Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Tuesday 25 December 2012

Buta

Waktu itu aku lihat kau datang.
Dengan baju merah kau.
Kau datang dekat dengan aku.
Dekat sekali.

Aku nampak kau.
Cuma bayang-bayang.
Aku nampak kau. 
Cuma satu jasad.

Jasad yang aku belum lagi kenal isinya.
Jasad yang katanya aku bikin jiwa dia hilang.
Hati dia hilang.

Waktu itu kau datang lagi.
Datang memberi inspirasi.
Menghulur tangan.
Sokongan moral, mental, fizikal semua kau kasi.
Tak ada satu pun yang tertinggal.
Kau biar diri kau kosong.
Kau serahkan segala-galanya.

Waktu itu kau datang dengan senyuman.
Cuba buat aku ikut senyum.
Tatkala aku gundah.
Tatkala aku hilang arah, tak tentu arah.
Tapi aku masih juga di situ.
Buta hati, buta mata.
Semua aku buta.

Maafkan aku terlambat.
Aku cuma manusia yang buta cinta.
Buta kasih sayang.
Yang selalu buta apa yang manis di depan mata.

Jika ini kau kata cinta.
Jika ini kau panggil hati.
Jika ya, aku ingin hirup cinta ini.
Aku ingin sedut cinta ini.
Biar sampai aku mati.
Biar sampai titik noktah hidup aku.

Aku cuma cinta nya kau.

FL

Monday 17 December 2012

this is me


this is me.
the one that you love.
this is me.
the one that you care.
this is me.
the one that you missed.
this is me.
the one that you want.

this is me.
the one that loves you.
this is me.
the one that care for you.
this is me.
the one that misses you.
this is me.
the one that want to be yours.

DariHati.
Uni Jamil

Friday 14 December 2012

kononnya


kononnya aku perempuan besi
namun aku alpa aku perempuan biasa
kononnya aku tak mudah didekati
sedangkan aku sudah jatuh cinta

kononnya aku tak percaya
kerana dia sang arjuna kasanova
hakikatnya hati gembira
kepalangnya tak terkata

kononnya aku tiada rasa
namun aku masih perempuan biasa
yang punya hati mudah disakiti
yang punya mata mudah menangisi

kononnya aku kaku 
padahal aku sudah lembut hati
kerana ego yang punya aku
sebenarnya aku jatuh hati


DariHati.
uni jamil

Wednesday 12 December 2012

perkenalan kita


malam itu kau tanya siapa aku.
malam itu kau pakai baju melayu biru.
malam itu kau duduk dihujung bangku.
malam itu malam kita kenal kau aku.

malam itu aku kacau kau dulu.
malam itu kau balas pesananku.
malam itu pesanan kita ini itu.
malam itu mula kawan kau aku.

berakhir malam itu dengan kita kini.
kita yang kesana kemari saling disisi.
kita yang tak lengkap tanpa bersua setiap hari.
kita yang mengaku saling menyayangi.

apa terjadi tak pernah aku mimpi.
tetapi segalanya terjadi kini.
setiap hari aku ingin kau disisi.
setiap hari aku minta kau setia menyayangi.
dan kini,
aku tak ingin kau pergi dari sisi.

DariHati.
uni jamil.

do you love me too


i keep thinking that it was me
but i was wrong
it's not me
it's just the time it happened was wrong

i thought that it was you
but again i was wrong
it's not you
it's just the time it happened was wrong

it is never wrong
for our heart aching for one another
it is never wrong
to keep saying iloveyou
just make sure it is true

iloveyou
and i know it's true
do you love me too?
cause i really want it to be true

uni jamil

Tuesday 23 October 2012

Nasihat Teman Teman

Cinta bukan sekadar bermesej 24 jam sehari 7 hari seminggu. Cinta bukannya sekadar berkata “I love you” atau “Saya sayang awak”. Bukan juga dengan mengambil berat sekadar bertanya “Dah makan? Kalau tak sihat jangan lupa pergi klinik.”

Bukan.

Cinta ialah satu tanggungjawab. Berani melafazkan cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik; ke jalan Allah. 


*Usah khuatir, aku normal

Friday 12 October 2012

Kenapa Melayu. Kenapa tidak Memaju

Melayu.
Ia kian layu dan semakin kuyu.
Walau telah merdeka dimata kita.
Tetapi malu untuk bersoal dan menyapa.

Mengapa kita tidak dinamakan Memaju.
Kalau sudah tahu kita akan layu.
Bukan maju melipat baju.
Tetapi maju untuk meneraju.

Memang Melayu tidak akan hilang di dunia.
Tetapi Melayu kian layu dimata masyarakat merdeka.
Masyarakat sendiri yang inginkan kebebasan.
Tetapi kebebasan yang telah tercekik dimakan arus permodenan.

