Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Saturday 7 December 2013

#ZinePHMXNA dan #zineKasetForward

Kami akan berada di Annexe Gallery pada 14 dan 15 Disember 2013 bagi memeriahkan lagi #ArtForGrabs. Kepada sesiapa yang tidak tahu apa itu #ArtForGrabs bolehlah melihat flyers dibawah ini.



Sepanjang kewujudan kami di sana, kami akan memasarkan seterusnya menjual dua buah zine terbaru kami iaitu:

#zinePHMXNA hasil kolaborasi bersama salah seorang penulis antologi cerpen #IWeep yang diterbitkan oleh Lejen Press iaitu Niya Adriane. Di dalam #zinePHMXNA ini terdapat koleksi-koleksi puisi dan juga cerpen. Kami telah memilih tema "GELAP" bagi zine edisi kali ini. Zine ini hanya dicetak sebanyak 50 buah sahaja. Sapa cepat dia dapat woii! Di bawah ini adalah cover bagi #zinePHMXNA.




Zine kedua kami #ZineKasetForward ialah zine solo pertama #SkuadPHM iaitu Musalmah Munira @taiplajulaju yang bertemakan "SKATEBOARD". Zine ini hanya dicetak sebanyak 40 buah sahaja. Lekas-lekas lah rembat dekat #ArtForGrabs ya.




Orang tua-tua selalu cakap alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang dah terlanjur korang nak beli zine kami ni beli lah sekali button badges kami ini. Terdapat dua variasi warna iaitu hitam dan maroon. Satu button badges hanyalah berharga RM3.00 sahaja.




Sekian sahaja dari kami. #SkuadPHM @whenheartwrites. Moga berjumpa di #ArtForGrabs nanti.




Monday 2 December 2013

Jauh melangkau.


Gurau senda renyah;
yang terlewati,
hilang ditelan masa,
tawa riang diwajah mu,
lenyap dibawa angin lalu.

Kini,
aku hanya sendiri,
menanti dirimu tanpa jemu,
yang telah melangkah pergi,
demi cita-cita mu.

Kini,
Aku salah satu manusia;
yang terlalu bodoh,
untuk nampak segalanya.

Kerna setiap manusia,
yang nampak indahnya diri engkau,
Akan nampak bila,
segalanya sudah jauh melangkau.

Saturday 2 November 2013

Terdetik

Aku sedang terbaring memandang langit. Langit tinggi yang tak tercapaikan oleh fizikal. Terdetik dalam hati:-
  • Bila harga gula naik, adakah manis senyumanmu akan jadi mahal?
  • Bila harga minyak naik, adakah jarak kita jadi makin jauh?
  • Bila subsidi dihapuskan, adakah belas kasihan dan cinta kita juga berkurangan?
  • Bila agama dimain-mainkan, adakah kita sudah tak pandang pada syariah?
Sedang aku memandang langit - yang ku kira jarak fizikalnya akan memisahkan kau dan aku pada suatu ketika, aku percaya; pada suatu ketika roda akan berhenti berputar jua.

herinzasyadza.

Wednesday 30 October 2013

Persoalan. Punca.

Aku masih tertanya
Tentang siapa dia
Kenapa dia
Apa ada dengannya

Masih juga tertanya
Siapa aku
Kenapa aku
Ada apa denganku

Aku masih belum puas
Dengan soalnya akal
Aku masih belum puas
Dengan apa yang kau persembahkan

Entah kenapa
Mungkin cinta
Buat aku terasa
Dan ingin waspada

Wednesday 2 October 2013

Cerpen : Dua Kejadian

Dua belas satu lima tengahari,
Isnin---- tiga puluh sepetember dua kosong satu tiga.

Semalamnya, aku kecewa. Susah mahu aku ungkapkan kecewanya yang bagaimana, aku telefon Cuma mahu kongsikan cerita yang aku pasti dan sangat pasti kamu juga akan teruja mendengarnya. Tapi entah bagaimana, aku terlalu gopoh untuk menceritakan sampai aku terlupa kamu bukan siapa-siapa aku. Dan nombor kamu aku dail seketika yang kedengaran Cuma deringan pertama sebelum bergantian kedengaran suara wanita “This number blab la”

Ya, aku tahu kamu terlalu sibuk. Mungkin. Entah, aku buntu kenapa. Dan setelah aku pulang. Kamu cari sedikit waktu atau apa untuk berkomunikasi sama aku. Kamu tweet ini :-

“Untuk kamu gadis. Ya, kamu gadis. Aku perlu ruang untuk diri sendiri. Entah, kebelakangan hari ini aku makin tenggelam.”

