Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 16 January 2013

semua bukan kita

semua mata memandang.
tapi tak semua sanggup beri hati.
semua mulut berkata.
tapi tak semua cuba memahami.

mereka tak tahu. antara kau dan aku. apa yang berlaku.
mereka hanya tahu berkata. tanpa merasa. segala luka. yang dirasa kita.
semua pun begitu. tidakkah mereka tahu. rasa yang aku punya untukmu.
semua pun tahu. rasa hati aku. takkan berdebu.

jangan kau pernah begitu. jangan kau buat keputusan itu.
jangan pernah kau pergi. jangan tinggalkan aku sendiri.
jangan. jangan. jangan.



DariHati.
Uni Jamil.

Wednesday 9 January 2013

pengharapan

setiap hari aku harap dia rasa rindu
seperti rasa hati aku
namun seperti hampa jawapannya
kerana hanya aku yang merasakannya

setiap hari aku harap ada pesanan darinya dahulu
seperti yang selalu dibuat untuknya olehku
namun aku hampa kerana hanya mimpi
yang aku rasa hampir mustahil terjadi

mungkin aku yang terlalu berharap
untuk segalanya lebih sempurna
mungkin aku yang terlalu berharap
untuk aku menjadi lebih utama
mungkin aku yang terlalu berharap
untuk wujud bahagia keakhirnya
mungkin aku yang terlalu berharap
untuk dari dia hanya untuk aku cinta

mungkin hanya aku yang terlalu berharap


DariHati.
Uni Jamil.

seorang perempuan

aku adalah seorang perempuan yang tak sempurna.
aku adalah perempuan yang tak pandai melipat baju.
aku adalah perempuan yang tak seindah permata.
aku adalah perempuan yang tak seputih salju.
aku adalah perempuan yang tiada cahaya.

yang aku punya cuma sebuah hati.
hati yang punya rasa.
rasa yang semua manusia ingini.
ingini tanpa dapat di cerita.

yang aku punya sebuah hati.
yang ingin di cintai.
yang ingin mencintai.
yang ingin di ingini.

yang aku punya sebuah hati.
yang inginkan seorang imam.
yang mampu bawa diri.
ke syuga idaman setiap orang.

aku hanya inginkan seorang lelaki yang mampu menerima aku.
seadanya siapa aku.
aku hanya inginkan lelaki yang mampu membimbing aku.
ke arah yang semua mahu.
aku hanya inginkan lelaki yang mampu menjadi imam solatku.
tanpa meninggal satu waktu.

aku hanya mahu lelaki seperti itu.

DariHati.
Uni Jamil.

Tuesday 8 January 2013

buta tuli bisu

aku jatuh hati pada si buta.
buta untuk melihat hanya kekuranganku.
buta untuk melihat hodohku.
buta untuk menilai aku.
si buta yang percaya hanya hatinya.

aku jatuh hati pada si tuli.
tuli untuk mendengar cerita burukku.
tuli untuk mendengar kata orang.
tuli untuk mendengar kata caci maki.
si tuli yang percaya hanya hatinya.

aku jatuh hati pada si bisu.
bisu untuk memarahiku.
bisu untuk menengking aku.
bisu untuk persoalkan aku.
si bisu yang percaya hanya hatinya.

aku jatuh hati pada orang yang tidak sempurna.
aku jatuh hati pada si buta tuli bisu.


DariHati.
Uni Jamil.