Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday 31 July 2013

Dilema Sang Pencinta



Dia. Seorang lelaki yang setia. Dengan sang Pencintanya. Bahagianya mereka seumpama rintik hujan itu emas permata. Deru angin itu musik kegemaran bersama. Lautan luas itu taman bercengkerama. Gunung yang tinggi melangit seperti kayangan bersama. Terlalu indah. Terlalu membahagiakan.

Shasha seorang perempuan yang agamanya punya satu Tuhan. Begitu juga kekasih hati, Mikhail. Namun keduanya hidup bertentangan dari kesucian itu. Tidak. Mereka tidak dahagakan kencing syaitan itu. Mereka dahagakan senggama. Nafsu durjana dibiarkan memenuhi segenap pelesok hati. Menjadi pegangan rutin setiap hari.

Walau tanpa alkhohol mahupun dadah, semasa bersama menikmati senggama indahnya dunia bagi mereka. Seperti dialog filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, “Dunia ini Ana yang punya.” Nikmatnya bersenggama. Dibelai kekasih yang tercinta. Tidak diambil kira masa mahupun tempatnya. Asalkan sesuai, tatkala nafsu membuak buak didada, di lantai pantai jua mereka melepas rasa cinta. Bahagia yang dirasa bukannya hanya dari dia, malah sang pencinta jua. Terlalu mengasyikkan.

Shasha punya rasa bersalah didada. Tidak. Bukannya kerana dia tidak setia, kerana derhaka sebenarnya. Terasa dirinya makhluk terhina setelah nikmat bersama kekasih hatinya. Dia masih ingat apa yang guru agamanya ajarkan dahulu. Dan dia tahu bahagia ini berdosa. Terasa seram sejuk tatkala ingatkan natijahnya. Neraka jahanam. Jangankan bercengkerama, sedangkan bersentuhan sahaja sudah berdosa apatah lagi rutin mereka bersama. Shasha tahu perbuatan mereka harus dihentikan atau bermacam natijah jahanam di hari depan. Saat Mikhail bersama Shasha turut tenggelam gelodak asmara. Tak mampu lagi berkata “Sayang, marilah kita halalkan segalanya. Hentikan apa yang kita rutinkan setiap hari ini. Terlalu lama sudah kita bergelumang seperti ini.” Dia turut sama menikmati hangatnya asmara dan cinta mereka. Bahagia yang seketika cuma. Menanti saat hari pembalasannya sahaja. Kesal didada hilang dalam cumbuan Mikhailnya.

Bila masing masing punya urusan dan tidak bersama semuanya kembali menapak di benak fikiran Shasha. “Bagaimana harus aku hentikan tanpa kehilangannya? Bagaimana harus aku katakan padanya? Ahh. Ini semua buat kusut kepala.” Dan saat bertemu, mereka kembali bercengkerama. Kembali berkasih asmara. Tanpa rasa kesal didada. Tanpa takut akan dosa. Tidak terfikir dek akal mereka tentang timbangan di hari bertemu Sang Pencipta. Dosa lawan pahala. Siapa juara.

Shasha tak mampu menolak sentuhan dan pujuk rayu Mikhail, bahkan dia bahagia dengannya. Merancang tentang masa hadapan. Menyulam bahagia.


. . . . . 


Cerita Mikhail dan Shasha masih panjang. Masih belum jumpa penamatnya. Berkahwinkah mereka? Berpisahkah? Masih mengikut nafsu durjana hingga keakhirnya?

Monday 29 July 2013

Sunyi

Kesunyian ini --
                        begitu nyaring sekali.
                        ia menjerit, dan terus menggemakan alam.

Kesunyian ini --
                        sudah jadi musuh utama,
                        sejak suaramu jadi halwa telinga.

herinzasyadza.

Sunday 28 July 2013

Persona Kotor

Tampar --
hanya satu sentuhan manis untuk kamu.
Jeritlah, untuk dikasihani.
Rayulah, untuk disayangi.

Gigit --
hanya satu kucupan mesra untuk kamu.
Terpaku dan terpana di lantai dingin.

Enggan --
bila dipuja?
Puteri indah.
Persona kotor.

herinzasyadza

Dalam Hidup.

