Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 23 October 2012

Nasihat Teman Teman

Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. Cinta bukannya sekadar berkata “I love you” atau “Saya sayang awak”. Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”

Bukan.

Cinta ialah satu tanggungjawab. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik; ke jalan Allah. 


*Usah khuatir, aku normal

Friday 12 October 2012

Kenapa Melayu. Kenapa tidak Memaju

Melayu.
Ia kian layu dan semakin kuyu.
Walau telah merdeka dimata kita.
Tetapi malu untuk bersoal dan menyapa.

Mengapa kita tidak dinamakan Memaju.
Kalau sudah tahu kita akan layu.
Bukan maju melipat baju.
Tetapi maju untuk meneraju.

Memang Melayu tidak akan hilang di dunia.
Tetapi Melayu kian layu dimata masyarakat merdeka.
Masyarakat sendiri yang inginkan kebebasan.
Tetapi kebebasan yang telah tercekik dimakan arus permodenan.

Kenapa kita dinamakan Melayu.
Adakah kerana kita bangsa yang tiada arah tuju.
Atau bangsa yang tidak tahu menahu.
Mungkin kita sendiri yang terjerumus kedalam bangsa terdahulu.

Biar mati anak. Jangan mati adat.
Pepatah itu disebut agar kita beringat.
Bukan membunuh anak untuk kepentingan adat.
Cuma untuk kita berfikir menggunakan akal kita yang ligat.

Petah bercerita.
Buat nya entah apa-apa.
Janji dilontar sekeliling kita.
Hasilnya tidak kemana.

Biarkan kita dinamakan Melayu.
Asalkan kita terus maju.
Biarkan kita dinamakan Melayu.
Asalkan kita tetap bersatu.

Toriq Ziyad

Wednesday 10 October 2012

Sebel 3

Waktu aku menulis ni, hujan lebat tapi tiada kilat mahupun guruh di luar. Bilik aku memang dibiarkan gelap. Hanya ada cahaya dari laptop ini. Dah dekat setahun lebih juga lampu pendaflour di bilik aku ni rosak. Sengaja atau malas aku belum tahu punca nya. Oh ya, aku sedang emo. Emo yang tiba tiba. Nak kata pasal hujan lebat di luar, nak kata pasal bilik aku gelap dan nampak gloomy je, dua dua bukan. Aku pun pening. Masih mencari punca. Aku seorang yang tidak mudah mencari punca kepada sesuatu yang terjadi. Mampus lah. Malas fikir. Betul, nanti tak pasal pasal makin teruk pulak emo aku ni. Malas!

Dari tingkap bilik aku jengah suasana di luar. Sejuk, dingin. Dalam hati aku nak je aku mandi hujan kat luar. Mandi puas puas, bergolek atas jalan ke, apa apa saja aktiviti menarik yang boleh bawa aku lari dari perasaan ni. Tapi risikonya, nanti aku demam. Bila dah demam aku tak dapat nak buat kerja, tak dapat nak melepak, tak dapat nak buat apa apa pun. Lebih baik jangan Aspa. Ang jangan buat pasai weh. Nanti dah demam bukan nya ada orang jaga ang pun. Mana ada orang nak ambil kisah pasal ang. Cuba simpan sikit bodoh tu. Aku bercakap seorang diri.

Takpelah, aku nak keluar. Saja layan diri. Jalan sorang sorang sambil bawa payung hisap rokok pun nice kan?

Pengakhiran Kehidupan

Aku naik saksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Mudah kita melafazkan pengakuan itu.
Mudah kita faham akan pengakuan itu.
Tapi adakan isi hati kita benar-benar mendalami tentang itu.
Adakah kita benar-benar mengakui apa yang kita lafazkan itu.

Dari kecil kita mendengarnya.
Dan berharap kita akan terus melafazkannya hingga kita pejamkan mata untuk terakhir kali.

Islam.
Sebuah nama yang majoritinya dianuti orang di keliling kita.
Tapi benarkah kita dengan nama itu.
Benarkah kita menuju ke jalan itu.
Luruskah kita bersama-sama kearah itu.

Aku inginkan taubatan nasuha.
Satu perkara yang sukar untuk dilakukan dan perlukan penelitian.
Aku takut aku akan terjerumus kembali.
Kembali kearah masyarakat kini.

Dunia kian goyang.
Ibarat nenek bongkok tiga bertongkatkan kayu sokongan.
Aku takut ia akan berakhir begitu sahaja.
Berakhir dengan penuh derita.

