Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 27 March 2012

Taktik Kotor


matanya berkaca kaca memandang ibunya..
memohon simpati..
tubuh kecilnya terpaku disitu,
air mata mula mengalir lesu, 
tangisan yg perlahan semakin menjadi jadi,
tangannya menggamit ibunya,
si ibu memandang geram kearah wajah itu,
anak kecil itu masih enggan mengalah, 
mendongakkan wajahnya yg polos dibasahi air mata kearah ibunya..
akhirnya si ibu tewas.. mencapai kotak permainan di rak pasaraya itu..
si anak yg tadinya berduka nestapa kini ketawa riang sambil dipimpin ibunya..
taktik kotor menjadi.

Hanny

Saturday 24 March 2012

Mentaliti Seorang Manusia

Di tengah kesesakan budaya dan warga ibu kota.
Aku merindui suasana kampung halaman.
Padi menghijau.
Ladang-ladang yang luas terbentang.
Dusun-dusun yang berputik.
Ia membuatkan saluran esofagusku dingin setelah menghirup udara segar yang tak mungkin dapat dihidu di tengah ibu kota.

Keadaaan persekitaran yang sesak.
Pe'el orang yang jarang aku lihat di tempat tumpah darahku.
Fesyen pakaian yang bermacam-macam dan tak pernah terbayang untuk aku sarungkan.
Dan gadis-gadis yang bersosial tanpa mengira masa.

Mereka tak semanis gadis di tempatku.
Malah mereka membuat hatiku tidak tenteram.
Memikirkan keadaan mereka di sana kelak.

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan dengan sifat dan didikan yang baik.
Tapi tiada manusia yang sempurna.
Kekurangan dan kelebihan yang membezakan darjat dan kuasa.
Aku berterima kasih atas segala nikmat yang ada.

Toriq Ziyad

Tuesday 13 March 2012

You Dont Say

You sat next to me
On the cold breeze we breathe
Only time will tell what this is is gonna be


Your words became promises
Like ''Ill see you soon"
You know that phone calls just wont do




AletAzfar


Aku Seronok

Aku seronok.
Melihat kawanku berpasangan.
Tapi diriku sunyi.

Aku seronok.
Mendengar gelak tawa mereka.
Tapi jasadku sedih.

Aku seronok.
Melihat mereka berpacaran.
Tapi jiwaku sayu.

Aku seronok.
Melihat mereka bermesraan.
Tapi perasaanku pilu.

Aku seronok melihat mereka bermanjaan.
Tapi hatiku sepi.

Alangkah gembiranya jika aku seperti mereka.

Toriq Ziyad.

Friday 9 March 2012

Bagi Yang Masih Pacaran, Mendingan Putus Daripada Cerai

Tajuk sudah memadai




AletAzfar

Terbaring Sorang Sorang


So darling could you look at me
I want you to be with me
I wrote this song for you to see
The broken side of me
I love you darling come back to me
I miss how we used to be
Save me from this misery
Only you can set me free
            
I did everything i should
I put everything i could 
But there's no word from you
And im lying here without you


Im lying here without you



AletAzfar

Tuesday 6 March 2012

Manusia Puki

Kita sekarang dikelilingi hutan.
Tetapi bukan hutan yang menghijau.
Hutan konkrit.
Hutan yang manusia tergila-gilakan pada zaman siber ini.

Saban hari.
Air mataku menitis.
Bukan kerana paksaanku.
Tetapi kerana sayu melihat kehijauan pokok ciptaanNya ditebang begitu sahaja.

Bukankah tumbuhan juga berzikir?
Mulia bukan?
Tetapi kenapa ciptaan semulia itu diperkosa?
Diperkotak-katikkan tanpa ada sedikit rasa bersalah pun.

Habitat haiwan liar kian tidak terjaga.
Nak harapkan zoo?
Berapa ekor sangat binatang boleh muat?
Aku sayu. Pilu. Malu.

Hidupan laut semakin terancam.
Sumber yang akan meneruskan populasi spesisnya diambil.
Dimakan oleh kerakusan manusia yang inginkan kepuasan diri mereka sendiri.

