Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Saturday 22 February 2014

Harapan

Aku cuma seorang perempuan,
Yang penuh impian dan harapan,
Yang penuh dengan angan-angan,
Miliki impian untuk kebersamaan.

@Farahnoreliani

 22 Januari 2013

Hati

Hanya difikir perasaan orang ,
Habis perasaan sendiri diganyang-ganyang,
Siapa yang nak cuba halang,
Kau ?

@Farahnoreliani
23 Januari 2013

Posisi Tidur

Aku benci posisi tidur malam ini. 
Rambut aku bertemu rambut kau,
Tulang belakang aku bertemu tulang belakang kau,
Bontot aku bertemu bontot kau,
Telapak kaki aku bertemu telapak kaki kau.
Bertemu jika ruang 3 inci ini dihapuskan.
Aku rindu posisi tidur semalam. 
Mata aku bertentang mata kau,
Hidung aku berlanggar hidung kau,
Tangan aku di leher kau tangan kau di pinggang aku,
Kaki aku dan kau berlilit bagai rambut panjangku ditocang. 
Tiada ruang walau seinci.
Turunkan lah ego kau.
Rangkul pinggang aku dari belakang,
Lilit kaki aku guna kaki kau supaya tiada ruang 3 inci itu,
Kucup belakang telinga aku,
Lafaz kata kau rindu posisi semalam.
Aku juga akan turunkan ego aku.
Berpaling supaya mata bertemu mata,
Hidung berlanggar hidung,
Tangan aku rangkul leher kau supaya senang aku kucup bibir kau membalas kata aku rindu kan posisi semalam juga.

Dan paling penting aku rindukan kau.

@liyanaabubakar 

Lidah dan Fitnah

Apa nak jadi manusia sekarang,
Cerita orang habis dicanang,
Ditokok tambah sewenang-wenang,
Aduhai malang sungguhlah malang.
Fitnah dan dusta datang bertimpa,
Tak mampu diri untuk menggalasnya,
Hanya pada YANG ESA,
Mengadu nasib diri yang duka.
Wahai dalang yang empunya angkara,
Kau tak tahu beza dosa pahala ?
Tak cukup gerunkah azab neraka ?
Cerita orang habis kau jaja.
Ditokok tambah secukup rasa,
Asal sedap telinga mendengar,
Asal terpaku para pendengar
Tapi diakal cuba kau fikirkan,
Syurga atau Neraka yang kau mahukan?




@Farahnoreliani

31 Ogos 2013 

Jenis

Jenis mulut bangkai ni,
Jenis hati busuk sampai nanah ni,
Jenis jiwa tak tenang tentang nikmat org lain ni,
Jenis tak puas hati tapi depan mcm malaikat ni,
Jenis suka buat cerita dusta ni,
Jenis meraih simpati tk tentu masa ni,
Jenis mulut asyik bawa cerita sebusuk kentud ni,
Jenis bajet fikir diri sendiri lebih bagus ni,
Jenis fikir diri sendiri betul 24jam ni,
Jenis bajet mampu padahal duit mak bapak ni,
Jenis tak reti bersyukur ni,
Jenis memilih tak kena tempat dan masa ni,
Jenis kawan lupa kawan ni,
Jenis menyakitkan hati orang ikut dang dia,
Jenis pandai hitung baik buruk orang lain ni,
Jenis bagi ceramah dan nasihat lebih ustaz ustazah ni,
Jenis dosa sendiri dikatanya “takpe takpe takpe” ni,
Alhamdulillah anda masih manusia,
Tuh pasal ada syurga dan neraka,
Neraka tahu neraka?
Yang atas tuh semua syurga sementara,
Kata orang syurga dunia.
-bayang-
@dollyy94

Cepisan

Sebab aku masih berpijak pada reality walau kadang mimpi aku lebih pada fantasi tak mengapa sebab itu hanya halusinasi yg bakal mati.

@dollyy94

Bismillah

Mulut di ikat ketat,
Tangan digari,
Mata dicakari,
Segalanya dihalangi,
Mengikut titah manusia durjani,
Dianggap dewa bumi.

