usah kau toleh pandang aku
Biar cinta suci ini
Biar ia terbuku.

(Adam ashman)

------------------------

Sengaja aku titipkan lebih
 rasa cinta sayang aku pada Dia
agar tidak lalai dengan cinta dunia
yang durjana.

5.18pagi. Ramadan ke dopuluhtiga.

(Adam ashman)

----------------------

Bercakap sana sini
umpama dia tahu itu ini,
Apa ilmu didada sudah cukup untuk kau mendabik dada?
Biar nampak bodoh
Jangan dihina kerana bodoh.

(Adam ashman)

Ramadhan ke lapanbelas.
------------------------

Saat cinta mahu dibina,
Segalanya berubah.

Rupanya cinta yang hadir itu
persis bunga2 kertas yg menghiasi ruang hati.

Cinta itu hanya jenaka.
Aku diam--

(Adam ashman)
Ramadan ke sembilanbelas
--------------------

Twitter : @adamashman96
Luluh hatiku yang sayu
Setiap kali menatap wajahmu
Kau mengingatkan ku kepada kisah dulu
Kisah kau dan aku bersama
Bahagia sungguh tika itu

Namun kini
Kau jauh dari diri ini
Tanpa sebarang penjelasan
Kau sakiti hati ini

Sayang,
Hanya padamu ku serahkan segalanya
Tidak terlintas di fikiranku menduakan mu

Namun ketentuan Ilahi,
Telah memutuskan ikatan kita
Kini kau bahagia bersama insan lain.

Rasa

rasa tu misteri
bukan boleh kau baca di balik mimpi
atau kau main teka-teki
itu yang buat rasa tu istimewa
kerna ia selalunya kekal sebagai rahsia

yang mampu ketahui
mungkin yang terpilih
mungkin yang bertuah
menjumpai kunci kepada rasa

rasa yang terdalam.


Twitter : @aechaibrahim
Facebook : aisya ibrahim
Instagram : @ratucoffee
Blog : perempuanpuisi.blogspot.com

Janji

Janji
Sesuatu yang mudah diperkatakan kala ini
Ringan mulut tutur kehendak hati
Kehendak yang belum mampu pasti
Jangan mudah percaya pada janji
Kelak janji itu membaham diri
Kala itu hati berdarah tiada siapa peduli
Janji hanya tinggal janji

Twitter : @RosyieDikda

Planet Sementara

Rumah yg usang jgn disangka lusuh isinya
Adakala ianya terhias cantik dek budi yang tulus
Usah disangka mahligai indah itu selalunya mulia
Siapa tahu isinya disemadikan hasad dengki yg tersohor
Jika seekor ulat beluncas mampu berubah menjadi rama-rama yang indah
Dan itu sudah tersurat untuknya
Inikan pula kita yg sudah terbentuk elok
Hanya perlu disulam cantik
Maka cantiklah jadinya
Jika buruk sulamannya maka huduhlah hasilnya
Jgn ingat air yg tenang tiada gelodaknya
Serupa kehidupan ini kita yg punya
Padahal ianya pinjaman semata-mata
Milik mutlak Maha Pencipta
Hanya Yang Maha Esa berhak menentukan segalanya


Twitter : @RosyieDikda

Tin Kosong


Kau nyalakan satu keinginan dalam hatiku --
untuk ingin pergi jauh-jauh dari fana.

Kau beriku harapan -
bahawa bilamana aku bangkit nanti
kau sudah tunggu di penghujung jalan mati.

Mana kamu -
yang manis janji?
Tin kosong.

Monday 11 August 2014

Malfungsi Alam

Halusinasi yang mencengkam rapat,
bukan sekadar gas yang memanjat.

dan asap asap yang menebal;
bikin paru paru jadi sesak dan sebal.

kepada hijau yang dirindu,
dan biru yang membeku;
dengarkanlah rintihanku.

Sesalan akan menghukum nanti;
dan akhirnya bumi ini mati.

Sunday 10 August 2014

Rupawan dan si Buruk

Orang kata pipit dengan pipit,
enggang terbang sama dengan enggang.
Maka aku ini?
Sepotong hati yang dipanggang sepi.

Hanya mampu melihat kau dari jauh,
rupawan yang menjadi idaman sang jaguh.
Menangisi --
kegagalan untuk memiliki.

dan aku si buruk rupa;
menghadap kematian yang nyata.
Mati sekeping hati; dihanguskan mimpi.