Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 3 September 2014

Entri Berat: Equality

Amaran: Entri ni berat ciked. haha

Let's do a little revision today. 

e·qual·i·ty
iˈkwälitē/Submit
noun
noun: equality
1.
the state of being equal, esp. in status, rights, and opportunities.
"an organization aiming to promote racial equality"
synonyms: fairness, equal rights, equal opportunities, equity, egalitarianism; impartiality, even handedness; justice
"we promote equality for women"

MATHEMATICS
a symbolic expression of the fact that two quantities are equal; an equation.
plural noun: equalities

Ke-sama-rataan untuk semua.
Aku tak bantah pun; cuma bagi aku tu cuma angan-angan. Kenapa? Ala, beli air dekat gerai pun kalau kau perempuan abang jual air tu bagi murah sikit, kalau kau lawa lah tapi.

Bentuk hak kesamarataan itu yang aku nak tahu pendefinisian dia. Status kita masing-masing beza. Kelas atasan, kelas pertengahan, kelas pekerja dan kelas bawahan. Kalau nak sama, kenapa yang kelas pertengahan lebih beraspirasi, bercuti kat luar negara, dan kerjaya lebih terjamin? Padahal beza dengan kelas pekerja adalah jenis kerja. Kerja yang memerlukan kemahiran atau tak?

Yang membezakan kita sebagai manusia; adalah ciri-ciri. 

Aku dengan kau mungkin satu kelas. Kelas Hubungan Etnik misalnya. Tapi aku suka duduk belakang sebab aku rabun dekat. Kau pula duduk depan sebab kau nak mengorat pensyarah tu. Ini bukan cerita niat masuk kelas, ini cerita pasal ciri-ciri seorang pelajar yang baik. Aiseh!

Untuk meletakkan manusia dalam kelas adalah tidak adil, tapi untuk menilai cara berpakaian sahaja kau dah tau dia kelas apa. Yelah, kalau kaki dah sarung empat lima ratus, mustahil bapak dia jual burger tepi jalan, ye dak?



Dalam menuntuk hak sama-rata untuk menjadi manusia, kau kena faham. Macam aku cakap awal-awal tadi yang pasal abang jual air murah tu. Macam tu jugak. Tak semua kau dapat tuntut sama rata. S

Tak sebab faktor luaran, faktor dalaman mungkin. Kalau kau jumpa makcik cleaner tapi kau buat muka, sombong. Makcik cleaner tu tak bersihkan kau punya kawasan, padan muka kau. Padahal kau bayar yuran semua sama rata. Khennn. It is always attitude based why we deserved such replies.


Ambik kau, kan dah speaking.

Bercerita pasal peluang. Bilalah nak ada peluang jadi wakil UNIMAS bertanding debat kat luar Sarawak aku pun tak tau.

Tak semua orang dapat peluang jadi apa yang diorang nak. Macam, ada student yang suka study benda-benda ilmiah, kaji buku, kaji pendapat, melukis dan menulis - apa-apa sahaja dalam bidang sastera. But his parent doesn't permitted it because takde masa depan. Katanya. Yeah, sains je ada masa depan.

Tapi dalam keluarga tu dia anak sulung. Ada anak bongsu, masa adik dia yang bongsu tu SPM, dia dah ada anak satu. Adik bongsu dia nak sambung study dalam bidang masscom. Parents diorang benarkan, sebab amsa tu kehidupan diorang dah stabil, dia pun dah boleh buat gaji support dua family.

Not everybody will get equal chances, though. Sebelum kita bukak cerita ke-tak-sama-rataan di peringkat lebih tinggi. Fikir dan tengok dunia sekeliling kita. Adakah semuanya sama-rata? Bayar duaploh sen ke limaploh sen ke tandas masih sama busuk. Wtf?

Jadi rasional dulu - baru bukak cerita kedai kopi.




Wednesday 27 August 2014

Mimpi Tinggi

Mungkin kau bilang aku mimpi sembarang.
Mungkin mimpi sekadar anak petang.
Mungkin mimpi sekadar bersarang.
Atau mimpi yang bawa aku terbang.