Kenapa kita dinamakan Melayu.
Adakah kerana kita bangsa yang tiada arah tuju.
Atau bangsa yang tidak tahu menahu.
Mungkin kita sendiri yang terjerumus kedalam bangsa terdahulu.

Biar mati anak. Jangan mati adat.
Pepatah itu disebut agar kita beringat.
Bukan membunuh anak untuk kepentingan adat.
Cuma untuk kita berfikir menggunakan akal kita yang ligat.

Petah bercerita.
Buat nya entah apa-apa.
Janji dilontar sekeliling kita.
Hasilnya tidak kemana.

Biarkan kita dinamakan Melayu.
Asalkan kita terus maju.
Biarkan kita dinamakan Melayu.
Asalkan kita tetap bersatu.

Toriq Ziyad

Wednesday 10 October 2012

Sebel 3

Waktu aku menulis ni, hujan lebat tapi tiada kilat mahupun guruh di luar. Bilik aku memang dibiarkan gelap. Hanya ada cahaya dari laptop ini. Dah dekat setahun lebih juga lampu pendaflour di bilik aku ni rosak. Sengaja atau malas aku belum tahu punca nya. Oh ya, aku sedang emo. Emo yang tiba tiba. Nak kata pasal hujan lebat di luar, nak kata pasal bilik aku gelap dan nampak gloomy je, dua dua bukan. Aku pun pening. Masih mencari punca. Aku seorang yang tidak mudah mencari punca kepada sesuatu yang terjadi. Mampus lah. Malas fikir. Betul, nanti tak pasal pasal makin teruk pulak emo aku ni. Malas!

Dari tingkap bilik aku jengah suasana di luar. Sejuk, dingin. Dalam hati aku nak je aku mandi hujan kat luar. Mandi puas puas, bergolek atas jalan ke, apa apa saja aktiviti menarik yang boleh bawa aku lari dari perasaan ni. Tapi risikonya, nanti aku demam. Bila dah demam aku tak dapat nak buat kerja, tak dapat nak melepak, tak dapat nak buat apa apa pun. Lebih baik jangan Aspa. Ang jangan buat pasai weh. Nanti dah demam bukan nya ada orang jaga ang pun. Mana ada orang nak ambil kisah pasal ang. Cuba simpan sikit bodoh tu. Aku bercakap seorang diri.

Takpelah, aku nak keluar. Saja layan diri. Jalan sorang sorang sambil bawa payung hisap rokok pun nice kan?

Pengakhiran Kehidupan

Aku naik saksi tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Dan Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

Mudah kita melafazkan pengakuan itu.
Mudah kita faham akan pengakuan itu.
Tapi adakan isi hati kita benar-benar mendalami tentang itu.
Adakah kita benar-benar mengakui apa yang kita lafazkan itu.

Dari kecil kita mendengarnya.
Dan berharap kita akan terus melafazkannya hingga kita pejamkan mata untuk terakhir kali.

Islam.
Sebuah nama yang majoritinya dianuti orang di keliling kita.
Tapi benarkah kita dengan nama itu.
Benarkah kita menuju ke jalan itu.
Luruskah kita bersama-sama kearah itu.

Aku inginkan taubatan nasuha.
Satu perkara yang sukar untuk dilakukan dan perlukan penelitian.
Aku takut aku akan terjerumus kembali.
Kembali kearah masyarakat kini.

Dunia kian goyang.
Ibarat nenek bongkok tiga bertongkatkan kayu sokongan.
Aku takut ia akan berakhir begitu sahaja.
Berakhir dengan penuh derita.

Cukuplah apa yang aku pinta.
Aku mohon agar hidayah datang menjelma.
Agar cahayanya menerangi hatiku.
Hati gelap yang menyeluputi pancainderaku.

Islam.
Nama itu kian dibenci.
Nama itu kian busuk.
Nama itu kian rapuh.
Nama itu kian lobos.
Nama itu kian ditindas.
Nama itu kian diludah.
Nama itu kian dipijak.
Nama itu kian dihapuskan.

Dan dengan nama itu. Kita kian diancam.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita nampak dengan mata.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita pegang dengan tangan.
Diancam oleh syaitan yang bisa kita rasa dengan deria.
Diancam oleh syaitan yang bertopengkan manusia.

Bangunlah wahai saudaraku.
Bangun agar kita dapat tidur yang tiada penghujungnya.
Bangun agar kita tidur dengan selesa di sana.
Bangun agar kita bangkit selamanya.

Toriq Ziyad

Daddy


dad, i have so much to say but u so far away
dad, do u know when ur princess' bfday?
dad, its been awhile since u left us stay
dad, i just want to say, 
happy fathers day..........

