Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Sunday 21 April 2013

Hilang Kawan?

pernah rasa hilang kawan? kalau tak pernah, baguslah. sebab bila hilang kawan ni. sakit. semakin rapat orang tu dengan kita, semakin sakit luka yang tercipta. ini dari pengalaman.

yaa. mereka kembali ke sisi. sebab kami kawan. tapi ada satu garis lurus. yang mungkin, terlalu halus. tak akan pernah dapat di lihat. hanya dapat dirasa oleh hati yang terluka.
tak mungkin aku dapat tertawa dengan mereka seperti dahulu kala. kerana luka.

mudah bagi orang untuk berkata " hey, semua dah bermaafan. semua dah kawan semula, bukan? " tapi segalanya takkan seperti dahulu kala. ada satu perasaan yang tak mampu aku tolak ke tepi. perasaan cemburu. cemburu pada mereka. yang bahagia. bersama. sedangkan aku, terasa kehilangan segalanya. manusia yang dahulunya sentiasa disisi, kini tiada lagi.

walau pahit mana perjalanan persahabatan dahulu. perit kehilangan ini, lebih dari itu. tak mampu ditanggung hati kecil ini. 

tapi aku sedar. segalanya salah sendiri. tak pernah tunjuk rasa hati. tak pernah luah betapa aku menyayangi. sampailah saat ini. masih bersembunyi. dengan bayangan sendiri. bersembunyi bersendiri. mungkin, tak pernah menghargai. ketika mereka disisi.

( satu luahan tentang sebuah kehilangan. tahun dua ribu sembilan. jiwarians. )


Janji Ditepati







tak perlu tabur janji andai tak mampu dipenuhi.









*tajuk klise*over*

RSKC

rindu dihati.
tak siapa mampu beri erti.

sayang menggunung.
lebih tinggi dari gunung.

pantai bersih.
sesuci kasih.

bak permata.
aku jatuh cinta.

UniJamil.

tak berdosa

matanya berkedip. turut tersenyum saat semua tertawa. seolah memahami segala bicara.
sedangkan tak mampu berkata kata. tak mampu mencerna.entah apa di fikirannya.

di umpama. kain kosong tak berwarna. suci tanpa cela.

bayi tak berdosa.

mati tak bererti mati

bila jatuh cinta. hitam pun nampak warna warna. 

bila putus kasih. tak akan berhenti disisih.

sakit. tak bererti pahit.

pandang sudut tepi. kegembiraan itu wujud pasti.

UniJamil.

Lemah

kelemahan : ketidaksempurnaan.
manusia ; tiada yang sempurna.

kesimpulan. semua lemah.
 

Thursday 18 April 2013

pergi

aku rasa rindu, tapi aku tumbuk lumat rasa tu, halus dari abu, cair dari air, aku genggam, aku tadah tangan, aku biar angin terbangkan rasa tu, terpisah, terkisah, terindah. terbang bak benih debunga mengikut arus angin yang tak menentu. sedetik di sudut hati berharap agar sisa rasa yang dibawa arus itu singgah sebentar di hati engkau, kirimkan sayang aku, dan pergi bersama cebisan lain.aku tak mampu untuk bersua muka, berkirim salam, mahupun berkasih sayang seperti dulu. kali ini aku pergi lebih lama. mungkin kembali tapi bukan seperti dulu lagi. katakan sayang aku padanya, aku pergi. ya, aku pergi. -hanny

jatuh cinta atau jatuh sayang

jatuh cinta? tak senang sebenarnya jatuh cinta. yang senang tu jatuh sayang. HAHA. beza sayang dengan cinta? ahh. klise sangat kalau cakap pasal tu. p laa google. mesti ada blog lain yang dahh bagi definisi untuk tu. so, buang masa kalau taip benda tu. apa yang aku nak cerita? entah. aku pun tak pasti lagi. maka, aku hanya menaip suka suka. tunggu ilham untuk entry ni datang.

jatuh cinta dulu or jatuh sayang dulu?
HAAAAAAAA! aku? kalau aku jatuh sayang dulu. and aku rasa memang akan jatuh sayang dulu baru jatuh cinta. then bila dahh kenal lebih lagi, baru jatuh sayang. tapi tak mustahil, ada yang jatuh cinta dulu. <-- kes cinta pandang pertama or first sight love ni. HAHA. macam DoktotCinta pulak aku. padahal. HAHA. diri sendiri ja yang tauu. ( except Allah Yang Maha Mengetahui ).