Tinggi-tinggi mimpi layangkan.
Bawa aku ke dunia khayalan.
Tinggi lagi, mimpi terbangkan.
Hubungan dunia kita putuskan.

Pulanglah;
kau panggil.
Aku takkan dengar.
Aku mahu ikut -
mimpi.

Wednesday 20 August 2014

Puisi Bunga Daisi

Puisi bunga daisi -
untuk kamu yang disayangi.

Bukan rupawan.
bukan manisan.
bukan ketagihan.
cuma kebiasaan.

dalam sejambak mawar merah -
cuma aku daisi putih.
(hakikinya aku tak putih)
aku daisi biasa,
berperasaan regular sahaja.
hak cipta terpelihara;
bukan untuk siapa-siapa.
ya kamu.
seorang sahaja.


Wednesday 13 August 2014

Putus Nyambung

Putus, sambung. Putus, sambung. Dan pada suatu ketika. Aku perlukan ruang. Sama ada untuk berfikir untuk menjauh. Dan jarak yang pisahkan kita, sudah cukup.

Cabaran menduga – aku pun tak tahu aku sudah sampai di tahap, aku sedang di persimpangan.

Aku manusia yang sedang di persimpangan. Memutuskan dan memisahkan, jasad dari hati. Perasaan dari logik.

Aku manusia yang sedang berkira-kira. Memutuskan bermakna melukai hati sendiri. Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat menumpang kasih.

Tuhan berilah aku kekuatan lagi untuk meneruskan. Aku sudah tidak mampu lagi.


Tuesday 12 August 2014

Aku Pergi

Bila kulunimbus menutupi sinar mentari,
dan hilanglah segala siang yang menghidupkan hati.
 
Bila dingin merapati sumsum,
dan memecah liang liang yang tertutup.
dan aku keseorangan, menanti kamu.
 
Jika pergi akan membahagiakan,
jika datang akan memusnahkan;
biar apa yang telah terpatri selama-lama.
cuma tinggal bingkaian janji,
yang pernah tertulis dalam sejarah.
 

Biar apa yang dibilang,
Biar apa yang dihina,
Biar segalanya.

Biar aku disini
usah kau toleh pandang aku
Biar cinta suci ini
Biar ia terbuku.

(Adam ashman)

------------------------

Sengaja aku titipkan lebih
 rasa cinta sayang aku pada Dia
agar tidak lalai dengan cinta dunia
yang durjana.

5.18pagi. Ramadan ke dopuluhtiga.

(Adam ashman)

----------------------

Bercakap sana sini
umpama dia tahu itu ini,
Apa ilmu didada sudah cukup untuk kau mendabik dada?
Biar nampak bodoh
Jangan dihina kerana bodoh.

(Adam ashman)

Ramadhan ke lapanbelas.
------------------------

Saat cinta mahu dibina,
Segalanya berubah.

Rupanya cinta yang hadir itu
persis bunga2 kertas yg menghiasi ruang hati.

Cinta itu hanya jenaka.
Aku diam--

(Adam ashman)
Ramadan ke sembilanbelas
--------------------

Twitter : @adamashman96
Luluh hatiku yang sayu
Setiap kali menatap wajahmu
Kau mengingatkan ku kepada kisah dulu
Kisah kau dan aku bersama
Bahagia sungguh tika itu

Namun kini
Kau jauh dari diri ini
Tanpa sebarang penjelasan
Kau sakiti hati ini

Sayang,
Hanya padamu ku serahkan segalanya
Tidak terlintas di fikiranku menduakan mu

Namun ketentuan Ilahi,
Telah memutuskan ikatan kita
Kini kau bahagia bersama insan lain.

Rasa

rasa tu misteri
bukan boleh kau baca di balik mimpi
atau kau main teka-teki
itu yang buat rasa tu istimewa
kerna ia selalunya kekal sebagai rahsia

yang mampu ketahui
mungkin yang terpilih
mungkin yang bertuah
menjumpai kunci kepada rasa

rasa yang terdalam.