Manusia.
Tamakkan harta.
Dahagakan kepupusan.
Laparkan kehancuran.
Hingga mereka telah capai, gapai apa yang mereka angankan.

Aku malu mengaku sebagai manusia yang puki.
Manusia yang tak bersyukur atas nikmat yang diberi.

Toriq Ziyad.

Cinta Gila

Ini entri pertama dari hanny.* thanks yaa


nadira merenung telefon bimbitnya.. kosong.. hampa.. sejak tadi dia mnunggu panggilan telefon dari shah.. 'ish mana dia ni? janji macam kuda.. hish...' dia menggagahkan jemarinya mendail nombor telefon lelaki itu.. yang kedengaran hanyalah suara perempuan menyuruhnya meninggalkan peti simpanan suara..nadira bengang.. urgh.. aku paling pantang menunggu macam ni.. kalau ye pon sibuk,at least mesej la aku dulu.. takdelah aku tertunggu tunggu macam ni..bebelnya perlahan.. hati kecilnya dipagut risau.. mana taknya, shah tu gila sikit.. nadira risau sekiranya shah terlibat dengan pergaduhan seperti tempoh hari..tambahan pula petang tadi shah ada menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kumpulan samseng yang diketuai alan,musuh ketatnya.. nadira hanya mampu berserah.. akhirnya dia terlelap bersama kebimbangan yang bersarang di hati.. 
   "dira,bangun nak..dah nak masuk waktu imsak ni.. karang terlepas pulak solat subuh..hai anak ibu ni.. dah besar pun masih kena ibu kejut solat subuh...dira...bangun nak.." makcik sofiah menggoncang goncang lembut tubuh anak gadisnya itu..
    nadira menggeliat perlahan.. menggosok gosok perlahan matanya yang masih mengantuk..namun digagahkan juga tubuhnya bangkit dari pemparingan.. "iyalah ibu.. dira bangun.. terima kasih kejutkan dira.." ujarnya sopan.. usai menunaikan solat subuh,nadira membuka telefon bimbitnya.. 12 notifikasi.. 4 panggilan daripada zack, teman shah.. 5 panggilan daripada mira,teman baiknya..selebihnya pesanan ringkas daripada mereka.. nadira membuka satu persatu..
mesej pertama : 'asalamualaikum dira..ini aku..zack.. tolong angkat telefon..aku ada benda penting nak cakap..pasal shah..'
mesej kedua : 'dira..shah.. dia dah.. meninggal dunia.. aku pon baru dapat tahu.. malam tadi dia dibelasah teruk oleh geng alan..aku harap kau bersabar..aku dah call kau banyak kali tapi tak ada jawapan.. al fatihah'
nadira terduduk..ya allah..benarkah ini? apakah ini hanya gurauan semata mata? air matanya mula mengalir tanpa dipaksa.. menitis nitis membasahi pipinya.. tangannya menggigil.. digagahkan juga tangannya membuka mesej terakhir.. 
mesej terakir : 'salam.. dira.. aku rasa zack dah bagitahu kau pasal shah kan.. aku tumpang bersedih.. lepas subuh kitorang ramai ramai nak pergi melawat arwah di rumahnya.. aku tunggu kau okey..banyak banyak bersabar.. '
     nadira menangis tersedu sedu...shah.. kenapa awak buat saya macam ni? saya dah kata.. jangan masuk campur hal mereka..kenapa awak degil?? kenapa awak??perlahan lahan dia menyeka air matanya.. bersiap siap untuk pergi ke rumah shah..
    nadira berlari terkocoh kocoh menuju ke pintu pagar.. makcik sofiah hairan melihat anak gadisnya yang berbaju kurung dan tudung itu..jarang benar nadira bertudung.. desis hatinya.. 
     "dira nak kemana tu nak??" laungnya..
  nadira memalingkan tubuhnya ke arah ibunya namun cepat cepat disorokkan wajahnya.. tidak mahu ibunya tahu yang dia sedang menangis.. "dira ada hal ibu..dira hendak ke rumah mira sebentar..pergi ya bu.." ujarnya sambil beredar.. 