Ruang lagi kamu minta? Ya, aku yang terlalu gopoh. Mungkin.

“Tenggelam dalam dunia yang tanpa asas, mungkin itu imbuhannya. Entah. Dan kau tenang-tenang saja gadis. Jalani apa yang ada.”

“Kadang pernah terlintas, untuk benar-benar mendekati. Tapi kadang juga aku takut. Lama-lama, menjauhi.”
Dan aku terlupa aku balas anmensi apa sampai kamu tweet ini :-

“Halusinasi? Dan kau sedang buat aku fikir tentang rasa-rasa dari aku untuk kamu itu halusinasi. Itu dari fikiran kamu. Mungkin”

“Kadang aku juga suka bingun tentang kehidupan aku. Gadis, jangan marah.”

Kamu pernah bilang, “Jangan Tanya kenapa, sedang aku sendiri tak faham akan kehidupan aku gadis, aku sendiri masih keliru.”

“Kalau nanti kau benar-benar pergi bagaimana lagi aku mahu menyusun bait-bait puisi, dan kau juga benar tahu puisi aku isinya hanya kamu.”

Kamu tahu, baca itu air mata aku jatuh pelan-pelan. Sakit tahu sakit!

Dan setelah itu kamu DM aku. Apa, kamu fikir aku ini apa? terkadang aku rasa kamu ini terlalu pengecut mahu luahkan apa yang kamu rasa. tapi ya, kamu sendiri bilang “Ada perkara yang harus diketahui dunia, dan ada perkara yang harus ditutupi sekemasnya.”

Kamu kata battery kamu kehabisan. Ya aku masih ragu-ragu percaya. Mungkin, kamu mahu ruang untuk diskusi sama hati.

“Tapi aku masih percaya. Percaya rasa itu masih ada, mungkin sudah sebati menjadi darah daging”

Ya, rasa aku masih sama. Sebelum dan selepas kamu pergi tanpa permisi. Sama. Tak berubah. Masih.

“Rasa itu buat kita terus berharap dan harapan jangan sampai terbeban. Makanya aku bilang kau harus jalani apa adanya”

Kamu sering menyuruh aku “Jalani apa adanya. Jangan fikirkan yang tidak perlu.” Haihh

Dan tadi, bisa aku bilang. Jantung ini bagai mahu meletup melihat nama kamu yang masuk ke dalam ID pemanggil telefon aku. Masih ragu-ragu mahu angkat. Tapi tanpa sedar, pelan-pelan tangan aku menekan button hijau untuk menjawap panggilan kamu.

Sungguh masih terkejut dalam rasa awkward yang melampau. Aku diam. Dan kamu bersuara “Hello.” Dihujung talian.

Hampir satu jam kita berdiskusi. Terlampau banyak perkara yang mahu dibicarakan---- diceritakan.

Kamu ulang “Kau gadis yang terperangkap dalam tubuh budak 16 tahun.”

Ya, aku tahu. Pemikiran aku lebih jauh dari budak 16 tahun. Jujur. Jika aku tidak kuat waktu itu. Mahu saja aku menangis saat kamu masih dihujung talian. Tapi kerna aku masih kuat dan aku tak mahu kamu anggap aku kebudak-budakkan.

Dua belas sepuluh pagi,
Selasa---- satu oktober dua kosong satu tiga.

Kamu DM aku. Mulanya sekadar sembang biasa. Tapi melarat kepada perkara yang luar biasa (perkara yang seringkali kau cuba elak mahu bicarakan)

Direct message.

Kamu : Lu ingat masa mula-mula kita kenal?

Masakan aku lupa. Perkara yang masih berdiri kukuh dalam ingatan aku.

Aku : ingat. Memori gua padu. Kenapa?

Kamu : Boleh ceritakan? Kalau lu tak keberatan.

Apa kamu mahu uji aku atau mahu refresh kembali otak kamu?