Twitter : @aechaibrahim
Facebook : aisya ibrahim
Instagram : @ratucoffee
Blog : perempuanpuisi.blogspot.com

Janji

Janji
Sesuatu yang mudah diperkatakan kala ini
Ringan mulut tutur kehendak hati
Kehendak yang belum mampu pasti
Jangan mudah percaya pada janji
Kelak janji itu membaham diri
Kala itu hati berdarah tiada siapa peduli
Janji hanya tinggal janji

Twitter : @RosyieDikda

Planet Sementara

Rumah yg usang jgn disangka lusuh isinya
Adakala ianya terhias cantik dek budi yang tulus
Usah disangka mahligai indah itu selalunya mulia
Siapa tahu isinya disemadikan hasad dengki yg tersohor
Jika seekor ulat beluncas mampu berubah menjadi rama-rama yang indah
Dan itu sudah tersurat untuknya
Inikan pula kita yg sudah terbentuk elok
Hanya perlu disulam cantik
Maka cantiklah jadinya
Jika buruk sulamannya maka huduhlah hasilnya
Jgn ingat air yg tenang tiada gelodaknya
Serupa kehidupan ini kita yg punya
Padahal ianya pinjaman semata-mata
Milik mutlak Maha Pencipta
Hanya Yang Maha Esa berhak menentukan segalanya


Twitter : @RosyieDikda

Tin Kosong


Kau nyalakan satu keinginan dalam hatiku --
untuk ingin pergi jauh-jauh dari fana.

Kau beriku harapan -
bahawa bilamana aku bangkit nanti
kau sudah tunggu di penghujung jalan mati.

Mana kamu -
yang manis janji?
Tin kosong.

Monday 11 August 2014

Malfungsi Alam

Halusinasi yang mencengkam rapat,
bukan sekadar gas yang memanjat.

dan asap asap yang menebal;
bikin paru paru jadi sesak dan sebal.

kepada hijau yang dirindu,
dan biru yang membeku;
dengarkanlah rintihanku.

Sesalan akan menghukum nanti;
dan akhirnya bumi ini mati.

Sunday 10 August 2014

Rupawan dan si Buruk

Orang kata pipit dengan pipit,
enggang terbang sama dengan enggang.
Maka aku ini?
Sepotong hati yang dipanggang sepi.

Hanya mampu melihat kau dari jauh,
rupawan yang menjadi idaman sang jaguh.
Menangisi --
kegagalan untuk memiliki.

dan aku si buruk rupa;
menghadap kematian yang nyata.
Mati sekeping hati; dihanguskan mimpi.

Sunday 1 June 2014

Gurisi

Aku masih disini,
terpaku, termenung, terdiam,
dalam kelam dan gelapnya malam,
melayang angan dan fikiran,
entah menuju kemana arahnya.

Awan tak memberi jawapan untukku,
walaupun aku ingin ada pelangi di hatiku,
Seperti apakah aku saat ini?
Apakah aku pantas seperti debu yang tak berwujud?

Malam dan Bintang.


Thursday 22 May 2014

Aku Mayat Hidup

Kau kejam!
Kau bunuh siapa aku.
Kau tikam hati aku.
Hingga hilang segala rasa yang sepatutnya bertamu.
Tinggallah aku.
Si jasad ;
Yang kaku hati dan rasanya.
Tapi masih jua menghela nafas.
Dan ,
Masih berdegup jantung dalam dada.



Akulah si jasad layak dipanggil ---
si Mayat-Hidup.

Saturday 17 May 2014

Jawaban Itu

Sayang,
Apa patut aku buka hati ni kembali?
Aku rasa tidak usah buka untuk kamu.

Sedar tak kisah kita dah berlalu?
Saat kamu tinggal aku angkuh kamu berkata "kamu bukan jodoh aku"

Saat aku dihiris bahasa tajam dari mulut kamu
sikit pun kamu tidak mempedulikan jiwa
dan hati aku.