Usah laungkan janji tak pasti,
Pernah kau contohi perjuangan nabi?

Lihat langit,
Birunya tidak seperti dulu,
Lihat angin,
Lagunya tak semerdu dulu,
Lihat rumput,
Hijaunya tak seindah dulu,
Lihat kita,
Usah takut seperti dulu,
Usah bodoh mematu.


Duhai saudara berada di mesir sana,
Ku titipkan doa tanpa usai letih,
Ku layari setiap berita sahih,
Aku lemah lagi hina,
Anak disana sudah berani memegang senjata,
Sedangkan di sini leka berkarok katanya,
Moga Allah tunjukkan yang benar,
Moga Islam terus berkibar.

@dollyy94
-bayang-

Tuesday 18 February 2014

Rindu ( i )

Barangkali,
perwatakan rindu aku itu terlalu klise,
untuk kamu hargai.
Iya.
Hargai satu rasa rindu untuk kamu dalam harapan paling bodoh.
--
Rindu kadangnya bukan atas suka untuk jatuh cinta pada kamu,
Sayang,
Ia datang untuk peluk seluruh rasa aku tiba-tiba,
Salah kau mengerti?
Wujud rindu kadang untuk pengertian kamu,
Sayang.
Bukan untuk penerimaan,
tapi cukup kamu tahu aku merindu kamu.
Jadi buat apa jadi perindu bodoh hanya untuk diterima pengetahuan kamu?
Semua untuk merasa sisa kasih yang masih ada dalam kamu,
Itu sahaja, Sayang.
--
Kerana rindu aku terlalu usang untuk kamu,
Sayang,
Lebih baik aku jadi orang bodoh dan terus bodoh merindu kamu, seorang.

Dan Akhirnya yang sengaja jadi patung bodoh untuk semua rasa rindu untuk kamu itu, Aku, sekali lagi.
 
 
Twitter : @pikeping

Sang penipu



M E N I P U

Kalau kau rasa

Dengan cara ni kau dapat pahala

Teruskan selagi ' termampu ' .

T E R A S A ?

Lagi bagus --

Kalau kau rasa kau orangnya ,

Jangan takut , jangan tunggu --

Meh datang dekat dengan aku .
Tajuk : Arjuna II

Aku rindu ,

Tiada siapa tahu --

Mungkin mereka tahu ,

Tapi mereka tidak rasa rindu aku .

K E R A N A

Mereka bukan aku --


Intanathirahh.blogspot.com


Twitter : @Intanathirahh

Arjuna


Kenapa menitik lagi ?

Aku benci --

Aku tahan . Aku pendam . Aku sabar

Tapi kenapa kau masih menitik ?

Aku ulang , aku BENCI --

Kau tahu arjuna ,

Hidup dalam kebencian sebegini

Bukan pilihan aku

Tapi aku dah lali dengan ketewasan .

Aku pernah jatuh pada pertama kalinya

Kini lebih berhati hati untuk kedua kalinya –

 Twitter : @Intanathirahh

Manusia Penipu

Bila cakap pasal penipu semua manusia fikir menipu itu dosa, Andai benar menipu tu dosa, aku berdosa dah bergunung-ganang sejak peristiwa itu.

Bermula segala penipuan, apabila aku mulakan segalanya.

Tipu..
Tipu lah time aku cakap pasni kita jadi kawan biasa je,tapi dalam hati aku mintak tolong tarik aku semula
Tipu lah bila aku kata kita akan settle care baik,tapi bila minggu pertama jumpa aku dah mengelak semuanya
Tipu lah aku buat tak tahu org pandang apa tentang diri aku dan mereka
Tipu lah kalo aku tak rindu tempat-tempat aku pergi dengan mereka