okai. ini adalah entry tak berhala (hala tujuan). maka. andai tak mampu difahami. tak perlu fahami. hanya kata kata dari seorang manusia. ( terfikir nak taip manusia biasa, tapi manusia memang biasa. tak pernah lagi jumpa yang luar biasa. alaaa setakat tak cukup ketinggian atau terlebih ketinggian. atau apa sahaja, itu normal ) HAHA. kata seorang manusia.


tanpa tajuk

based daripada pengalaman aku sendiri laa kan. takdakk orang suka penyibuk. penyibuk apa? penyibuk hubungan orang. sebab aku dahh rasa apa yang orang yang kena kacau rasa. weyh. annoying sial. tak perlu aku bagi nama. tapi barangsiapa yang mengenali aku, mungkin tau pasal dia ni :) aku bukannya bawak mulut nak mengutuk ka mengumpat dia ka. aku cuma meluah ketidakpuasan hati aku kat kawan kawan. maka, dari situ lah mereka mengetahui segalanya. takkdakk laa segalanya sangat pun. tapi cukup laa apa yang depa tau tu sebagai segalanya. (tak perlu paham ayat tu) 

aku tak sure perempuan ni saiko ka apa. kalau dia nak deny yang dia still sayang dekat ex dia which is MY boyfriend right now. she better has something solid. sebab kalau dia dah move on and stuff, dia takkan kisah pasal this guy. dia takkan drive sampai depan rumah boyfriend aku. DEPAN RUMAH dohh. agak agak laa. aku tauu la tanah aku dengan tanah dia tak sama. tapi tak perlu laa kacau sampai macam tu kan?  GET YOURSELF A LIFE DUDE.

it's not that aku nak cerita pasal perempuan yang menyibuk relationship aku. aku cuma nak bagitau betapa manusia yang menyibuk dan takdak life macam ni sangat annoying. sekalipun kalau kau tak dapat move on dari ex kau, sekurang kurangnya bagi ruang untuk dia. especially kalau dia dah move on dan dah ada pengganti kau. paham tak? kekadang kan, ada ja manusia yang kesiankan ex dia, ( tak kisah laa dia lelaki ka perempuan ) therefore, dia pilih untuk terus ada disamping ex dia. bagi sokongan and stuff. tapi tu tak bermaksud dia takdak hidup dia sendiri. tu tak bermakna yang dia takdakk pengganti bagi ex dia. jangan salah erti kan kebaikan orang. kalau dia buat baik and stuff sebab nak start everything again, he / she will definitely say something that indicates it. kalau takdak jangan letak sebarang harapan. walaupun sekecil hama. sebab memang harapan tu bagi kita kekuatan kadang kadang tapi harapan yang macam ni? akan menghancurkan kita. seriously. if kita mengharap pada yang tak sepatutnya, by the end of the day, we are the one thats gonna get hurt.

believe me.

UniJamil

Monday 8 April 2013

perpisahan dua hati


sekarang. 
bersebelahan.
 menanti saat perpisahan. 
entah bila dapat jumpa kekasih hati. 
menanti. 
sampai saat itu nanti. 
saat kau dan aku tersenyum memandang ke dalam anak mata.
 kerana satu fakta yang kau dan aku suka. 
maka, sehingga satu masa itu tiba, jagakan hati kecilmu. 
tak dapat aku bawa pulang bersama. 
supaya kau tahu,
apa itu rindu saat mata tak mampu lagi memandang kekasih hatimu.
 apa itu sayang bila jasad tak lagi dalam pelukanmu. 
apa itu perlu bila tiada lagi rajuk antara kita.
bila tiada lagi jasad kita di tempat ini.

DariHati.
Uni Jamil.

Sunday 7 April 2013

karma

same words, same guy, but different girls. same day, same routine, but different feelings. same heartbroken, but different stories. same stories, but different person. life is like a circle. but i don't know why karma hits me with the things i have never done. life is like a movie. they watching us fall, and one day we'll watching them fall. get well soon, heart. dear brain, u were right. hanny.

kosong

tak kira lah berapa banyak dakwat kau habiskan, berapa banyak tulisan kau coretkan, tika hati berselimut duka, aku hanya mampu menulis. di setiap baris tinta ayat, ada rasa yang tak mampu didefinisikan. ada air mata yg tak mampu ditahankan. kata kata sabar itu hanya sekadar daun kering yg melengkapkan taman kosong. kau takkan mengerti andai kau tak merasa. dunia ini hanya sekadar taman kosong. sepi dan bosan.