Aku : Lu follow gua sebab terfakatab RT tweet gua kut. Pastu menda tah lu celah tweet gua. Sejak tu kut berlarutan. Rasanyalah. Kut.

Kamu : kan? Kita dulu baik sekejap je kot lepas tu banyak bergaduh je. Hahah.

Kamu ya, kamu. Bijaknya mengalih suasana yang mulanya seakan tegang kembali ceria. Aku ketawa walau tangan aku laju menyeka air mata yang tak pernah bosan mengalir.

Aku : sangat banyak. Banyak punca pergaduhan. Memasing ikut sedap hati je. LOL

Kamu : Dan kita selalu mengalah akhirnya.

Aku : kau banyak mengalah, aku banyak timbulkan perbalahan. Kahkah.

Kamu : Lagi?

Aku : Lagi? Lepas kenal sebulan lebih kut dank au hilang tah kemana, 3 minggu lepas tu kamu datang balik dengan acc baru. #Ulang

Kamu sedar Cuma kamu saja yang bikin 5 acc dalam masa satu tahun? Pfffttt!

Kamu : Kadang gua rindu, tentang dulu.

Aku : Rindu yang dulu? Dulu mana? Banyak tentang dulu.

Kamu : yang dulu..

Aku : sebelum aku muncul?

Kamu : Aku Cuma rindu dulu, tentang kau yang dulu. Tentang bagaimana kita yang dulu.

Aku :Waktu tu masih disitu. Static. Cuma bukan kita yang masih kekal membatu. Biarlah. Jalani apa yang sedia ada. Sekarang. Kau jugak yang cakapkan.

Kamu : Dan aku mahu bicarakan satu rahasia yang tersimpan lama. Rahasia yang kau perlu tahu. Bahawa aku selalu rindu kau setiap waktu walau… terkadang dasar egois masih meninggi.

Aku : Akhirnya. Satu pengakuan. Ya, aku tahu.

Kamu : Gadis, walau nanti gua hilang pergi. Tapi gua masih ingat tentang gua perlu tunggu lu dewasa.
Bisa kamu tunggu aku? Waktu terasa berjalan terlalu pelahan. Kamu tahu itu kan?

Aku : berhenti bagi aku kata-kata manism nanti aku kena diabetes dan tak sempat dewasa lalu mati. Tunggu aku dewasa yang entah bila mahu tiba.

Kamu : kalau satu hari nanti lu bukan dengan gua atau sebaliknya gua tetap tunggu lu gadis. Gua nak tengok lu betul dalam jasad orang dewasa.

Kamu tahu apa aku rasa setelah baca itu? Aku Cuma berharap aku tak pernah dipertemukan dengan kamu. Jujur. Sakitnya bagai ditikam. Pelan-pelan.

Aku : Kenapa kau nak tunggu/tengok aku dalam jasad orang dewasa.

Kamu : gua punya alasan sendiri.

Aku : alasan apa?

Sekali lagi kamu tukar topic.

Kamu : mahu puisi

Aku : tentang apa?

Kamu : apa-apa saja.

Aku : sekarang, aku tahu sebab-sebabnya. Kenapa. Dan mengapa. Aku pasti dengan jawapan selama ini aku kaji. Pasti,

Kamu : pasti yang bagaimana? Malam kini bisa kita terus terang. Aku sudah benar-benar bosan sama diam dan pendam.

Aku : Pasti dengan isi dalam hati aku, apa sebenarnya aku rasa. kau tahu saat ini yang aku tunggu?

Kamu : tapi gadis untuk nama cinta aku tidak mengharapkan yang tinggi-tinggi belaka. Seperti yang dibilang sebelumnya.

Aku : kau bilang mahu terus terang. Apa? Soalan yang sering aku tanyakan, dan butuh jawapan--- sekarang.
Kamu : apa lagi mahu dipersembah tanyakan? Tapi kau harus tau juga bahwa rahasia akan kekal rahasia yang akan terbuka sendiri tanpa pinta.

Aku : entah, buntu. Terlalu banyak persoalan yang perlukan jawapan. Terlalu.

Kamu : Jangan difikirkan, bila kau fikir itu jadi tanda Tanya. Gadis moga pagi ini masih milik kita yang punya sedikit rahasia. Mungkin.