Tipu...
Tipu sangat bila aku asyik cakap diri aku tak pujuk mereka,tapi dalam hati aku da lukakan,koyak,calar balarkan hati mereka
Tipu gile bila ade manusia tanya,kau tak rindukan mereka? Dalam hati, aku rindu mereka
Tipu lagi bila setiap kali dalam kelas takde waktu aku tak pernah curi-curi tgk mereka
Tipu jugak bila aku cakap pada diri aku, aku bencikan mereka.
Tipu lah kalau dalam setiap kali solat ku,aku tak pernah mendoakan mereka
Lastly, tipu yang selalu sangat aku buat
Tipu kalau sehari aku tak stalk twitter mereka cuma untuk tahu apa keadaan mereka
Tipu bila setiap kali ada antara mereka yang sakit aku tak pernah doakan mereka cepat sembuh
Tipu bila aku kata ini kali terakhir aku nak jumpa mereka,tapi aku selalu mencari mereka walau dalam mimpi sekalipun...


- Ammar Safwan -

Puisi bodoh

Hari itu,
Kita cuba ukir satu senyum sama-sama,
Kali pertama,
Senyum,
Dan kita berharap,
Sampai bila-bila.
Sampai bila-bila.
Kekal mungkin.

Terlalu magis, Sayang,
Terlalu magis,
Sentuh kamu,
Kucup kamu,
Peluk kamu,
Hangat kamu,
Mesra kamu,
Manja kamu,
Ketawa kamu,
Pujuk kamu,
Semua pasal kamu,
Magis kekal mungkin,
Kita sudah seperti dua pari-pari,
Tapi hanya sepasang sayap,
Terbang kita kerna cantum sayap kita,
Terbang tinggi,
Sampai kita cuba capai kepulan awan cinta,
Terlalu indah, Sayang.
Terlalu indah.

Lalu senyum kita aku ambil jadi satu momen hidup,
Mahu lepas tidak,
Hanya mahu simpan sampai bila-bila,
Kerna kita sudah saling mengizinkan,
Ruh-ruh kita terlalu sudah cantum separa sempurna.

Untuk entah kali ke berapa,
Cerita aku, Cerita kamu,
Aku ulang sebanyak mungkin,
Biar menjadi sebati dalam ingatan,
Biar kalau kita terpisah (Barangkali, kita tidak tahu, Sayang),
Paling-paling,
Cerita aku, Cerita kamu,
Cukup buat aku rasa hangat hadir kamu.
Semula.
Semula.
Lagi.
Dan lagi.
----------------------------------------
Sayang, bilang aku apa dulu?
Pegang tangan kita, mana?
Senyum kita, mana?
Cerita kita, mana?
----------------------------------------

Sayang,
Hari ini,
Aku basah dalam air mata sendiri,
Kuyup semua pinggiran soket mata,
Bengkak sebengkak mahu aku,
Menyala merah,
Sepi,
Paling sepi, Sayang.
Maafkan aku,
Kamu sudah terlalu menjadi ruh aku.
Kalau dulu,
Aku menangis,
Kamu sedia bahu,
Biar lencun,
Biar kuyup basahnya,
Kamu tetap di sisi,
Tunggu sampai habis kering empangan mata.
Tapi kamu di mana, Sayang?
Mana?!
-----------------------------------
Mungkin aku bodoh,
Tafsir cakna kamu itu harapan,
Cinta,
Kasih,
Belai,
Yang sempurna-sempurna belaka.

Tapi salah aku berharap untuk dikit cuma simpati kamu?
Salah?!

Kalau kamu benar tidak izinkan aku ambil dikit harapan itu,
Kenapa kamu benar aku merasa semua dari sempurna kamu,
Kenapa Sayang?
Aku tanya kenapa?

--------------------------------
Aku pun buka semula kotak hati lama,
Aku imbau kata seorang patah hati,
‘’KITA INI BENAR, MUNGKIN SEKADAR SALAH SANGKA’’
Iya.
Kita cuma salah sangka.
Rasa hari itu; SALAH SANGKA.
Senyum hari itu; SALAH SANGKA.
Hangat hari itu; SALAH SANGKA.
Semua tentang kamu; SALAH SANGKA.
------------------------------
Sayang;
Hari ini, iya, hari ini,
Aku terlalu sungguh, sungguh rindu kamu,
Bisa hari ini kamu dakap aku dengan kejap paling selesa?
Rindu kamu, Sayang;
Rindu.
-------------------------------
Sampai hari ini,
Kenapa igau aku itu masih kamu?
Kenapa rindu aku itu masih kamu?
Aku pinta,
Tinggalkan aku selamanya, Sayang.
Selamanya.