makcik sofiah hanya mampu tercengang di situ.. dia benar benar tidak mengerti.. 
     maafkan dira ibu..bukan dira tidak mahu menceritakan hal sebenar..tapi dengan keadaan ibu yang tidak sihat..dira tidak mahu membuat ibu bimbang.. dira akan ceritakan semuanya..tapi bukan sekarang.. nadira menahan sebuah teksi.. jarak rumahnya dengan rumah shah agak jauh juga.. sepanjang perjalanan nadira menangis.. setibanya di rumah shah.. nadira mendail nombor telefon mira.. "mira.. ak..aku dah sampai.." ujarnya tersekat sekat... " mira dan aimi menggamit nadira masuk..nadira memeluk bahu mira.. dadanya terasa berat..sebak.. "sabarlah.." hanya itu yang mampu mira ucapkan terhadap sahabat baiknya itu..  
   tetapi nadira dapat merasa suatu keganjilan di rumah kekasihnya itu.. ada kematian.. tetapi mana jiran jiran yang lain? mereka tidak tahu kah? mengapa hanya ada sahabat sahabat terdekat shah sahaja? mana perginya ibu bapa shah? masih belum pulang dari luar negarakah? namun dia hanya memendamkan sahaja kesangsian itu.. 
     di dalam rumah,sekujur tubuh terbaring kaku ditutupi sehelai kain batik panjang.. nadira memandang sayu jasad tersebut.. ditahan perasaannya agar tidak meraung.. dia tidak mahu menyeksa roh shah dengan ratapannya.. teman teman shah duduk mengelilingi arwah shah..di dalam hatinya masih tertanya tanya dimanakah orang tua shah... 
   nadira duduk bersimpuh di tepi shah.."shah.." bisiknya sayu.." dicapainya yasin ditepi.. tiba tiba terasa tangannya digenggam erat.. nadira terperanjat besar.. shah????? bukankah shah telah meninggal?? jantungnya berdegup kencang..wajahnya pucat..kalau ditoreh dengan pisau sekalipun mungkin tidak ada darah yang keluar.. nadira melihat teman temannya.. mira dan aimi menutup mulut menahan gelak.. zack dan teman teman lain tersenyum simpul.. tiba tiba... 
lampu terpadam..gelap gelita...seketika kemudian... "happy birthday to you, happy birthday to you, happy birhday to nadira...happy birhday to you.." lampu dipasang.. shah dan teman teman lain datang kearahnya sambil menatang sebuah kek harijadi beserta lilin di atasnya..nadira memandang tempat pembaringan shah tadi..kosong.. maknannya??? 
    nadira terduduk.. dia tidak tahu perasaannya tatkala itu.. gembira bercampur sedih bercampur terkejut.. semua ada.. perasaan terkejut masih menebal didalam dadanya.. 
   bahunya disentuh lembut.."sayang kenapa ni? i'm sory okay.. saya mintak maaf sangat sebab buat awak menangis macam ni..please jangan menangis lagi?" ujar shah sambil mengesat air mata nadira.. nadira menumbuk manja perut shah..geram benar dia melihat wajah kekasihnya itu..kalau tak kerana aku sayang kau, dah lama aku cekik cekik kau.. desis hatinya.. dia tersenyum.. "merajuk lah macam ni.." ujarnya sambil menyapu air matanya dengan lengan baju kurungnya.. 
"i love you sayang" ujar shah.. "awak nampak comel pakai tudung dan baju kurung" sambungnya lagi sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanannya
nadira tersipu.. "i love you too..kalau awak buat macam ni lagi sekali,nahas awak" balasnya sambil mengugut manja..
"hey korang..jom lah makan kek ni... aku dah lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar!!" laung zack.. mereka tergelak memandang zack.. cinta ini memang gila :)

Hanny

Sahabat

Sahabat.
Ia hanya satu perkataan.
Perkataan yang dapat merubah hidup seseorang.
Dan mungkin dapat meruntuhkan hidup seseorang.