Hidup aku tak cantik macam yang kau bayangkan,
Tak indah macam yang kau ada,
Aku selalu gagal,
Selalu jatuh.

Tapi kalau kau nak aku suara-ceritakan jugak,
Sini sayang,
Aku buka-tayangkan tiap satu luka,
Tunjukkan apa ada,
Memang itu pun yang kau nak kan?
Dengar kisah ranap aku,
Moga-moga kau bahagia.

Saturday 27 July 2013

Gentar

Kau tanya;
apa yang aku gentarkan - amat?

Aku jawab;
aku bukan gentarkan sunyi -
atau kekosongan hati,
jiwa yang tak terisi --
kesan disakiti.

Aku gentarkan --
kehilangan diri,
pada diri.

Bila aku tersedar awal fajar menyingsing, 
dan perasaan hilang bikin pusing. 

herinzasyadza.

Thursday 25 July 2013

Hati dan Akal


Sering kali bila aku ikut hati --
musnah semua rasa.
musnah semua impian.
musnah semua harapan.

Sering kali bila aku ikut akal --
sesal semua putus.
sesal semua ingin.
sesal semua pilihan.

Ini - betul atau tidak?
Aku cuma akan terus berjalan.

herinzasyadza.


Diam


Pernahkah kau bertanya --
kenapa aku diam bila aku tak suka, 
padahal kau sering saja meronta padaku;
kau desak aku lepaskan duka.

Kalaulah kau boleh baca apa yang ada
di sini, dasar hati --
aku lebih tenang diam dan pasif,
letak jauh-jauh dendam.

Kerana kesakitan itu dari kamu,
kerana kepedihan itu untuk aku.

herinzasyadza

Monday 22 July 2013

Cerita sebalik " Players " penjelasan " Maaf "

Dari yang pernah baca post Uni " Players ". I'm sorry that I don't like to post something long. But I guess there's something I need to add on. :) Read and enjoy.


" Aku tahu kau lebih lama wujud dalam dunianya. Cuma mengapa setelah kau tahu aku punya rasa terhadapnya, kau masih pilih untuk bersamanya? "

- Kata hati Em.

" Mungkin kau anggap aku perampas, sayangnya kau orang ketiga yang hadir dalam "hubungan" cinta antara aku dan dia.   Bukan aku. "

- Kata hati Mya.

Mya. Teman rapat Shaf. Itu dari pengetahuan Em. Em menunggu saat yang sesuai untuk menerima Shaf sebagai buah hati. Tatkala nama Mya sering muncul di telefon bimbit Shaf, Em sakit. Tapi Em seorang perempuan berperinsipkan " Semua punya hak berkawan. Walau siapa jua dia. " Maka, Em diamkan rasa cemburu. Rasa sakit dalam dada. Dan ya, Shaf terlalu buta untuk nampak segalanya. 

Shaf pulang ke tanah asalnya. Meninggalkan Em di bumi semenanjung. Mengharap kesetiaan dan sayang berpanjangan. Namun hampa, Em mula nampak segala pesanan di laman sosial antara Mya dan Shaf. Dan Em tahu, Mya bukan lagi hanya teman rapat. Em tahu. Walau Shaf sembunyikan.

Tak berapa ketika sebelum Shaf ke tanah besar semula, Shaf pilih untuk berterus terang. Dan disitulah Em menghamburkan segala sakit dan kecewa hatinya. Shaf pinta Em menunggu. Shaf pinta Em sabarnya. Dan ya, Shaf minta maaf kerana terlalu buta untuk nampak segalanya. Dan Shaf sedar, Em betul betul sayangkan Shaf. Dan bukannya siapa Em suatu masa dahulu.


- Kata hati Shaf.

Saat bertemu tiba, Shaf dan Em. Masih seperti sebelum Mya menjadi kekasih hati Shaf. Terlalu rapat. Namun ada garis diantara. Mya. Setiap hari Em menahan rasa. Kerana tiada yang harus dipersalahkan. " Soal hati dan perasaan tiada undang undang. " Itu prinsip Em. Em sakit melihat Mya dilaman sosial. Sakit terkenang yang disayang kini milik orang. Namun Em sedar, siapa dirinya.

