Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 9 February 2016

Jodoh ; adakah satu ketentuan?

Aku pernah sayangkan orang sampai satu tahap dimana aku rebah terkulai layu atas sejadah hanya kerana aku takut kehilangannya dan aku rindu. Itu dua sebab aku menangis sampai terlelap di atas sejadah itu. Aku masih ingat kerana dia adalah satu manusia yang aku sangka akan menjadi yang halal buat aku.

Aturan jodoh itu terkadangnya lucu.

Habis habisan aku doa supaya dia jodoh aku, supaya akad untuk aku itu dilafaz olehnya, supaya bahagia itu milik kami. Dan habis habisan aku tidakkan jarak, aku tidakkan segala halangan -- kerana aku sangka dia yang tercipta untuk aku.

Sampai satu ketika, aku pilih untuk melangkah pergi. Dan pada masa itu, beralasankan pelajarannya, ibunya, aku undur diri. Aku cipta bahagia aku sendiri. Tapi jujur aku masih sayang, masih rindu. Dan saat aku merasakan sayang dan kasih itu masih wujud antara kami, aku disergah kenyataan. Aku cipta bahagia aku, bersama yang lain. Dan dia sendiri pergi mencipta bahagianya.

Dan pada masa itu, sakitnya aku melangkah pergi dengan alasan alasan aku, dilapis sakitnya ditinggalkan. Kenapa sakitnya ditinggalkan sedangkan aku yang meninggalkan? Sebab sebelum kenyataan itu hadir dalam hidup aku, kami berhubung. Dan kata cinta, lafaz rindu itu masih wujud dari dia untuk aku sedangkan yang sebenarnya, sudah ada si perawan mengganti tempat yang aku tinggalkan. Sebab aku cipta bahagia aku, supaya aku tak kecundang fikirkan rindu, fikirkan sayang aku untuk dia. Dan dia percaya pementasan bahagia aku, aku kehilangan dia.

Masa tu, aku marah, aku sedih, aku benci, dan aku mahu dia kembali. Aku tak salahkan dia sepenuhnya kerana yang membuat keputusan itu aku. Tapi aku marah dan benci dipermainkan. Aku marah untuk kata cinta dan lafaz rindu dari dia sedangkan kenyataan itu sudah wujud. Bertahun aku tunggu. Menanti dengan sayang dan rindu. Menanti dia pulang ke pangkuan aku.

Tapi aku sendiri perlahan lahan bina dinding, cipta bahagia sekali lagi. Dan bahagia yang aku cuba cipta juga, aku tinggalkan. Perlahan lahan. Bukan tak sayang, cuma aku tergerak untuk meninggalkan.

Dan yang lucunya tentang jodoh,
Aku jatuh cinta pada satu lelaki yang berkali kali melukakan, dan bukan satu manusia yang aku idam dambakan. Tapi setiap satu tentang dia adalah kesukaanku. 




Jodoh itu ketentuan, tapi doa dan usaha perlu ada. Aku bukan Tuhan. Aku juga bukan ilmuwan. Sekadar satu perkongsian buah akal fikiran.