Sayang,
Tanya diri kamu
apa patut kita bersama kembali?

Jawaban itu ada sama kamu

@adamashman96

Mahu Menguji Atau Mengganti

Kadangnya aku bertanya pada Tuhan --
Apa yang dia nak dari aku?

…..
Tapi Tuhan masih tidak beri jawapan
Tidak mengapa, aku tunggu


Mungkin Tuhan mahu menguji atau mengganti

@perempuanpuisi_

Pengenalan

Kadangnya aku lebih suka pada pengenalan yang singkat berbanding pengenalan yang panjang

Kerna apa?


Hanya jiwa-jiwa seperti aku yang memahaminya-yang telah lalui

@perempuanpuisi_

Letih

Kau sudah mula letih dengan dunia-manusia?

Carilah Tuhan mu semula --
Kerna Dia sentiasa ada
Yang tiada hadnya
Untuk kau mengadu padanya
Dari kosong hingga ke berjuta kata.

@perempuanpuisi_

Kenapa? Mengapa?

Dari hari ke hari kita semakin kurang berkata-kata, semakin kurang bergelak ketawa, semakin kurang berinteraksi sesama kita, dan semakin kurang untuk bersama.

Kenapa?
Mengapa?

Adakah ini petanda bahwa kita akan hilang?
Dan tidak dapat bersama?
Seperti mereka yang bahagia selamanya. Diulit dengan kasih sayang dan saling berpegang

Kenapa?

Mengapa?

@perempuanpuisi_

Persamaan

Mungkin cara penulisan kita berbeza
Tapi ada satu perkara yang sama
Tentang persamaan kita --
Untuk menjadi pembaca yang setia
Segala luahan kata
Oleh penulis-penulis yang sudah tidak berjiwa --

Kerna;
Diranap
Diratah
Dibuang
Dibunuh
Dipijak

Oleh manusia

@perempuanpuisi_

Biarkan

Aku biarkan saja manusia mahu berkata
apa tentang aku. Nanti dah penat, esok lusa diamlah mereka dengan sendirinya tanpa dipaksa. Manusia memang begitu


Biarkan.

@perempuanpuisi_

Colors

This is my life
Here --
Not much colors that I have like a rainbow
Has seven colors
Amazing and it’s too beautiful
But
I’m happy with my life even though I only have two colors --


Dark and light.

@perempuanpuisi_

Yang Satu

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Bila sudah masuk waktu
Mari sama-sama bersujud --


Pada yang satu.

@perempuanpuisi_

Gantung

Kapan lama lagi mahu digantung hubungan ini?
Setiap hari memberontak sana sini

Tanda sakitya hati dengan status sebegini.

@perempuanpuisi_

Cipta

Setiap kali diri mula menyepi
Aku cipta tulisan ini
Tanda luahan hati
Seorang pemerhati;


Duniawi.

@perempuanpuisi_

Kaca

Kaca;
Sini sana ada saja yang menjualnya
Cantik apabila melihatnya
Mungkin juga murah jualannya
Tapi--
Jika tersalah cara menyentuhnya ia akan  jatuh berderai
Yang tinggal cuma serpihan kecil
Mungkin boleh dibayar secara tunai

Tapi rupa kaca tidak akan sama seperti asal.

@perempuanpuisi_

Ketawa Atau Berduka

Bila aku mula buka segala pekung didada
Kau akan tahu segalanya --

Cumanya;

Kau akan ketawa atau berduka lara
Bila mendengar cerita yang dimula
Untuk aku bercerita

Hingga ke titik pengakhirannya.

@perempuanpuisi_

Pembunuh

Buang saja semua kenangan itu
Jika ia adalah pembunuh siang dan malam mu
Tidak kira waktu

Buangkan saja
Jangan biar ia bermain difikiran minda

Bimbang nanti hidupnya semula luka-luka lama.

@perempuanpuisi_

Menabrak

Kau hanya nampak robeknya kau
Kau tak nampak robeknya aku
Sedangkan kau menabrak aku dengan bertalu-talu
Sikit kau tak tahu


Ambil peduli apatah lagi.