Satu malam. Seperti kebiasaannya, makan malam Em dengan Shaf. Namun tak lagi seperti beberapa bulan terdahulu. Em akur. Lewat malamnya, Shaf dan Em bercakap ditelefon.

Shaf : Will you be mine ?
Em : I am.
Shaf : Ohh God. I've been waiting for you to say that.

The truth? That wasn't the first time Em said so. But that night, Shaf heard it the way he wanted to. Dan ya, Em adalah orang ketiga.

Cumanya, ia diperkata setelah tiga malam kemudian. Satu malam dimana enam sekawan keluar bersama.
Dib. Pit. Shah. Shaf. Em. Dan Ni.

Shaf : Kita dah official kan?
Em : Huh? Bila?
Shaf : That night. Lupa laa tu. Masa on the phone tu. I asked you, right?
Em : Oh. Yeah. So, we're official?
Shaf : Why? You don't want to?
Em : No. It's not that.

Em dan Shaf, officially dating each other. And the date they were on the phone, was taken as their anniversary date.

Em sedar, dia kini orang ketiga. Em suruh Shaf pilih. Antara dua. Sebelum Shaf buat pilihan, Mya melangkah pergi. Dan Shaf patah hati. Em tak mampu tersenyum lagi. Kerana Shaf tak seperti dulu lagi. Tiada tawa Shaf. Tiada gurauan dari Shaf lagi. Em pilih untuk bersabar.

Tiada hari Em tanpa air mata. Dan Em tak mampu untuk terus bersabar. Em pilih untuk pergi. Namun Em tahu, dia takkan mampu berhenti menyayangi. Em dan Shaf berbincang. Shaf hampir putus asa. Dan mahu Em pergi. Em tak punya kekuatan untuk pergi. Maka, " Let's give it a shot. Kalau Em tak dapat bagi Shaf rasa bahagia. Dan kalau things doesn't work out between us. Em rela. "

" Mya pergi membawa diri dan Shaf patah hati lalu menyebabkan Em sakit hati sekali lagi. "

" Masing masing bahagia dengan pilihan hati sendiri. "

- Mya kini bersama seorang lelaki yang dicintai. Em dan Shaf ? Masih saling mencintai.

> Sabar lebih dari yang termampu. <

Em dan Mya tak pernah berbalas kata. Tak pernah mencaci maki. Walau kedua sakit hati. Dan sabar yang mereka beri, lebih dari yang termampu. Mya, bahagia dengan pilihan hatinya. Em juga bahagia.

Dan Mya kata :  "Maaf, aku bukan playgirl sayang."

Em dan Mya. Masih bukan kawan. Namun bukan jua musuh. Hanya dua manusia, yang jodohnya pernah bersimpul bersama walau sekejap cuma. Entah apa dalam hati tak jua diketahui. Sudahkah dilupakan cerita mengguris hati. Atau masihkah ia membayangi.



Uni menulis dari pengetahuan Uni. Maaf menyinggung hati yang membaca. Menyinggung tuan yang bersabitan. Uni rasa mungkin ini penamatnya. Entahlah. Mana tahu satu hari Em Mya dan Shaf serta si lelaki dapat duduk satu meja. Sebagai kawan.


Sekian.

Saturday 20 July 2013

Dedikasi

Ku beri kamu satu pena;
dengan satu ingatan tulus ikhlas tentang kamu,
yang menjadi tepu di angkasa perasaan,
bila aku kesepian.

Untuk dirimu pemuisi tegar,
dan aku puisimu yang nanar. 

herinzasyadza.

Friday 19 July 2013

Bilang Pada Aku

Bilang pada aku --
apa yang paling kau takuti.
Tidak ada beza kau dan aku.

Bilang pada aku --
kenapa kau sukar lelap bila malam.

Bilang pada aku --
kau sudah lelah berjuang.

Bilang pada aku --
yang kau takut. tidak. putus asa pada kehidupan.

Bilang pada aku --
yang kau sering fikir tentang ajal.