(Dan aku masih bodoh. Berharap. Iya. Berharap. Sampai hari ini. Hari ini)


Twitter : @pikeping


Penjaga jasad hati



Hai si jantung hati --

Kau sumber inspirasi , kau juga sumber kekuatan aku

Bila aku jatuh , kau yang menyambut aku dari terus tersungkur

Bila air mata ini menitis , kau juga yang menghentikannya dari terus mengalir

Bila aku kecewa , kau hadirkan aku dengan warna warna kebahagiaan yang kau sendiri lakarkan

Aku bersyukur punya kau dalam hidup aku --

Tuhan ciptakan kau untuk temani hari hari aku

Aku simpan kau utuh dalam kotak hati aku

Agar mereka tahu hanya kau yang aku mahu dikala aku jatuh terkapai kapai diantara manusia

manusia yang kepingin menjatuhkan aku

Dan dikala aku bahagia kau yang pertama aku luahkan rasa

Terima kasih kerana telah merawat dan menjaga jasad ini selama ia bernyawa

Semoga berjaya mencapai cita cita kau yang satu itu , abang --

Aku tak pandang sesiapa , aku setia pada kau .

Tuhan , lindungi jasadnya walau dimana ia berada

Dia , satu satunya darah daging kurniaan mu yang masih setia bersama jasad hati ini .




 Twitter : @Intanathirahh








Nota Kenangan Terakhir ( i )

Setiap manusia mesti pernah mengalami kenangan manis,pahit suka-duka kehidupan.Tak kira dengan sesiapun keluarga ataupun kawan yang kau sayang. Aku, kisah aku terjadi hari terakhir aku di Kuantan di rumah sewa. Selesai je solat mahgrib aku mendoakan doa yang selalu aku doakan untuk mereka.Di hari itu semua orang pergi settlekan hal praktikal dan hari tu lah hari last untuk berjumpa dengan kawan masing-masing. Aku melihat mereka di depan pejabat pentadbiran tu,macam biasa aku buat pandagan mereka tak wujud sudah dan mereka pun tidak bertegur sapa lagi. Pada malam tu jugak hati aku tergerak untuk menulis dua nota terakhir meluahkan segala-segalanya di atas kepingan kertas,selesai menulis aku diajak makan di ruang tamu bersama housemate sempena hari last day mengimbau memori dari awal kami berkenalan dan kenangan-kenangan. Tiba-tiba dia whatsapp aku.

Amir
Ni aku X
Kalau kau ada mase tolong amek kusi kolej kat umah kitorg n tolong hantar kan
Kitorg tak sempat lah
Thanks kalau bole
                                                                                                                              Aku rasa x sempat kot
                                                                                                                              Esok pon aku xde dah
                                                                                                                               Sorry xdpt nk tolong
Okay
Thanks 8.33pm
Time tu aku rase diri aku sombong sgt bile dorang mintak tolong,selalunya bile dorang mintak tolong ape-ape bende yang aku tgh buat masa tu aku akan tinggalkan terus tapi tak pada malam tu,aku terus melayan housemate aku bercerita sampai dlm kul 11 kitaorang selesai makan. Aku pergi ke bilik W mintak botol barbican,dah lama aku teringin nk buat drift bottle nih...aku pon start enjin kete aku trus ke pantai TC,tempat yg paling byk kenangan aku dgn mereka.Sampai je kat sne langit gelap dgn bunyi kilat mcm background effect untuk hati aku yg suram pada malam tuh,aku duduk di depan pantai cuma memandang ombak-ombak yg makin ganas cam haram aku pon takut dtg tsunami time tuh,dalam hati aku berharap mungkin aku akan terjumpa dgn mereka malam ni sbb last day kat Kuantan tapi lpas 2jam aku duk depan pantai tu aku terus bercakap pada laut meluahkan perasaan lama yg aku pendam. Aku mengisikan surat-surat aku kepada mereka dan gambar yg aku koyak bahagian aku kedalam botol tu dan aku isikan pasir-pasir pantai yg menjadi saksi aku pada malam tuh. Aku nekad pada diri aku yg segala kenangan yg aku dah botolkan ni akan tetap berada selamanya di dalam laut yg dalam nie.Disebabkan cuaca pon mcm nk ujan aku pon buat keje-keje bengong dulu. aku tanamkan gambar aku dalam pasir tu dalam-dalam then tiba-tiba...