@perempuanpuisi_

Hujan

Hujan turun membasahi bumi
Tiada apa yang dapat aku ungkapi
Cuma diri ini sedang merindui
Pada kau yang jauh diam menyepi
Jadi aku hadirkan hujan ini sebagai pengganti diri
Untuk kau sedari bahwa aku tetap disini


Menanti.

@perempuanpuisi_

Pemberi Hati

Perempuan itu --
Punya seketul daging; hati
Yang diberi olehNya
Mahu diberi kepada peminta
Tapi dirobek sini sana
Angkara manusia

Celaka

Jadi dia kembali semula kepada pemberi hati

Untuk dijaga agar tiada luka.

@perempuanpuisi_

Bahagia

Biarlah dunia ini tempat aku berluka lara
Akhirat itu pula tempat aku berbahagia --
Tiada kurangnya
Yang ada cuma indah-indah saja


Kekal abadi

Selamanya.

@perempuanpuisi_ 

Jiwa

Sedih aku bukan dimata
Tapi dijiwa --

Kerna mata aku boleh menipu

Tapi jiwa aku tidak mampu.

@perempuanpuisi_

Memori

Memori lalu --
Masih tersemat dijiwa
Walau berjuta luka yang aku terima
Tapi itu juga yang beri aku bahagia

Walau seketika cuma.

@perempuanpuisi_

Cukup Memadai

Aku tahu bahwa tak semua manusia diluar sana bisa jadi orang yang bisa memahami untuk diri aku
Jadi aku ambil langkah terbaik dengan menulis dan mendiamkan diri tanpa sua
Untuk lepaskan segala lelah dan puaskan hati sendiri

Mungkin cukup memadai untuk setakat ini.

@perempuanpuisi_

Aku, Dia, Dan Cinta

Perasaan itu
Pernah dimiliki tapi sudah lupus entah ke mana
Tapi hari ini,
perasaan itu hadir tanpa diduga
Tanpa dirancang-undang
Aku sambut dengan hati terbuka
Diriku tersipu malu
Ahhh!!
perempuan biasalah
Diri ini rela menjangkau ke dunia itu kembali
Tanpa sebarang latar belakang si dia yang kukuh
Aku terima dia seadanya
Seiring waktu berdetik kencang,
 hati ini kian terpaut utuh
Isi kehidupannya aku ketahui sedikit demi sedikit
Ternyata diri ini insan pertama yang menerokai perasaan itu bersamanya
Ya! Aku perempuan pertama yang dapat menghuni hatinya
Bangga bukan? Ya aku bersyukur
Cacat-cela cantik molek diri dihadapinya dengan penuh teliti
Terasa diri tersangat bertuah kala itu
Menyulam perasaan bersama keizinan darah daging masing-masing
Masa berdetik pantas tanpa disedari
Dan telah ditulis takdir
Badai mula menjengah
Aku hilang punca
Dia dihujani dengan pelbagai prasangka
Terus membebani diri ini
Hati mula berselubung kabur lantas akalku tidak berfikiran waras
Aku tiada daya, minta diri dilepaskan dengan fikiran penuh haru-celaru
Dan saat itu hati berdetak terasa bodoh
Bodoh dengan keupayaan diri yang berfikiran dangkal
Segala kekuatan dihitung, ego direndahkan hanya kerana perasaan itu
Akhirnya ia terjalin semula
Keutuhan perasaan itu jelas sama seperti dulu
Ya aku yakin dgn perasaan itu
Adakah ini cinta?
Wajarkah jika bukan cinta, si dia akan kembali menjadi milik aku?
Atau ia digelar cinta monyet yang sering diperkatakan?
Mohon jangan jadi bodoh untuk kedua kalinya
Sejujurnya cinta sangat menyesakkan jiwa dan bisa membutakan
Namun  Yang Maha Esa telah pahatkan perasaan cinta dalam setiap nafas hambaNya
Jangan cuba menafikannya
Kita ada hak untuk mengadili cinta selagi tidak melanggar garisnya
Jika dia buatku yang Engkau tetapkan, aku bersyukur
Jika sebaliknya, dengan usia sebegini, aku sudah faham erti ketentuanMu
Tapi buat diri ini masih ada cinta lain yg masih kabur tanpa jejak
Jangan agungi cinta manusia lebih dari cinta kepada Yang Maha Esa