Sahabat.
Diertikan sebagai penyambung nyawa.
Diibaratkan sebagai alat bantuan pernafasan.
Jika hidup ini tiada sahabat.
Bagaikan hidup di dalam pulau.
Pulau yang tak berpenghuni.
Yang hanya menunggu masa untuk mati.

Toriq Ziyad.

Sunday 4 March 2012

Jika Seminit

Jika seminit diberikan,
Orang buta bisa melihat kehijauan flora dan fauna ciptaan Illahi.

Jika seminit diberikan,
Orang pekak bisa mendengar deruan air terjun yang menyusup hati.

Jika seminit diberikan,
Orang bisu bisa mengucapkan kalimat syahadah dengan penuh keikhlasan.

Jika seminit diberikan,
Orang cacat bisa menggunakan kelebihan mereka untuk menikmati segala pemberian Tuhan.

Tetapi itu semua bagi mereka yang kurang upaya.
Jika seminit diberikan kepada kita?
Jika hanya seminit kita bisa melihat wajah syaitan?
Jika hanya seminit kita bisa melihat balasan dosa-dosa kita?
Dan jika hanya seminit segala nikmat pancaindera kita ditarik?

Aku tak mampu mencegah. Tapi hanya mampu menegur.

Toriq Ziyad.

Saturday 3 March 2012

Azam Bodoh

Otakku berpusing.
Aku tak tahu kemana arahnya.
Timur, selatan, barat, mahupun utara,
Aku pening memikirkan soal hati dan perasaan.

Tiba masa aku serius untuk memilih si dia.
Bukannya betina atau perempuan.
Tetapi wanita idaman setiap lelaki.
Wanita ayu yang tampak tidak kaku bila di depanku.

Memang aku terlalu muda untuk memikirkan soal ini.
Soal yang tidak boleh diibaratkan sebagai permainan.
Ini tentang masa depan.
Tapi aku punyai hak.
Untuk aku fikirkan walaupun dalam jamban.

Ketawalah. Ketawalah puas puas.
Memang aku layak diejek.
Tapi aku punyai azam.
Azam yang sukar untuk orang lain gapaikan.

Mungkin bukan sekarang, atau esok.
Tapi ajal, maut, rezeki, jodoh itu perancanganNya.
Siapa tahu.
Mungkin si dia itu di depan mataku.

Toriq Ziyad.

Friday 2 March 2012

Pfft



Boleh tak aku nak jadi makhluk asing di planet Marikh?
Dengar kata mereka tidak punya perasaan,
Bagus juga tu

Senang sikit untuk aku yang terlebih perasaan ni
Pfft


AletAzfar

Feeling Melancholy


Do you remember, all the things we shared
Im too young to understand
Now he dares to stand, where i stood
Now I know Im such a fool


Everynight I  pray, for a chance that you would stay
I have many things to say
I miss all the moment, when Im with you
Everything reminds me of you


Pfft




AletAzfar

Umpama Itu. Umpama Ini

Hidup ini umpama lorong,
Hanya perlu memilih,
Samada lorong gelap,
Atau terang.
Samada lorong yang lurus,
Atau bengkok.

Hati ini umpama kertas.
Ia mudah lembik,
Apabila basah.
Apabila ditiup angin,
Ia mudah melayang tak tentu arah.
Ia mudah terkoyak,
Apabila seseorang kasar dengannya.

Cinta ini umpama dadah,
Tetap akan ketagihan,
Walaupun akan merosakkan,
Kenikmatan tetap dirasai,
Walaupun perit di kemudian hari.

Toriq Ziyad.

Diam Dan Lihat






Jangan cakap apa apa. Biarkan air mata itu turun. Menangis itu seronok.



AletAzfar

Sebulan Yang Berlalu

Di saat waktu menunjukkan jam 12 malam.
Aku sendirian di dalam bilik.
Merenung sejarah silam.
Sakit. Terlampau sakit untuk aku fikirkan.