To be continued~~


- Ammar Safwan -

Karutan Hati ( ii )

Hari demi hari aku melihat
Melupakan...
Menutup luka disebalik topeng senyuman
Mengaburi mata-mata mereka semua
Mengisi hati dengan perkara baru
Kisah silam aku baca setiap masa
Ya, ia disimpan didalam peti karat
Tetapi kuncinya masih ku simpan...


- Ammar Safwan -

Salah aku? Salah kau? Entah.


Perlahan-perlahan,
Ada guris cuba menjadi parut paling dalam,
Untuk satu jiwa dan hati,
Sengaja ditinggalkan rasa yang membasah mulus pipi,
Basah,
Lencun,
Lebat titis-titis menjadi raksa sakti terpaling sakit.

Lempar semua pada aku,
Sampai kau rasa puas,
Sampai kau lihat jelas darah yang kau mahu,
Menjadi lukis abadi pada suka aku,
Sampai aku tiada ruh gembira untuk merasa,
Cuma ada patah-patah rasa hati.

Renyuk serenyuk kau mahu,
Biar tidak kau jumpa aku,
Dalam keadaan senyum paling sempurna,
Tiada,
Langsung sampai mampus rasa-rasa untuk hidup.
Lempar, Sayang.
Lempar.
Biar terus melekat sampai aku mati,
Reput sama-sama tulang belulang aku,
Di makan tanah,
Subur semula menjadi pohon berdaunkan tiap kecewa aku.

Usai itu,
Tinggal aku sampai mampus sama,
Biar jasad gembira aku terputus dari ruh-ruh senyum kau aku pernah sama cipta.
Aku pernah merasa sakit ini,
Dulu,
Aku menjadi jeriji-jeriji tajam sama,
Aku curah darah,
Pekat,
Berlikat si dia dipeluk air mata sendiri,
Kali ini,
Aku yang rasa,
Sakit. Iya. Sakit.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Salah aku?
Salah kau?
Entah.
Hati aku sudah ranap,
Biar.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku pernah mengemis untuk cebis paling dikit,
Hanya mencari maaf,
Bodoh,
Sudah terhantuk baru terngadah,
Tapi aku cuba,
Setidaknya contengan sial itu buat aku sedar,
Aku adalah seorang celaka.
Tapi kalau dari kau,
Kalau aku mengemis maaf, bisa?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salah aku?
Salah kau?
Entah.
Ego; hujungnya mana?
Ego; Mampus.




Twitter : @pikeping

Ini untuk kamu; Ini untuk aku;


Kita sedang jatuh,
Kemudian kita cuba bangkit,
Kita memeluk lutut sampai ke dada,
Kita berteleku lihat bentang langit,
Kita di hamparan padang luas paling kecewa,
Hangat terasa di pipi,
Basah,
Himpunan rasa tikam dalam-dalam,
Perit teramat perit,
Lalu kita terbaring sekali lagi (Jatuh paling seksa),
Dalam keadaan sama,
Statik; Mati; Berhenti – Kecewa. Iya. Kecewa.