Bilang pada aku --
yang kau merasa kehilangan.
yang dia sudah pergi.
yang kau kehilangan apa yang paling kau sayang.
yang semua itu tidak pernah kembali.

Ingat Tuhan.
Ingat Yang Maha Mengasihi.

Bilang pada aku --
bila masa yang kau perlu.
Bukan kau sahaja rasa begitu.

herinzasyadza.

Thursday 18 July 2013

Luka

Teriakan seluruh kemarahan aku --
bangunkan pembuluh darah yang kaku.

Teriakan seluruh tragedi atas aku --
dengan kesakitan yang sangat ngilu.

Jika lukanya terlalu dalam;
Biar cairannya melimpah.
Biar pedihnya menyerah.
Jangan hilangkan.

Dalam payah dan berserah -- 
mati kerana sayap kesabaran sudah patah.

herinzasyadza

Tinggal

Aku pernah menduga - duga cinta di hati kamu. Aku juga tahu kau rasa perasaan yang sebegitu. Tapi aku ini manusia kurang sabar. Manusia tidak betah lama-lama digantung.

Ternyata candaku tentang keliling dunia itu kau fikir serius. Ternyata mainan rasaku tentang kamu itu silap. Aku fikir kau terbaik jadi pendamping, tapi ayah bonda tidak mahu aku lama-lama.

Mungkin kau hilang di lautan.
Mungkin kau jadi tawanan.
Mungkin kau sudah jumpa yang lebih berkenan.

Aku ini bukan manusia khianat. Mungkin satu hari nanti, bila kau sudah aku tinggal -- ada yang lebih membahagia, kerana aku sudah beri derita.

herinzasyadza.

Wednesday 17 July 2013

Lari.


Aku tidak pernah jadi begitu menghargai mereka yang lawan jenis -- sudah banyak kali yang datang menyunting tapi kasih sayang aku hanya boleh untuk satu manusia pada satu masa, dan selamanya. Aku sayang benar pada kamu, cukup sayang hingga nyawa boleh melayang, kerana  tunggu ku bukan perkara main-main. 

Perkhabaran kau tiba di pelabuhan, hari yang aku tunggu. Hari untuk aku meluah segunung cinta dan selautan kasih untukmu. Sayang mu Melati sudah jadi hak orang. Dan aku rasa ini peluang. 

"Belum ada ruang untuk bunga lain di hati aku, Balkis". 

Sudah cukup untuk menghiris sekeping hati. 
Untuk ku bawa lari. 

Tuesday 16 July 2013

Kenangan

Suatu hari mereka tanya.

"Siapakah musuh utama kau?"

Aku tenang dan hembus sigar manis.

"Kenangan."

Kerana kenangan itu, aku hilang dia yang betul-betul sayangi aku. Kerana kenangan itu, aku kejar dia yang tidak pernah cinta aku dengan jujur.

Sayang aku pada Melati -- sampai aku sanggup keliling dunia demi bukti cinta. Balik dari pelabuhan, Melati sudahpun disunting orang. Katanya,  tidak mampu tunggu.

Sayang Balkis pada aku -- dalam diam dan aku bungkam. Kerana aku tidak sangka, dan aku tidak pernah mahu, tapi dia tunggu. Balkis tunggu hingga dia merana. Dan hanyut dimamah usia.

Sayang itu tiada galang ganti. Sayang itu ada pada kenangan abadi. Cinta itu -- ada di depan mata, tapi kau pura-pura buta hingga dia sudah tiada.

herinzasyadza.

Monday 15 July 2013

Teruslah Berjalan

Tak kisah lah apa yang kau lakukan.
Tak kisah lah berapa kali kau buat silap.
kau fikir

--

"sudah tiada makna untuk teruskan berjuang"

--

dan ramai katakan kau tidak mampu berjaya.
Teruslah berjalan.

Teruslah berjalan kerana sebulan dari sekarang kau sudah hampir dengan impian.
Esok akan jadi semalam.
Hari ini, hidup dan teruslah berjalan.

herinzasyadza.

Sunday 14 July 2013

Teman

Aku mahu bangkit dari lelah ini.
Aku mahu angkat dari jatuh ini.
Sesungguhnya -- tiada siapa mahu jadi aku.