Saat jam menunjukkan jam 12 malam.
Dan tarikh keramat 22 Februari 2012 telah menjelma.
Sampai masanya cukup sebulan diriku sudah tidak berpunya.

Sudah sebulan diriku tiada apa apa hubungan.
Dan genap sebulan aku kesunyian.

Jauh dari kasih sayang kau.
Dan terlampau jauh dari belaian manja kau.
Terima kasih atas segalanya.
Segala memori manis bersama.
Terima kasih.

Toriq Ziyad.

Memori Yang Tersimpan

Aku ramai rakan perempuan.
Ramai sangat.
Aku selesa berkawan dengan mereka.
Aku rasa mereka juga begitu.

Tapi hati kau lain dari mereka.
Kata-kata yang kau lemparkan terus menempias masuk ke dalam lubuk hati kecilku.
Perasaan sayang yang kau kongsikan membuatkan ikatan kau dan aku bertambah erat.

Hari demi hari.

Setiap malam aku teringat akan dikau.
Walaupun fikiran aku keras menolak supaya aku melupakan kau.
Hati tak dapat menipu.
Walaupun untuk diri aku sendiri.
Aku tetap memikirkan kau.
Walaupun dalam kesibukan hiruk pikuk yang aku jalani saban hari.

Senyuman kau seperti miss world dalam pulau hatiku.
Zapp!! Terus menyucuk menembusi jantung lemahku ini.

Perasaan aku terhadap kau seperti panahan cupid.
Walaupun kau sudah tiada di dalam pelukanku.
Walaupun aku sudah mati di dalam hatimu.
Walaupun kenangan kita tak dapat diulang.
Tetapi kenangan antara kau dan aku tetap tersimpan.

Toriq Ziyad.


Pencabulan Pemikiran

Ku termenung melihat bintang.
Yang tak tahu kemana menghilang.
Ku termenung melihat bulan.
Yang terlindung ditutup awan.
Awan kemerah-merahan.
Seperti hendak hujan

Malamku terasa sunyi.
Walaupun keadaan bising sekali.
Kawan-kawanku berpasangan.
Tinggal aku keseorangan

Memikirkan masa hadapan.
Yang tak dapat ku gapaikan.
Merenung masa silam.
Yang amat kelam.

Merenung, meminta, berdoa, bertawakal kepadaNya.

Aku sedih.
Walaupun diriku sedang senyum.
Aku memerlukan kekuatan.
Walaupun terpaksa menempuh keperitan.

Toriq Ziyad.

Entah, Apa Yang Kau Rasa Sesuai?

Tak banyak yang ingin aku luahkan malam ni. Seperti biasa, emosi sial yang datang secara tiba tiba membuatkan aku hilang arah. Aku tak tahu mengapa. Aku tak tahu kenapa. Eh bukan sama ke maksud dua dua tu?

Aku cuba untuk bertahan. Untuk jadi kuat. Bukan kuat macam Atromen, cuma kuat macam Aaron Aziz sebab dia hensem. Okay, takde kena mengena. 

Aku bosan dengan hidup aku sekarang. Sunyi, kosong, sepi seakan akan menjadi teman baik ku sekarang ni. Nak ku halau, nak ku ludah, tapi "teman teman baik" ini sentiasa ada bersama ku. Sial. Kenapa korang tak main kat tempat lain? Pergilah main kat Genting ke, bodoh sekalii!






AletAzfar

Nasib Disana

Aku umpama bogel menuju tuhan,
Terlalu banyak yang aku ketinggalan,
Ibadahku tidak mencukupi untuk memuaskanNya sebagai umat Muhammad.

Banyak lagi yang aku perlu lakukan,
Banyak khilafku yang perlu aku taubati,
Bukan hanya bermain seperti aku akan hidup untuk selamanya.

Bodoh! Hina!
Hanya itu panggilan yang layak aku terima.
Berdoa, meminta, merayu ketika kesusahan.
Lupa, alpa, pinggirkan agama ketikaku dalam kesenangan.