_____________’’Tuhan ada. Tuhan; Harapan’’________________

Kita cuba bangkit lagi,
Harapan,
Iya,
Siapa kata Tuhan tiada?
Aku tahu,
Dia sentiasa ada,
Tidak pernah tinggal aku sampai bila-bila,
Itu,
Air mata yang tadi,
Hadiah dari Dia,
Aku tahu,
Tuhan memang ada. Dia sedang peluk aku dengan kasih Dia.

_____________’’Tuhan ada. Tuhan; Harapan’’__________________

Jadi manusia,
Aku tercipta sebagai pelupa,
Air mata tetap air mata,
Basah tetap basah,
Pipi aku ini medan derita,
Pipi kamu apa juga sama?
Kalau sama,
Aku-kamu pasti lebih mengerti; Terlalu mengerti,
Kecewa tetap kecewa.
_____________’’Tuhan ada. Tuhan; Harapan’’________________

Satu perkara,
Aku tahu,
Tuhan ada.
Iya.
Cinta Dia sampai bila-bila.

Harapan,
Terima kasih Tuhan.

(Dan tulisan ini aku simpulkan dalam satu surat kecil. Aku bentukkan dia jadi perahu kecil. Dan aku biarkan ia terus berlayar di sungai kecewa. Paling-paling, bila rasa sakit itu datang lagi, aku ke sungai yang sama, aku buka surat kecil tadi, aku baca dan baca dan baca)
Twitter : @pikeping




Karutan Hati

Setiap pagi, kau bukak pejaman mata
Apa yang mau ditatap hari ini?
Kau membawa jasad ke sana,hati kau tinggalkan
Hati kau keras kaku tersimpan didalam peti besi yang karat...
Hati dihuni kenangan-kenangan
Hari ini didalam tempat itu, pandang mereka
Kesalahan ku memotong hati mereka
Hari ini hati itu ada,ia cuma tinggal di petinya
Pandangan mata sembunyi-sembunyi
Setiap saat dan minitku melihatkan mereka
Cuma sekadar mengingat kenangan bersama mereka yang dulu
Apakah benar mereka melupakanku?
Apakah benar mereka merindukan ku?
Jika khabarnya itu benar...
Ya,aku tak melupakan mereka
Ya,aku masih merindukan mereka
Tapi aku cuma manusia
Yang mempunyai perasaan sesalan menderita...


- Ammar Safwan -

Selamat hari ulang tahun , sahabat



Aku doa ,

Moga kau baik baik sahaja

Moga kau berjaya dunia akhirat

Moga kau bahagia selamanya --

Walau dimana kau berada ,

Walau jauh mana aku melangkah ,

Jangan lupa aku macam dulu dulu --

Doa aku senantiasa mengiringi kau .



Terpaling sayang,
Intan Athirah Mohd Radzif .

Twitter : @Intanathirahh

Jasad Mati



Sekali aku benci ,

sampai mati aku benci .

Kau --

Memaksa aku untuk membenci

Memaksa aku untuk pergi

Memaksa aku untuk melupakan .

Jangn pernah cari aku lagi --

Aku tak sudi .


Twitter : @Intanathirahh

Bulan

Semua laki-laki boleh perlahan-lahan mereput dan mati,
kerana Bulan itu punya aku,
persetankan ketiadaan udara di permukaanya,
kerana lirikan matanya sudah cukup buat aku bernyawa.
Aku serahkan hati, jiwa, raga untuk kamu Bulan,
bukan madah klise sembarangan,
tapi ini sabda pencinta teragung,
yang kian mati di tanah sendiri.

Twitter : @dalyanun_

Tewas



Tahniah . Tahniah .

Kau berjaya tewaskan kelemahan aku .

Aku diuji dengan kenangan masa lalu .

Hebatnya kuasa kau .

Tahniah tahniah .

Kenangan --

Di setiap sudut ruang dan waktu .

Kau mengukir kenangan tanpa aku pinta .

Dan kerana kenangan itu jugalah aku lemas didalam lautan suci .

Mujur aku punya Tuhan yang satu .

Dan mujur aku punya teman teman .

Ketahuilah tempat kau bukan disini .