Aku : apa yang berkaitan bersoal tentang kau, itu satu kemestian untuk aku fikirkan.

Kamu : Aku bukan tanda Tanya atau masalah yang harus kau fikir selesaikan.

Bodoh apa kamu. Masih mahu putar belit fakta.

Aku : Tapi kau sesuatu yang garus aku ingat dan fikirkan.

Kamu : malam mula hilang. Aku undur diri dulu.

Untuk entah kali keberapa kamu matikan bicara seperti laki-laki pengecut. Maafkan aku. Jujur, sakitnya aku rasa tika itu, Cuma bisa aku pendam maaf.

Noktah



Saturday 7 September 2013

Curang !

Bibir itu kau biar meratah bibirku.
Senyum itu aku biar membuat aku turut.
Wangian itu aku biar menyelimuti.

Sedangkan dia masa lalu.
Sedangkan dia bukan cintaku.
Walau aku tahu dia masih sayangkan aku.
Ya, aku tahu.
Dan aku biarkan semua itu berlaku.

Aku merelakan segala pujuk rayu.
Aku iyakan segala cumbu.
Aku sendiri mahu.
Dipelukan nya.

-- Aku tahu aku si pesalah.
Yang menyerah.
Pada yang salah.
Kerana aku kekasihnya si dia.

Dipinta pergi. Disuruh melupa.

Kau minta aku pergi.
Sedangkan kau penjara hati ini.
kau suruh aku melupa.
Sedangkan kau pemilik rasa dalam dada.

Apa semua ini?
Kenapa?

Kenapa aku dipinta untuk pergi?
Kenapa aku disuruh untuk melupa?
Kenapa?

Kalau kau ingin melangkah,
Tak dapat aku meghalang.
Kalau kau ingin melupa,
Siapa aku untuk cakap jangan.

Tapi.
Jangan aku yang dipinta.
Jangan aku yang disuruh.

Monday 26 August 2013

Mencari bahagia



Aku hanya satu manusia.
Aku punya pelbagai rasa.
Aku tahu tentang rasanya suka.
Aku tahu tentang rasanya duka.
Dan aku tahu perasaan yang tak kekal lama.

Aku sedang mencari bahagia.
Dan bukan hanya cinta.
Aku punya si dia.
Dan aku masih mahukan redhanya Dia.

Takkan bahagia seorang manusia.
Tanpa cinta.
Tanpa redha.
Dan tidak tanpa Dia Yang Maha Esa.

Dan akulah si tamak haloba.
Yang mahukan setiap satu darinya.

Saturday 24 August 2013

Untuk yang aku panggil Cinta.



Entah apa rasa dalam dada.
Dup dap dup dap.
Bila muncul dikepala satu nama.

Entah apa dalam hati.
Dup dap dup dap.
Bila memori diingati.

Entah apa yang aku mahu.
Dup dap dup dap.
Aku tersipu malu.

Entah siapa kau.
Dup dap dup dap.
Dan aku terpukau.

Dan ya.
Aku tersenyum bahagia.
Aku suka.
Siapa kita.
Dimana jatuhnya aku ; aku bahagia.

Si pemain liga.



Si pemain liga.
Pialanya si dara.

Kau tetapkan golnya.
Kau tetapkan masanya.
Kau tetapkan apa sahaja.
Dan tunggu sahaja.

Dia pasti juara.
Si dara miliknya.
Hanya untuk suka suka.
Dan seketika cuma.

Mahunya hanya gelaran juara dan dara.

Thursday 15 August 2013

Payung

"Hujan pulak." Aku senyum pada lelaki yang merungut sedari tadi. Tuksedonya sudah terkesan tempias hujan. Dia membalas -- hambar. Dia cuma lelaki mewah pakaian tapi lompong hati.

Aku menoleh ke kiri.

"...permudahkanlah segala urusanku pada hari ni..." Isi munajatnya menarik perhatian aku. Tangannya diraup ke muka, dan menghadiahi aku senyuman -- manis. "Berdoa semasa hujan, mujarab." Aku mengangguk, dan bermunajat juga, dalam hati.

Hujan terus membasahi bumi, dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Aku masih memerhati dua lelaki, penuh harapan yang hujan akan berhenti.

