Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 6 March 2012

Cinta Gila

Ini entri pertama dari hanny.* thanks yaa


nadira merenung telefon bimbitnya.. kosong.. hampa.. sejak tadi dia mnunggu panggilan telefon dari shah.. 'ish mana dia ni? janji macam kuda.. hish...' dia menggagahkan jemarinya mendail nombor telefon lelaki itu.. yang kedengaran hanyalah suara perempuan menyuruhnya meninggalkan peti simpanan suara..nadira bengang.. urgh.. aku paling pantang menunggu macam ni.. kalau ye pon sibuk,at least mesej la aku dulu.. takdelah aku tertunggu tunggu macam ni..bebelnya perlahan.. hati kecilnya dipagut risau.. mana taknya, shah tu gila sikit.. nadira risau sekiranya shah terlibat dengan pergaduhan seperti tempoh hari..tambahan pula petang tadi shah ada menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap kumpulan samseng yang diketuai alan,musuh ketatnya.. nadira hanya mampu berserah.. akhirnya dia terlelap bersama kebimbangan yang bersarang di hati.. 
   "dira,bangun nak..dah nak masuk waktu imsak ni.. karang terlepas pulak solat subuh..hai anak ibu ni.. dah besar pun masih kena ibu kejut solat subuh...dira...bangun nak.." makcik sofiah menggoncang goncang lembut tubuh anak gadisnya itu..
    nadira menggeliat perlahan.. menggosok gosok perlahan matanya yang masih mengantuk..namun digagahkan juga tubuhnya bangkit dari pemparingan.. "iyalah ibu.. dira bangun.. terima kasih kejutkan dira.." ujarnya sopan.. usai menunaikan solat subuh,nadira membuka telefon bimbitnya.. 12 notifikasi.. 4 panggilan daripada zack, teman shah.. 5 panggilan daripada mira,teman baiknya..selebihnya pesanan ringkas daripada mereka.. nadira membuka satu persatu..
mesej pertama : 'asalamualaikum dira..ini aku..zack.. tolong angkat telefon..aku ada benda penting nak cakap..pasal shah..'
mesej kedua : 'dira..shah.. dia dah.. meninggal dunia.. aku pon baru dapat tahu.. malam tadi dia dibelasah teruk oleh geng alan..aku harap kau bersabar..aku dah call kau banyak kali tapi tak ada jawapan.. al fatihah'
nadira terduduk..ya allah..benarkah ini? apakah ini hanya gurauan semata mata? air matanya mula mengalir tanpa dipaksa.. menitis nitis membasahi pipinya.. tangannya menggigil.. digagahkan juga tangannya membuka mesej terakhir.. 
mesej terakir : 'salam.. dira.. aku rasa zack dah bagitahu kau pasal shah kan.. aku tumpang bersedih.. lepas subuh kitorang ramai ramai nak pergi melawat arwah di rumahnya.. aku tunggu kau okey..banyak banyak bersabar.. '
     nadira menangis tersedu sedu...shah.. kenapa awak buat saya macam ni? saya dah kata.. jangan masuk campur hal mereka..kenapa awak degil?? kenapa awak??perlahan lahan dia menyeka air matanya.. bersiap siap untuk pergi ke rumah shah..
    nadira berlari terkocoh kocoh menuju ke pintu pagar.. makcik sofiah hairan melihat anak gadisnya yang berbaju kurung dan tudung itu..jarang benar nadira bertudung.. desis hatinya.. 
     "dira nak kemana tu nak??" laungnya..
  nadira memalingkan tubuhnya ke arah ibunya namun cepat cepat disorokkan wajahnya.. tidak mahu ibunya tahu yang dia sedang menangis.. "dira ada hal ibu..dira hendak ke rumah mira sebentar..pergi ya bu.." ujarnya sambil beredar.. 
makcik sofiah hanya mampu tercengang di situ.. dia benar benar tidak mengerti.. 
     maafkan dira ibu..bukan dira tidak mahu menceritakan hal sebenar..tapi dengan keadaan ibu yang tidak sihat..dira tidak mahu membuat ibu bimbang.. dira akan ceritakan semuanya..tapi bukan sekarang.. nadira menahan sebuah teksi.. jarak rumahnya dengan rumah shah agak jauh juga.. sepanjang perjalanan nadira menangis.. setibanya di rumah shah.. nadira mendail nombor telefon mira.. "mira.. ak..aku dah sampai.." ujarnya tersekat sekat... " mira dan aimi menggamit nadira masuk..nadira memeluk bahu mira.. dadanya terasa berat..sebak.. "sabarlah.." hanya itu yang mampu mira ucapkan terhadap sahabat baiknya itu..  
   tetapi nadira dapat merasa suatu keganjilan di rumah kekasihnya itu.. ada kematian.. tetapi mana jiran jiran yang lain? mereka tidak tahu kah? mengapa hanya ada sahabat sahabat terdekat shah sahaja? mana perginya ibu bapa shah? masih belum pulang dari luar negarakah? namun dia hanya memendamkan sahaja kesangsian itu.. 
     di dalam rumah,sekujur tubuh terbaring kaku ditutupi sehelai kain batik panjang.. nadira memandang sayu jasad tersebut.. ditahan perasaannya agar tidak meraung.. dia tidak mahu menyeksa roh shah dengan ratapannya.. teman teman shah duduk mengelilingi arwah shah..di dalam hatinya masih tertanya tanya dimanakah orang tua shah... 
   nadira duduk bersimpuh di tepi shah.."shah.." bisiknya sayu.." dicapainya yasin ditepi.. tiba tiba terasa tangannya digenggam erat.. nadira terperanjat besar.. shah????? bukankah shah telah meninggal?? jantungnya berdegup kencang..wajahnya pucat..kalau ditoreh dengan pisau sekalipun mungkin tidak ada darah yang keluar.. nadira melihat teman temannya.. mira dan aimi menutup mulut menahan gelak.. zack dan teman teman lain tersenyum simpul.. tiba tiba... 
lampu terpadam..gelap gelita...seketika kemudian... "happy birthday to you, happy birthday to you, happy birhday to nadira...happy birhday to you.." lampu dipasang.. shah dan teman teman lain datang kearahnya sambil menatang sebuah kek harijadi beserta lilin di atasnya..nadira memandang tempat pembaringan shah tadi..kosong.. maknannya??? 
    nadira terduduk.. dia tidak tahu perasaannya tatkala itu.. gembira bercampur sedih bercampur terkejut.. semua ada.. perasaan terkejut masih menebal didalam dadanya.. 
   bahunya disentuh lembut.."sayang kenapa ni? i'm sory okay.. saya mintak maaf sangat sebab buat awak menangis macam ni..please jangan menangis lagi?" ujar shah sambil mengesat air mata nadira.. nadira menumbuk manja perut shah..geram benar dia melihat wajah kekasihnya itu..kalau tak kerana aku sayang kau, dah lama aku cekik cekik kau.. desis hatinya.. dia tersenyum.. "merajuk lah macam ni.." ujarnya sambil menyapu air matanya dengan lengan baju kurungnya.. 
"i love you sayang" ujar shah.. "awak nampak comel pakai tudung dan baju kurung" sambungnya lagi sambil tersenyum menampakkan lesung pipit di pipi kanannya
nadira tersipu.. "i love you too..kalau awak buat macam ni lagi sekali,nahas awak" balasnya sambil mengugut manja..
"hey korang..jom lah makan kek ni... aku dah lapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaar!!" laung zack.. mereka tergelak memandang zack.. cinta ini memang gila :)

Hanny

No comments:

Post a Comment