Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Thursday 30 May 2013

HANNY


HANNY. JIKA KAMU BUKAK BLOG INI.
KAMI HARAP KAMU KEMBALI.
KAMI RINDUKAN KAMU.

Aku Tak Pandai

Aku tak pandai memegang segala tube untuk bereksperimentasi sains.

Aku tak pandai mengetik tetikus untuk mengubah gambar ciptaan sendiri.

Aku tak pandai memegang alat-alat besi untuk menyihatkan kenderaan.

Aku tak pandai duduk diam di pejabat kerana bontotku bisa beku.

Aku tak pandai melakar dimensi-dimensi khayalan di atas kertas lukisan.

Aku tak pandai berhujan di depan ribuan penyokong berdiskusi tentang keburukan orang lain.

Aku hanya tukang masak.
Bermain dengan minyak.
Memotong sayur, ayam dan segala mak nenek.
Hanya pandai memegang kuali hitam seperti kulitku.

Aku tak pandai. Maafkan aku.

Toriq Ziyad

Manipulasi Mimpi

Malam tadi, aku bermimpi. Duduk di satu festival. Tapi entah festival apa. Festival muzik mungkin. Tapi karya buku juga ada di situ. Aku berjalan seorang diri. Ternampak band sixth sense sedang ligat memberikan persembahan. Aku teruskan berjalan. Aku penat, berhenti, air entah rasa apa aku tegukkan berkali-kali. DAN! Aku nampak vikalis Tres Empre, aku gersang! Mahukan autograf. Tapi kenapa dia botak? Mana hilangnya rambut panjang yang selalu dihayun dalam gig-gig mereka? Mungkin dia rimas. Aku berjalan menuju kearahnya. EHH! Dia lepak satu meja bersama sixth sense. AHH apa sudah jadi? Adakan Tres Empre telah bubar akibat kurangnya sambutan terhadap genre yang dibawa mereka? Dan adakah vokalis Tres Empre sendiri telah join venture dengan sixth sense? This is bullshit man! Mainstream dengan underground tak mungkin akan bersama. Aku garu kepala.

ZAPP ZAPP ZAPP! (bunyi tandatangan). Dia sign kan aja di notebook aku. Di sebelah meja mereka aku ternampak Fynn Jamal! Aku lagi suka! One of my favourite author! Terus aku berjalan kepadanya. Aku pinta sangat-sangat autograf darinya. DAMN! Dia selak hampir kesemua helaian notebook aku. Kenapa semua penuh? Sedangkan aku baru saja minta autograf dari vokalis Tres Empre. Tak mungkin members sixth sense pon join sekaki sign notebook aku? Aku bukan batak autograf mereka pun. Tidak mengapa, Fynn Jamal masih menyelak kerana melihat keterujaan yang terpampang di muka aku ini. "BERHENTI!" aku menjerit. "SINI KAK! SINI!" aku berkata. Beliau tersenyum dan menuliskan sesuatu. "Ahh tak cukup ni." Keluh Fynn Jamal. Aku melihat helaian notebook aku penuh dengan tulisan Fynn yang entah apa dia tuliskan. Mungkin kata-kata perangsang. Aku amat teruja. Aku berpetah, "kak, saya pun minat menulis jugak." Adik pandai menulis ke? Tulis dalam email adik tahu?" Fynn senyum dan menjawab kepadaku. "Eh kak, saya menulis dalam blog lah!" Aku mencelah sinis. Cupp! Kenapa dalam mimpi aku ini aku seorang budak kecik tetapi aku kenal siapa Fynn Jamal dan tahu perbezaan antara Tres Empre dan Sixth Sense. Siap aku minat lagi dekat Fynn. Hahaha.

*keadaan terpadam buat seketika kerana ini kan mimpi*

Kenapa aku diluar bangunan? Kenapa hari gelap gelita? Tadi panas bukan main. Aku berlari sepantas yang mungkin kerana aku mahukan juga notebook aku yang tadinya di autografkan oleh mereka. Sepanjang aku berlari, aku dengar sorakan dan tepukan. Aku hairan, namun tidak mengurangkan kadar kelajuan larianku yang bersemangat ini. Tangga aku naiki selamber macam dalam iklan milo. Sampai saja di dalam bangunan festival itu, semua orang pandang aku, dan Fynn Jamal berdiri betul-betul di depan aku dan tersenyum. "Adik, nah buku kamu ni." Fyn berkata sambil menghulur notebook milik aku itu. Tepukan dan sorakan tadi itu memang untukku. Dan berlaku untuk kali kedua. Fynn mengusap kepala aku.