"Mahu payung?"

Urusan dia sudah dipermudahkan.


herinzasyadza.

Wednesday 14 August 2013

Forget Me Not

The choice was once 
your choosing,
before losing
became my loss.
I was there in your forgetting -
until I was forgot.

herinzasyadza

Tuesday 13 August 2013

Sebelum Kamu

Apa yang ada dalam minda aku --
sebelum kamu ada?

Kosong.

Apa yang mengisi malam-malam resah --
sebelum terfikir kamu?

Kosong.

Yang aku mahu -- kamu. 
Senyum kamu.
Tawa kamu.
Manis kamu.

Dan aku tidak tahu,
apa bakal jadi pada aku -
kiranya kamu pergi.

herinzasyadza.

Rumah Kosong

Rumah kosong –
Cuma ada sedih dan derita di halaman,
Tiada gembira yang  melewati –
Kerana rumah kosong itu,
Ditinggal untuk dihuni kesedihan.

Rumah kosong –
Tiangnya sepi, atapnya sunyi,
Kosong tanpa rasa bahagia.

herinzasyadza.

Tuesday 6 August 2013

Syawal tahun ini

First of all. Uni ucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal. Selamat Hari Raya buat semua tukang baca. Dan sepanjang mana Uni jadi tukang tulis disini, Pabila Hati Menulis a.k.a #PHM sekiranya ada tertypo, hee, terkasar bahasa, terguris hati siapa siapa, Uni mintak maaf.

Uni hanya penulis hingusan. *tetiba terbayang Shin Chan dengan hingus dia* Uni disini bersama teman teman. Uni menulis dari pengalaman dan pandangan. Imaginasi jugak.

Ada jugak yang ada kaitan dengan yang hidup. Tapi tak pernah ada kaitan dengan yang dah inalillah.



Okay. Yang tu, gambar curi. Haha.

Apa apa pun,

Tidak mengapa andai jauh dimata.
Asalkan sentiasa diingati.

Tidak mengapa tak pulang ke kampung halaman.
Asalkan ingat asal usul diri.

Tidak mengapa puasa tak cukup sebulan.
Asalkan tak buat hukum sendiri.

Tidak mengapa jika penuh kesederhanan.
Asalkan ikhlas dihati.

Tidak mengapa kalau pakai baju lama.
Asalkan tak buat perangai busuk hati.

*Okay nampak sangat Uni dah mengarut*

Sambut lebaran ni, tak perlu meriah macam kahwin empat serentak. Sederhana. Ramadhan dah ajar kita untuk bersederhana. Bukan untuk Ramadhan sahaja, tapi sampai bila bila :)

p/s : Hah tukang baca sekalian. Mana duit raya untuk Uni?

#Toriq Ziyad  #AletAzfar #Hanny #FL #Anasuhani #Herinzasyadza #Musalmah Munira ,
mana duit raya untuk Uni?

 #skuadPHM sekalian, Uni mintak maaf mintak ampun kalau ada mengguris hati sesiapa :) Salam lebaran semua.

Assalamualaikum.

Untuk Ramadhan

Ahah!

Uni tau laa Syawal tu sampai lusa. Tapi eksaited dah Uni nak sambut dia di pintu gerbang. *Aiceh*

Walau masih awal satu malam lagi.

Selamat menyambut indahnya Syawal.

Salam peluk cium Ramadhan jangan dilupakan.

Semoga tahun depan, panjang umur dan dapat bertemu lagi.

Disebabkan Uni tak dapat memeriahkan konti esok hari. Uni nak cuba buat puisi. Satu pun jadilah.

Ehemm ehemm.

. . . . . 

Setiap kali Ramadhan menjelma.
Syawal yang difikir dikepala.

Apa tema?
Apa warna?
Apa itu,
Apa ini.

Sejenak.
Dimalam terakhir buat Ramadhan.
Fikirlah.
Masih adakah kurangku buat Ramadhan.
Masih adakah yang perlu aku lakukan.
Dan masih sempatkah untuk aku melakukan.

Untuk Ramadhan.