@RosyieDikda

Sunday 4 May 2014

Sakit

Ya Tuhan,
Kuatkan aku,
Tabahkan aku,
Bantu aku untuk buang sayangku padanya,
Sakit sayang,
Sakit sangat,
Sakit kerna sayangku untuk orang yang taklayak memilikinya.

@fafauuzulkifli

Hilang

tebal kabus pagi tapi aku maseh belindung dibalik awan

jika semalam aku mencari pelangi hari ini kau datangkan matahari 
saat esok aku rindukan bulan

kau sorokkan kau jauhkan
andai satu masa aku mahu kesemuanya

mampukah kau bentangkan untuk aku

-zatty

Sayang Atau Bodoh

Kau takpernah tunjuk yang aku diperlukan
Kau selalu perlukan aku dikala keadaan memerlukan aku
Aku lari dari kau bukan kerna aku cuma perlukan kau dikala kesusahan
Aku lari kerna aku sendiri mahu buang perasaan yang takpatut ada utk kau
Aku takpatut sayang kau
Kau milik yang lain
Orang cakap kau gunakan aku
Tapi aku cakap tak
Aku back up kau
Taknak kau nampak jahat dimata yang lain
Tapi hakikatnya aku sendiri nampak aku digunakan
Aku sayangkan kau bodoh
Aku takmampu buang perasaan ni
Susah untuk aku gantikan perasaan ini dgn yang lain

@fafauuzulkifli

Sunday 27 April 2014

Si Gadis

menjadi gadis itu meletihkan
satu kerja berat dan membebankan
sering di cerca di maki
penat --

terlalunya berani akan dibenci
terlalunya lemah akan dikeji
perlu gagah dan tak pernah tewas
perlu kuat dihenyak dicantas

sudah menjadi lumrah gadis yang selalu menyongsangkan rasa.
mana cinta, mana rasa, mana dia
wahai manusia pemikiran kita tidak serupa,
lain orang lain hati dan naluri

hai gadis, manusia berbeza minda dan tak akan sama
jadi biarkan naluri mu beraja,
jangan biarkan kau dipijak,
jangan biarkan dirimu dipijak
atau dihina --

mahalkan air jiwamu kerna air yg mahal itu layak buat Maha Pencipta,
perlu berani, perlu tabah,
usah goyah, usah takut,

Ayuh gadis,
Berhentilah kau menangis.

@adamashman96

Aku, Kamu, Bintang

Yang setia dan bersama aku bukan dia
Bukan juga kamu
Tapi bintang
Sesetianya bintang tiada ganti
Menemani setiap malam dan waktu tidurku
Walau siang tiada terlihat
Tapi tetap ada
Dan sabar menunggu pekat malam
Menyinggah tanpa melupakan
Aku yang menunggu

Kamu sembuhkan luka aku
Tapi terpaksa terhenti
Sebelum ada yang terluka
Biar aku undurkan diri
Biar masa menemukan kembali
Jika Tuhan tulis aku untuk kamu
Tak perlu aku tunggu
Kau sendiri datang buat aku

@shyafy

Petang

Aku mahu melihat matari merajuk dengan siang.
Aku mahu melihat bulan memujuk.
Aku mahu melihat langit menjadi sayu.
Lantas siang bertukar malam untuk menjadikan manusia,
kembali sesepi semalam.

Semalam yang hanya memperlihatkan hujan hati yang rintik-rintik
Rintik-rintik yang menjanjikan rasa kecewa yang tersakti.
Tersakti kerana menceritakan itu bagai raksa tersakiti.
Sakit.