Jatuh berkali - kali, dan tiada teman di sisi.
Lelah berkali - kali, dan tiada siapa mahu sedari.

Punya satu teman -- dan cukup.
Cukup untuk masih kuat berdiri.


herinzasyadza

Saturday 13 July 2013

Cinta Itu

Cinta itu;
bukannya bersatu tubuh bila-bila
ada kesempatan.

Cinta itu;
bukan berapa banyak bulan
atau tahun kalian sudah bersama.

Cinta itu;
bila kau lihat cahaya
dalam manusia yang dikeliling kegelapan.

herinzasyadza.

Mustahil

Waktu kelam aku cari keduniaan.
Waktu terang aku mahu kenyataan.
Mana?

-- dunia yang aku cari sedang hilang.
Mustahil hidup dengan rasa sempurna,
bila;

sayang sudah lama melayang.
cinta sudah lama tiada.


herinzasyadza

Thursday 11 July 2013

Berliku



Berjalan
Berlari
Merangkak
Pilihlah apa jua
Yang pasti jalan kehidupan sentiasa punya liku

Sama ada indah atau duka
Tetap berliku
Berliku

Andai kau rebah
Bangun dan teruskan perjalananmu
Andai kau jatuh
Bangun dan senyumlah

Jangan kau pernah berputus asa
Putus asa tiada guna
Sedangkan seharusnya kau bangun
Dan teruskan perjuangan
Meskipun berliku.

Players.

" Pernah kau rasa perasaan diduakan? Sakit dan pahitnya berkongsi? Aku pernah. "

Mya. Em. Shaf.

Mya dan Em tak saling mengenali. Tak pernah bertentang mata. Tapi mereka tahu wujudnya satu sama lain. Hanya kerana Shaf. Playboy. Playboy yang daya tarikannya bukan harta atau rupa. Hanya kerana dia adalah dia.


" Tak perlu senyum kalau aku bukan penyebabnya. "

- Sebuah kata hati seoarang perempuan yang melihat senyum kekasihnya kerana kekasih lain. Sedangkan dia disisi.

" Kenapa perlu wujud dia kalau benar aku yang kau cinta? "

- Pedih hati seorang perempuan mencari logiknya cinta.

" Siapa aku kalau berdua begini, masih dia yang kau berpesan pesanan. "

- Cemburu seorang perempuan yang kekasihnya berhubung dengan kekasih lain tatkala berjanji temu.

" Tangan aku kau lepas hanya kerana dia. "

- Kata hati yang kesakitan.

" Mungkin kau lebih sayang dia. "

- Pasrah.

" Pergilah. Kalau dia lebih bagus dan membahagiakan. "

- Redha.


# # Em. Bekas playgirl.
      Mya. Playgirl. Yang Hatinya milik satu lelaki lain.
      Shaf. Playboy. Yang ingin berubah.


Mya pergi membawa diri dan Shaf patah hati lalu menyebabkan Em sakit hati sekali lagi.


     . . . . . . . . . .


Masing masing bahagia dengan pilihan hati sendiri.

> Sabar lebih dari yang termampu <

Permainan

Sebaik mungkin aku cuba memahami
Isi hatimu
Sebaik mungkin aku cuba memahami
Kehendakmu
Sebaik mungkin aku cuba memahami
Rentak permainanmu

Andai benar tebakkanku
Mengakulah yang kau masih cinta
Andai benar tebakkanku
Mengakulah yang kau masih mahukannya
Andai benar tebakkanku
Mengakulah yang kau ingin memilikinya semula

Supaya dapat aku persedia pertahanan
Supaya dapat aku persedia peralatan
Supaya dapat aku merancang permainan

Kerana kini dia milikku
Dan takkan aku biar kau merampas dariku
Takkan ada yang mampu
Memberi dia bahagia yang dia mahu
Selain aku.

     . . . . . . . . . .

Dan yang sejujurnya
Tiada yang aku takutkan

Cinta
Yang dia lafazkan
Akan menjadi milikku
Hingga akhir nanti

Dan. Ya.
Aku yakin dengannya
Aku percaya
Pada setianya dia.