Saturday 3 August 2013

Friendzone

Permulaan perkenalan kita,
Aku senang dengan kenakalan kau,
Aku terhibur dengan usikkan manja kau,
Aku tertawa dengan jenaka kau,

Lama kelamaan timbul satu rasa,
Rasa yang susah untuk aku ungkapkan dengan kata,
Aku lahirkan rasa itu engan bait aksara,

Bukan tak mahu luahkan,
Cuma,
Malu mahu terangkan,
Rasa itu kadangkala bikin aku gundah,
Ada kala komunikasi kita,
Bikin aku gelabah,

Dan saat pelahan-lahan,
Aku mula perasan,
Kau jauh,
Makin hari-makin hari,
Kau seolah-olah mahu jauhkan diri,

Mahu aku bertanya,
Tapi apa sebabnya harus aku bertanya,
Kau-aku bukannya ada apa-apa
Tapi kau seolah-olah beri aku harapan,
Harapan yang tak mungkin kesampaian

Wednesday 31 July 2013

Dilema Sang Pencinta



Dia. Seorang lelaki yang setia. Dengan sang Pencintanya. Bahagianya mereka seumpama rintik hujan itu emas permata. Deru angin itu musik kegemaran bersama. Lautan luas itu taman bercengkerama. Gunung yang tinggi melangit seperti kayangan bersama. Terlalu indah. Terlalu membahagiakan.

Shasha seorang perempuan yang agamanya punya satu Tuhan. Begitu juga kekasih hati, Mikhail. Namun keduanya hidup bertentangan dari kesucian itu. Tidak. Mereka tidak dahagakan kencing syaitan itu. Mereka dahagakan senggama. Nafsu durjana dibiarkan memenuhi segenap pelesok hati. Menjadi pegangan rutin setiap hari.

Walau tanpa alkhohol mahupun dadah, semasa bersama menikmati senggama indahnya dunia bagi mereka. Seperti dialog filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, “Dunia ini Ana yang punya.” Nikmatnya bersenggama. Dibelai kekasih yang tercinta. Tidak diambil kira masa mahupun tempatnya. Asalkan sesuai, tatkala nafsu membuak buak didada, di lantai pantai jua mereka melepas rasa cinta. Bahagia yang dirasa bukannya hanya dari dia, malah sang pencinta jua. Terlalu mengasyikkan.

Shasha punya rasa bersalah didada. Tidak. Bukannya kerana dia tidak setia, kerana derhaka sebenarnya. Terasa dirinya makhluk terhina setelah nikmat bersama kekasih hatinya. Dia masih ingat apa yang guru agamanya ajarkan dahulu. Dan dia tahu bahagia ini berdosa. Terasa seram sejuk tatkala ingatkan natijahnya. Neraka jahanam. Jangankan bercengkerama, sedangkan bersentuhan sahaja sudah berdosa apatah lagi rutin mereka bersama. Shasha tahu perbuatan mereka harus dihentikan atau bermacam natijah jahanam di hari depan. Saat Mikhail bersama Shasha turut tenggelam gelodak asmara. Tak mampu lagi berkata “Sayang, marilah kita halalkan segalanya. Hentikan apa yang kita rutinkan setiap hari ini. Terlalu lama sudah kita bergelumang seperti ini.” Dia turut sama menikmati hangatnya asmara dan cinta mereka. Bahagia yang seketika cuma. Menanti saat hari pembalasannya sahaja. Kesal didada hilang dalam cumbuan Mikhailnya.

Bila masing masing punya urusan dan tidak bersama semuanya kembali menapak di benak fikiran Shasha. “Bagaimana harus aku hentikan tanpa kehilangannya? Bagaimana harus aku katakan padanya? Ahh. Ini semua buat kusut kepala.” Dan saat bertemu, mereka kembali bercengkerama. Kembali berkasih asmara. Tanpa rasa kesal didada. Tanpa takut akan dosa. Tidak terfikir dek akal mereka tentang timbangan di hari bertemu Sang Pencipta. Dosa lawan pahala. Siapa juara.

Shasha tak mampu menolak sentuhan dan pujuk rayu Mikhail, bahkan dia bahagia dengannya. Merancang tentang masa hadapan. Menyulam bahagia.


. . . . . 


Cerita Mikhail dan Shasha masih panjang. Masih belum jumpa penamatnya. Berkahwinkah mereka? Berpisahkah? Masih mengikut nafsu durjana hingga keakhirnya?