Cukuplah apa yang aku pinta.
Aku mohon agar hidayah datang menjelma.
Agar cahayanya menerangi hatiku.
Hati gelap yang menyeluputi pancainderaku.

Islam.
Nama itu kian dibenci.
Nama itu kian busuk.
Nama itu kian rapuh.
Nama itu kian lobos.
Nama itu kian ditindas.
Nama itu kian diludah.
Nama itu kian dipijak.
Nama itu kian dihapuskan.

Dan dengan nama itu. Kita kian diancam.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita nampak dengan mata.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita pegang dengan tangan.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita rasa dengan deria.
Diancam oleh syaitan yang bertopengkan manusia.

Bangunlah wahai saudaraku.
Bangun agar kita dapat tidur yang tiada penghujungnya.
Bangun agar kita tidur dengan selesa di sana.
Bangun agar kita bangkit selamanya.

Toriq Ziyad

Daddy


dad, i have so much to say but u so far away
dad, do u know when ur princess' bfday?
dad, its been awhile since u left us stay
dad, i just want to say, 
happy fathers day..........

Hanny

Tuesday 9 October 2012

Aidilfitri. *dah bulan 10 baru nak post.

Tangisan demi tangisan diratapi.
Terdengar sayup suara bergema.
Kenangan lalu diimbas kembali.
Tatkala Aidilfitri datang menjelma.

Tahun demi tahun berlalu.
Tetapi kenangan tetap ada.
Juadah sama yang tidak jemu.
Tiada ini, tidak lengkaplah persiapan beraya.

Bukan duit raya yang dipinta.
Bukan baju baru yang di ingini.
Hanya ampun dan maaf kita bersama.
Dari dalam hati yang tulus dan suci.

Toriq Ziyad

Aku Rindu Kamu

Kesepian melanda diri.
Saat yang lain mempunyai pasangan sendiri.
Bukan aku ingin mengeksploitasi.
Tapi hatiku dahpun dimiliki.

Engkau buah hati kesayangan.
Yang mengubat rindu bayangan.
Tanpamu aku seperti kekosongan.
Bersamamu aku seperti diawang-awangan.

Kau seorang yang terbaik.
Yang termolek dan tercantik.
Tak perlu aku terpekik.
Terlolong dan tercekik.

Aku sayang akan kamu.
Kamu yang membahagiakan aku.
Tanpamu aku rasa malu.
Malu untuk bercumbu.

Toriq Ziyad

Bosan. Boring. Pishang. Petak

Malam ini. Di kedai ini.
Terasa asing. Walau ramai di keliling.
Malam ini. Di kedai ini.
Terasa sunyi. Walau banyak mulut berbunyi.

Bosan. Itu hanya perkataan.
Tapi kerana itu, aku rasa seperti tidak hidup.

Nak bercakap. Keliling aku dah berpasangan.
Bukan aku tak diperlukan. Tapi kurang diperlukan.

Harap faham apa yang aku tulis.

Toriq Ziyad

Mentaliti Si Dipresi

Aku tak perlukan arak.
Untuk melupakan masalah semalam.

Aku tak perlukan balutan ganja.
Untuk melayang-layang di awan biru.

Aku tak perlukan wap syabu.
Untuk kembangkan otakku.

Aku tak perlukan ecstacy.
Untuk ligat berjoget berdansa.

Yang aku ada.
Hanya diri aku sahaja.

Untuk terus hidup.
Tanpa pura-pura.

Toriq Ziyad

Putaran Kehidupan

Setiap kesakitan yang dirasai.
Merupakan nikmat di kemudian hari.
Setiap usaha yang dilakukan.
Merupakan kejayaan yang akan digapaikan.

Bersusah-susah dahulu.
Dan kejayaan akan mengikutimu.
Jangan berputus asa.
Jikalau itu. Kesakitan akan terus dirasa.

Kita bukan orang yang senang.
Kita juga bukan orang yang susah.
Jikalau senang. Teruskan berusaha.
Jikalau susah. Jangan menyusahkan.

Inilah lumrah hidup.
Yang perlu kita teruskan.
Tanpa rasa kebimbangan.
Setiap yang di atas.
Akan berada di bawah.

Hanya masa yang menentukan.
Tanpa rasa ragu-ragu.
Teruskan perjuanganmu.
Untuk masa hadapanmu.
Untuk cita dan cintamu.

Toriq Ziyad

Siapa Kau?