Pergilah . Jauh dari aku .

Jangan datang dekat dengan aku .

Aku tak sudi --

Aku bukan 'aku' yang kau kenal dahulu .

Moga kau baik baik sahaja --

Semoga tidak ketemu lagi .

Pergilah bersama kenangan lalu --

Jangan pernah kembali dan toleh aku disini walau sekilas cuma .


" Rindu nak kau tatap mata aku lama lama . Rindu nak kau petikkan gitar dan main melodi buat aku . Ahhh , bodoh diri ni bodoh . Itu dulu . Aku perlu buang kau jauh jauh . Perlu . Demi persahabatan kita . Jaga diri "


- Intanathirahmohdradzif -

Twitter : @Intanathirahh

Blah



Persetankan apa orang kata --

Aku tak heran .

Bukan kau dekat tempat aku .

Aku yang berdiri teguh dekat sini untuk diduga .

Siapa kau nak jadi Tuhan aku ?

Kau takkan pernah menjadi Tuhan aku .

Kau kau aku aku .

Blah .


- Intanathirahmohdradzif -

Twitter : @Intanathirahh

KAU



KAU .

Setiap bait bait perkataan yang kau tuturkan akan kau telan tahinya di kemudian hari .

KAWAN ?

Tiada lagi kawan yang kau lemparkan tahi dimukanya ini .

Segala kata kata cacian dan penghinaan yang kau lemparkan akan aku telan perlahan lahan .

Dan akan aku hadamkan menjadi sebati lalu terus aku campak sisanya dimuka kau kelak .

Kau pasti menyesal . Pasti .

Kau akan merasai tahi tahi reput ini setelah menerima pembalasan dari tuhan aku .

Aku punya tuhan yang satu . Yang sentiasa bersama aku .

Semoga kau bahagia dengan jalan yang kau pilih ini .

Jalan yang membawa kau sesat menuju ke pintu yang terkunci rapat .

Tanpa aku .

Jika kau masih lagi tidak menemui kunci kesedaran didalam hati kecil kau itu ,

Dan jika hati kau masih buta untuk tidak meminta kunci kemaafan dari aku yang kau sakiti .

Jangan pernah kau terfikir untuk mencari kembali insan yang telah engkau lemparkan

sisa sisa najis ini .

Terima kasih wahai kawan yang lupa diri .

Doa aku . Akan senantiasa mengiringi walau dimana engkau berpijak .

Kau masih lagi yang aku gelar sahabat .

DULU .

Segala kerenah dan rentak rentak kemahuan kau aku turutkan .

Walau ada ketika aku terpaksa berhadapan dengan kata kata cacian dan penghinaan .

Pernah kau terfikir sejenak mengapa aku sanggup melakukan apa sahaja demi kau ?

Kerana pada ketika dan saat itu aku masih lagi kau anggap kawan .

Kerana pada ketika dan saat itu kau masih lagi ENGKAU .

Kerana pada ketika dan saat itu AKU masih lagi bukan lawan KAU .

Dan pada ketika dan saat itu juga kau masih lagi aku sayang .

Kini , bukan aku tidak menyayangi kau . Tidak sama sekali .

Aku sayang . Aku rindu . Tapi masih adakah lagi harapan untuk kita bersama seperti dahulu ?

KAWAN ,

Jika didunia ini adanya mesin yang boleh memutarkan waktu lalu ,

Akan aku lakukan apa sahaja untuk aku mendapatkan mesin itu .

Aku tidak meminta untuk menjadi kaya dan aku juga tidak meminta untuk menjadi yang sempurna .

Tetapi aku hanya meminta untuk kembali pada masa lalu

bersama engkau yang sentiasa mengukir senyuman di wajah aku .

Terima kasih untuk kenangan terindah yang kita cipta bersama suatu ketika dahulu .

I miss our friendship the most :/

Duhai hati , tabahlah . Ini ujian buatmu .


 - Intan Athirah Mohd Radzif -

Intanathirahh.blogspot.com 

Twitter : @Intanathirahh