Sakit yang terus dibasah-kuyupkan hujan hati.
Berhenti.
Masih belum.
Belum.

Matari akan meninggalkan siang.
Bulan akan menggantikan tempatnya.
Membawa semua terik cerita bertukar dingin.
Dingin yang menyepikan

Tapi bukan semua sepi itu menyedihkan.
Percayalah.

@pikeping

Tekap Tangan

Sayang,
Kau masih simpan bekas kucup kita suatu hari dulu?
Yang kita ukir sama-sama di kaki langit,
Pakai jemari kita yang bertemu,
Selesa.

Kucup itu,
Kita kait sekali dengan tetes-tetes cinta,
Berdakwat jingga,
Tekap tangan kita dari hujung,
Terus sampai ke hujung yang lain.

Berciciran lebihan warna,
Kamu kata,
''Sayang, lepaskan sekejap tekap kita?''
Aku kata,
''Kenapa mesti dilepaskan?
Kita bisa bersama-sama.''

Yang ada,
Hanya mata kita,
Tacap antara lain,
Kamu tersenyum,
Lalu leraikan sebentar tekap tangan yang tadi,
Aku?
Hanya tersenyum sama.

Lebihan warna,
Kamu ambil,
Dengan jari yang paling mulus kamu ada,
Kamu terus tekap penuh pada hati aku, pada hati kamu,
Kejap-lekap tertampal.

Rasa memeluk kita,
Selesa,
Antara kejang,
Aku yang terkesan jelas,
Kamu hanya tersenyum sedia macam tadi,
Kamu teruskan lukisan jari mulus.

Sementara menunggu sempurna,
Aku usap urai rambut kamu,
Ada manik-manik gembira di dahi kamu,
Jari kasar aku mula membelai situ,
Perlahan.

Kita tersenyum,
Sama-sama.
Iya.
Sentuh kita yang selesa,
Kita berdua,
Gebar melengkap selesa berdua.

Sempurna,
Sini,
Hati,
Tergantung kita.

Sayang,
Dongak sini,
Lihat lukisan kamu,
Gambar cinta kita,
Bentuk tekap tangan,
Nama kamu,
Nama aku,
Bentuk tekap tangan.

''Kamu suka? Iya''

Boleh kita sambung semula tekap tangan tadi?
''Sini'',
Hujung yang kita berhenti,
Sambung,
Dalam rasa bahgia,
Senyum sama-sama,
Mari.






Lekap tangan kamu,
Yang aku selalu merindu,
Sampai hari ini,
Masih,
Iya,
Masih,
Menjadi candu.
Hanya candu.

Lekap yang sudah tiada.
Tiada.
Kejap yang sudah hilang,

Sini,
Di dada,
Pudar perlahan-lahan,
Aku cuba lukis semula,
Pakai jari kasar aku,
Tapi yang ada,
Cuma samar.
Samar.

Dalam bentuk apa,
Tidak tahu,
Aku cuba lukis lagi,
Semakin kasar,
Merah,
Pekat,
Pedih.

Dalam bentuk apa,
Tidak tahu,
Aku cuba lukis lagi,
Semakin kasar,
Merah,
Pekat,
Pedih.





Jari-jari kasar yang mula menjadi tidak selesa,
Aku teruskan saja,
Teruskan,
Semakin lama,
Dalam,
Rabak,
Perlahan-lahan,
Terbuka duka.

Sayang,
Mana lekap tangan kita?
Mana lukisan kucup kita?
Mana kaki langit bersama?
Mana lukis jari mulus?

''Maafkan aku, Sayang''

Mana?
Mana?
Mana?
Mana?
Mana?
Mana?
Mana?
Mana?

Aku di sini.
Di kaki langit.
Tempat pertama kita tinggal kucup kita.
Mencari semula,
Cuba,
Sebelum putus asa.

Sayang,
Dengar sini,
Sungguh di kaki langit ini,
Aku sedang merindu kamu.



''Lebihan warna''


Rupanya,
Lepas lekap tangan kita yang dulu,
Bererti.


@pikeping