Semakin lama memandang.
Semakin aku tertanya.
Mengapa kau seorang?

Semakin aku mengenali.
Semakin aku mengerti.
Seperti mana kau ini.

Bertambah lama.
Bertambah soalannya.
Mengapa kau begitu.
Mengapa kau begini.

Apa sukamu.
Apa bencimu.
Semua tentangmu.
Aku ingin tahu.

Uni Jamil

Sinaran Baru

Sebulan yang berlalu.
Meninggalkan kesan yang syahdu.
Kesan yang amat mendalam.
Yang telah merubah hidupku.

Aku hanya insan biasa.
Yang inginkan perasaan cinta.
Perasaan yang semua orang inginkan.
Sesuatu yang indah dan tak dapat kunyatakan.

Kini aku bertemu dikau.
Dikau yang amat kucintai.
Dikau yang telah berkorban demiku.
Segala susah senang untukku.

Kini aku persembahkan segalanya.
Segala yang aku ada.
Untuk gadis yang kucinta.
Hanya kamu yang ada diminda.

Gadis yang telah membahagiakan aku.
Membelai manja penuh kasih sayang.
Gadis yang menyerikan hidupku hari ini dan hari hari berlalu.
Mengisi kekosongan dalam hatiku.

Ya. Itu kamu.
Terima kasih aku ucapkan.
Kasih yang tak mungkin aku gapaikan.
Dari mana-mana gadis lain.
Gadis yang pernah kukenali.

Ingin kunyatakan disini.
Yang kamu kucintai.
Kamu yang kusayangi.
Dan kamu yang memberi,
Segala penghormatan perasaan.

Toriq Ziyad.

Teman

Malam ini.

Aku melihat kesedihan di dalam hatimu.
Aku mendengar setiap tangisan di dalam nyanyianmu.
Aku merasakan kepedihan tika air matamu mengalir.

Ketika kamu bersama teman-temanmu.
Aku tahu hatimu tidak bersama kami.
Terkenang masalahan yang melanda.
Melihat kesan yang akan berlaku keesokannya.

Bukan aku ingin berkata apa-apa.
Bukan niatku untuk mengulas setiap perbuatan.
Aku cuma seorang teman biasa.
Tapi teman yang inginkan kamu gembira.

Di setiap tangisanmu, aku tahu ia amat berat untukmu memikulnya.
Cuma aku tak mahu melihat ia berlaku untuk kali kedua.

Jika ia berterusan.
Aku sentiasa ada.
Mencuba untuk tidak lari tika kamu bersedih.
Dan ingin bersamamu saat kamu tersenyum lebar.

Ini cuma luahan.
Luahan kosong.
Luahan bodoh.
Tapi dalam setiap patah perkataan.
Aku mendoakanmu.
Dan ingin melihat senyumanmu setelah fajar keesokan menjelang.

Toriq Ziyad

Sebel 2

Waktu aku menulis ni cuaca panas gila. Kipas bilik aku memang slow nak mampus, rosak agaknya. Rosak lah kot, dah berapa kali aku bangun tidur berpeluh ketiak masam bucuk. Okay, aku berpeluh je. Bila bangun tidur tadi, mata aku meraba raba bahagian kanan sofabed, (yes aku tidur atas sofabed takde katil or tilam macam korang) aku capai phone aku dan tengok jam. Oh shit, dah pukul 1 petang. Lambat dah ni nak pergi kelas pukul 2. Aku gigihkan diri untuk bangun dari tidur. Dok elok elok scroll BBM tiba tiba Nabila PING aku, "wey kelas harini cancel tau". Aku senyum macam budak budak dapat kotak pensil percuma. Tuhan je tahu betapa happy dan girangnya aku. Serius. Aku sambung golek sana, golek sini, lalu tertidur. Sekejap je, tak sampai 10 minit aku bangun dah. Setan betul, time ni taknak pulak ngantuk.

Dalam tempoh tempoh mamai tu, aku teringatkan Feeqa. Feeqa dah 2 minggu lebih backpacking around Europe. Dari Amsterdam, ke Rotterdam, ke Dublin, ke Paris, ke London dan pulang semula ke Amsterdam. Aku jeles. Serius aku jeles. Jumpa backpackers around the world semua hm. Mungkin belum sampai rezeki aku nak travel macam tu. Backpacking around Malaysia boleh la kot buat masa ni. Aku pernah buat, sorang. Walaupun faktap gila travel sorang sorang, but I do enjoy travelling. Korang kena buat, serius. Oh yes Feeqa. Mengikut jadual percaturan aku, harini dia akan pulang ke Malaysia for 3 days only and dia akan pulang semula ke Singapore cause she's a Singaporean. Faham kan? Well aku tak sabar nak jumpa dia because I really do miss her a lot. Yeah, A LOT.