ZAPP!

* aku terjaga dari tidur dan menghentuk-hentuk kepalaku kerana tak sempat nak ucap terima kasih dan tak sempat nak peluk Fynn*

Moral of the story: jangan terlalu cepat terjaga dari tidur apabila dapat mimpi sebegini.

Ini kisah benar.

Toriq Ziyad

Wednesday 29 May 2013

Semoga Tenang.

Pejam-pejam cuba lupakan cerita celaka.Pada hidup.Aku hanya inginkan yang indah belaka.Supaya aku bisa tenang dihari tua.

-anasuhani roslan

The new sister

Selamat datang Ana.
Menjadi sebahagian dari kami.
Berkarya.
Menulis dari hati.

Selamat datang kawan.
Berpuisi.
Jangan sampai sawan.
Dengan kerenah kami.

Selamat datang Anasuhani. :) Terima kasih kerana menerima jemputan Skuad PHM dan menjadi sebahagian dari kami. The pleasure surely is ours. :) HentakTumit shows that you are good. And even better than me. And please, don't be shy. Looking forward for your piece. :) You can start as soon as you're ready. <--- Like a boss. HAHA. Once again, thanks for accepting the invitation :) At last, I can't remember how many times was it Toriq Ziyad and me have been trying to persuade you to join us. :)

The main point, Welcome Anasuhani. :)

Welcome to PHM Anasuhani Roslan




Saturday 25 May 2013

Moving On

Suppose I never ever saw you.
Suppose we never ever called.
Suppose I kept on singing love songs.
Just to break my own fall.
Just to break my fall.
And all of my friends say that of course it's gonna get better.

I never love nobody fully.
Always one foot on the ground.
And by protecting my heart truly.
I got lost in the sounds.

I hear in my mind all of these voices.
I hear in my mind all of these words.
I hear in my mind all of these music.
And it breaks my heart.

Toriq Ziyad

Fakiu Hati!

Kalau hati ini pecah, bisa lagi aku kutip serpihannya.
Tapi hati ini sudah lebur.
Tiada yang tinggal untuk aku bawa bersama.

Acuan hati ini kubina kembali.
Untuk bangukan semula perasaan yang roboh ini.
Walau aku tahu ia takkan utuh kembali.
Aku telan jua pahitnya walaupun perit terpaksa ku tempuhi.

Toriq Ziyad

Cinta Yang Buta. Bukan Mata

Carik-carikkan segala isi dan kulitku jika itu yang kamu mahu.
Agar kau dapat terima diri aku yang baru.
Agar kau dapat buang segala perasaan malu terhadapku.

Terhegeh-hegeh itu juga perasaan.
Perasaan yang perlu dipertimbangkan dengan keikhlasan.
Mungkin ia tak seperti yang dijangkakan.
Tapi ia amat memberi kesan.

Cinta itu buta. Tapi jangan jadi buta kerana cinta.
Mungkin ia tak masuk akal.
Tapi hakikatnya ramai yang sudah seperti ini.
Buta untuk melihat kebaikan dari keburukan.

Seperti gah pabila berjalan dengan orang penuh gaya.
Tetapi pada pengetahuannya, ia kosong tanpa tahu apa-apa.
Hanya pandai melihat di sekeliling dan meniru segala yang cantik dimata.
Tapi ia hanya di mata.
Bukan di hatinya yang entah ke mana.

Toriq Ziyad

Tuesday 14 May 2013

Setiap Hari

setiap hari.
tatkala berpeluang.
aku menanti.
agar kita meluang.
setiap hari.
aku disini.
setia menanti.
untuk satu hari nanti.

disini setia.
tanpa jemu.
untuk kita.


DariHati.
UniJamil.

Sunday 12 May 2013

Walau & Tetap

walau jauh.
walau dekat.
walau hujan.
walau panas.
walau ribut.
walau taufan.

aku tetap sayang.
aku tetap rindu.