Aku kini menjadi perantau,
Tiada panduan untuk aku rujuki,
Hanya sebuah kitab suci,
Yang menjadi jalan untuk aku terus ikuti,
Jalan yang amat lurus,
Buat diriku yang hina ini.

Apa yang harus aku lakukan?
Tiada syahid yang dapat aku ulangi seperti 10 sahabat dahulu.
Hanya mampu terus tunduk kepadaNya.
Tanpa rasa curiga walau sedikitpun.
Tanpa berdolak dalih akan kepastian yang telah aku jalani.

Hanya kiri dan kanan yang akan menentu di kemudian hari.
Tiada takhta mahupun harta yang mengikuti,
Diriku yang hina ini.

Sadakallahul'azim

Toriq Ziyad.

End Of The Road




Girl I wished I'd never known you and I wished I'd never loved you
Should've never ever held you,let along keep thinking of you
The smell of your perfume still lingers in my room
I can never forget, why figure on that side of bed






AletAzfar

Gadis Kesukaan


Setiap patah perkataan.
Setiap rangkap yang kau bicarakan.
Setiap nada yang kau ungkapkan.
Aku terasa bagai diriku dihargai.

Kau begitu berharga.
Lebih berharga dari intan permata.
Lebih bernilai dari emas untuk dipajak gadai.

Senyuman kau,
Gelak tawa kau,
Lenggok badan kau,
Sungguh sempurna.

Semakin lama.
Semakin hari.
Hatiku mula terpikat.
Dan aku ingin memikat.

Walaupun aku tahu aku tak boleh.
Tapi satu hari nanti akan aku lakukan.
Tapi sekarang aku hanya mampu melihat.
Hanya mampu merenung kau dari jauh.

Dari dekat, kau buat aku terpaku.
Terdiam membisu.
Arghh! itu hanya perasaan.
Tapi perasaan itu tak mampu aku kawalkan.

Menunggu dan terus menunggu.
Entah bila aku akan seperti ini.
Senyum sorang sorang.
Itu yang mampu aku lakukan.
Bodoh.

Toriq Ziyad.

Klimaks Perasaan

Kini pagi hariku tidak lagi disinari cahaya mentari yang menerangi aku dikala diriku diselubungi kegelapan.
Kini malamku tiada terang ditemani cahaya bulan dan bintang yang sentiasa memberiku cahaya harapan untuk terus hidup dikala esok datang menjelma.

Kini aku keseorangan.

Tiada dua, tiga, atau seterusnya.
Kini diriku umpama abu, yang diterbangkan oleh deruan angin yang tiada punca kemana destinasi untuk aku tuju.

Kini aku tiada teman untuk mempersembahkan segala isi hatiku kepadanya.

Hanya kenangan yang mampu aku imbas kembali.
Di setiap saat, di setiap waktu.
Pada waktu aku kesusahan.
Pada waktu aku kesempitan.
Pada waktu aku memerlukan.

Aku sentiasa ingin melakukan yang terbaik untukmu.

Sentiasa ada untukmu.
Sentiasa mendengar celotehmu.
Tidak mengeluh walau ceriteramu tentang sedih dan gembira.
Tidak mengira erti penat lelah.

Hanya untuk seorang watak penting dalam diari hidupku.

Seorang watak yang diertikan sebagai kekasih.
Tapi apakan daya, seorang yang bernama orang ketiga yang telah berjaya mengolah hatiku dari suka kepada benci.
Dari sayang kepada marah.

Maka terputuslah ikatan yang telah dijanjikan.

Satu ikatan yang ingin dijadikan ikatan yang sah dan halal.
Ketika amarah sedang memuncak, hasutan syaitan laknatullah berjaya memijak.

Kini tiada lagi suka.

Hanya airmata yang mampu menemani ketikaku keseorangan.
Menemaniku disaat aku merindui akan dirimu.
Hanya itu yang aku mampu ucapkan kepadamu.
Kepada insan yang telah memberiku cahaya kebahagiaan.
Insan yang bergelar kekasih


Toriq Ziyad.