Speaking of rindu, aku rindu kan those old good days. Old good days yang tu jugak lah aku jadi gila, aku jadi bodoh, aku jadi orang lain, just because of love. Love is blind. Simple je, tapi makna dalam makna tu besar and boleh diolah dan digali lagi. Well obviously, aku tak dapat nak buat apa kalau rindu ni datang. Aku lepak, bakar rokok, hisap hembus hisap hembus hisap hembus tidur. Malas nak fikir. Sakit kepala, sakit hati, sakit otak. Sebelum jadi lebih teruk, baik aku tukar topik or buat buat happy, which is menipu diri sendiri. Yeah, aku memang handal bab bab gini. Serius. Dah, aku nak layan BB King punya concert sampai tertidur balik sebab aku memang tak hidup waktu siang. 


* Until next time, aku dah sober. Tata

Monday 8 October 2012

Sebel

Waktu aku menulis ni aku baru saja keluar dari tandas. Lepak dalam tandas hisap rokok-baca novel-dengar lagu memang feeling. Tak percaya? Dalam tandas aku tu ada rak buku yang tergantung. Kalau kalau rasa bosan, capai lah satu untuk dibuat santapan minda. Kebanyakkan buku buku dalam tandas tu bukan nya buku pelajaran, buku teks, lagi lagi buku agama. Cuma ada buku buku berkenaan hidup, teks teks puisi, karangan pendek, dan baru baru ini aku selitkan buku tentang cinta.

Kau tahu feeling dia pergi macam mana? Cuba kau bayangkan lepak tandas baca novel cinta sambil dengar lagu lagu berentak Blues. Rasa macam Gary Moore dengan John Mayer tengah teman kau berak. Serius pergi, aku tak tipu. Ya, memang dalam tandas aku ada speaker kecil yang aku gantung kan pada penyangkut baju. Tak perlu besar besar, tak perlu kuat kuat. Gaung dalam tandas tu dah cukup sempurna kuat. Wayar dia aku selitkan dipintu dan aku cucuk kan kepala nya di handphone aku yang ada kat luar. Set repeat, tekan butang ON, and there you go, EPIC. Gila babi kan?

Berbalik pada novel cinta yang asyik sangat tu. Kenapa begitu asyik sampaikan aku rasa nak duduk lepak dalam tandas untuk jangka masa 3 ke 4 jam? Sebab dia ada ajar mengenai redha. Let It Be, macam tajuk album The Beatles tahun 1970. Let it be (L.I.B)? Hmm apa yang korang semua dapat olahkan dengan ayat L.I.B ni? Bagi aku, term ni sesuai digunakan bila kita dah berusaha dengan sepenuhnya, tapi end up nothing, yes, ini paling sesuai (bagi aku lah, kalau korang aku tak tahu pulak)

Keep calm, and blablabla. Mesti korang ada ternampak kat mana mana kan? Keep calm dan let it be ini macam memberikan kita motivasi kepada diri kita supaya bersabar, redha, dan tenang. Kita dah usaha yang terbaik, kalau tak jadi nak buat macam mana kan? Kita dah bina mahligai sampai 44 tingkat, end up mahligai tu runtuh, nak buat macam mana kan? Sama jugak dengan aku yang pernah rajin dulu, tapi end up nothing. Malas aku nak nyatakan apa yang aku dah buat, apa yang aku dah luah, dan kelakar rasanya bagi aku sebab macam macam benda bodoh, benda tak masuk dek akal, aku pernah buat dan semuanya kerana cinta.

Bryan Adams sendiri ada sebut dalam rangkap pertama lagu dia yang berjudul "When You Love Someone". Katanya, "When you love someone, you'll do anything. You do all the crazy things, that you cant explain.". Betul kan? Manusia memang buta bila dilamun cinta. Manusia memang gila bila dilamun cinta. Setan betul! Benar bukan? Benar atau tidak, ironi nya semua manusia begitu. Kalau kau kata tak, aku berani kerat sayur buat sup ayam. Ataupun kalau kata tak, maknanya kau tak pernah cintakan seseorang seumur hidup kau. One word, LOSER.


* Minta maaf banyak sebab aku tak habis tulis. Aku dah sober. Babai