Mewarna Dunia Cara Kita

Indah dunia
Bila kau dan dia
Berkongsi minat yang sama

Tapi bagiku
Lebih bererti
Andai antara dia dan aku
Ada sesuatu yang berbeza

Agar dapat kami mengembara
Meneroka duniaku dan dunianya
Satu persatu
Semuanya diambil tahu
Dan dijadikan kenangan
Yang membuahkan senyuman

Biar dunia kita lebih banyak warna
Supaya kita dapat menceria
Dengan segala ragam punya kita

Mari mewarna cara kita
Supaya segalanya ceria

Seperti bahagianya kita.


Kisah Tersembunyi

Ramai yang menuding
Ramai yang mencela
Tanpa alasan yang munasabah
Tanpa mengetahui

Segala yang telah berlaku
Segala salahku padamu
Segala penafianku
Segala yang menyakitimu

Memang aku terluka
Memang aku merana
Tak bermakna aku hanya mangsa
Kerana sejujurnya aku juga punca segalanya

Kau mencari bahagiamu
Tatkala kau merasa bukan aku
Dengan kebenaran yang aku sembunyikan
Bahawasanya hanya engkau yang aku inginkan

Bersyukurlah
Kini kita kembali bersama
Mengungkap madah cinta
Berjanji akan terus setia
Dan saling percaya
Untuk selamanya.

Baik Dan Jahat

Buat jahat jangan sesekali
Buat baik berpada pada

Kerana
Tak semua punya hati yang sama
Tak semua tahu menghargai
Tak semua baik hati

Ada yang tahu mengkhianati
Ada yang tahu memperdaya
 Ada yang tahu menipu
Ada yang tahu mencaci maki

Ada yang akan mengingati
Ada yang akan membenci
Ada yang akan simpan dalam hati
Ada yang sanggup mati

Buatlah kebaikan seperti hidupmu seribu tahun lagi
Tinggalkan kejahatan seperti matimu sebentar lagi.

Bisa Aksara

Usia muda bukan penghalangnya
Mungkin masih banyak untuk dipelajari
Usia tua tak bererti bijaksana
Kalau seumur hidup tiada mempelajari

Aku mungkin tidak punya apa apa
Tapi yang aku punya
Kau takkan mampu teka
Yang aku punya datangnya dari aksara

Aku punya aksara
Yang akan aku gubah jadi senjata
Kau takkan dapat duga
Tajamnya sebuah kata

Jangan pernah kau pandang rendah
Mereka yang bersenjata akasara
Kerana seperti luka dihati
Ia takkan terlihat

Hanya dapat dirasa bisanya
Tanpa luka yang nyata
Hanya sebuah rasa.

Aku Cinderella

Aku bukan perampas
 Aku hanya ingin bahagia
Adakah aku merampas
Andai dia inginkannya

Aku hanya ingin bahagia
Walau dicaci maki
Dia beri aku rasa bahagia
Walau aku tahu ada yang membenci

Aku tukang percaya
Cerita cinta
Seperti cerita Cinderella
Dan semua yang bahagia ke akhirnya

 Jadi aku ingin bahagia seperti mereka
Biarlah aku bahagia
Dengan dia
Yang aku cinta

Aku bukan perampas
Hanya seorang perempuan yang ingin bahagia
Walau rasa lemas dan rimas
Aku ingin bahagia


Seperti Cinderella.

Wednesday 3 July 2013

Patah.

Dia bilang,aku dan dia hanya dan hanya cuma kawan.
Tapi cara dia melayan,betul-betul buat aku tertawan.
Sangat menawan.

Dia bilang lagi yang dia akan dan akan sentiasa ada disisi.
Tak akan menyepi.
Aku percaya.
Dan bila dia panggil aku sayang.
Sumpah.
Aku melayang.

pause;

Dia hilang.
Entah kemana.
Ada yang bilang.
Dia sedang bahagia dengan cinta.
Aku melayang.

Maka..
Tinggallah aku seorang,
Menangis kala malam.

Cuba bangun dalam kelam,
Dan pada tiap cubaan itu aku gagal.

Apa ini kekalahan?