Hanny

Tuesday 9 October 2012

Aidilfitri. *dah bulan 10 baru nak post.

Tangisan demi tangisan diratapi.
Terdengar sayup suara bergema.
Kenangan lalu diimbas kembali.
Tatkala Aidilfitri datang menjelma.

Tahun demi tahun berlalu.
Tetapi kenangan tetap ada.
Juadah sama yang tidak jemu.
Tiada ini, tidak lengkaplah persiapan beraya.

Bukan duit raya yang dipinta.
Bukan baju baru yang di ingini.
Hanya ampun dan maaf kita bersama.
Dari dalam hati yang tulus dan suci.

Toriq Ziyad

Aku Rindu Kamu

Kesepian melanda diri.
Saat yang lain mempunyai pasangan sendiri.
Bukan aku ingin mengeksploitasi.
Tapi hatiku dahpun dimiliki.

Engkau buah hati kesayangan.
Yang mengubat rindu bayangan.
Tanpamu aku seperti kekosongan.
Bersamamu aku seperti diawang-awangan.

Kau seorang yang terbaik.
Yang termolek dan tercantik.
Tak perlu aku terpekik.
Terlolong dan tercekik.

Aku sayang akan kamu.
Kamu yang membahagiakan aku.
Tanpamu aku rasa malu.
Malu untuk bercumbu.

Toriq Ziyad

Bosan. Boring. Pishang. Petak

Malam ini. Di kedai ini.
Terasa asing. Walau ramai di keliling.
Malam ini. Di kedai ini.
Terasa sunyi. Walau banyak mulut berbunyi.

Bosan. Itu hanya perkataan.
Tapi kerana itu, aku rasa seperti tidak hidup.

Nak bercakap. Keliling aku dah berpasangan.
Bukan aku tak diperlukan. Tapi kurang diperlukan.

Harap faham apa yang aku tulis.

Toriq Ziyad

Mentaliti Si Dipresi

Aku tak perlukan arak.
Untuk melupakan masalah semalam.

Aku tak perlukan balutan ganja.
Untuk melayang-layang di awan biru.

Aku tak perlukan wap syabu.
Untuk kembangkan otakku.

Aku tak perlukan ecstacy.
Untuk ligat berjoget berdansa.

Yang aku ada.
Hanya diri aku sahaja.

Untuk terus hidup.
Tanpa pura-pura.

Toriq Ziyad

Putaran Kehidupan

Setiap kesakitan yang dirasai.
Merupakan nikmat di kemudian hari.
Setiap usaha yang dilakukan.
Merupakan kejayaan yang akan digapaikan.

Bersusah-susah dahulu.
Dan kejayaan akan mengikutimu.
Jangan berputus asa.
Jikalau itu. Kesakitan akan terus dirasa.

Kita bukan orang yang senang.
Kita juga bukan orang yang susah.
Jikalau senang. Teruskan berusaha.
Jikalau susah. Jangan menyusahkan.

Inilah lumrah hidup.
Yang perlu kita teruskan.
Tanpa rasa kebimbangan.
Setiap yang di atas.
Akan berada di bawah.

Hanya masa yang menentukan.
Tanpa rasa ragu-ragu.
Teruskan perjuanganmu.
Untuk masa hadapanmu.
Untuk cita dan cintamu.

Toriq Ziyad

Siapa Kau?

Semakin lama memandang.
Semakin aku tertanya.
Mengapa kau seorang?

Semakin aku mengenali.
Semakin aku mengerti.
Seperti mana kau ini.

Bertambah lama.
Bertambah soalannya.
Mengapa kau begitu.
Mengapa kau begini.

Apa sukamu.
Apa bencimu.
Semua tentangmu.
Aku ingin tahu.

Uni Jamil

Sinaran Baru

Sebulan yang berlalu.
Meninggalkan kesan yang syahdu.
Kesan yang amat mendalam.
Yang telah merubah hidupku.

Aku hanya insan biasa.
Yang inginkan perasaan cinta.
Perasaan yang semua orang inginkan.
Sesuatu yang indah dan tak dapat kunyatakan.

Kini aku bertemu dikau.
Dikau yang amat kucintai.
Dikau yang telah berkorban demiku.
Segala susah senang untukku.

Kini aku persembahkan segalanya.
Segala yang aku ada.
Untuk gadis yang kucinta.
Hanya kamu yang ada diminda.

Gadis yang telah membahagiakan aku.
Membelai manja penuh kasih sayang.
Gadis yang menyerikan hidupku hari ini dan hari hari berlalu.
Mengisi kekosongan dalam hatiku.

Ya. Itu kamu.
Terima kasih aku ucapkan.
Kasih yang tak mungkin aku gapaikan.
Dari mana-mana gadis lain.
Gadis yang pernah kukenali.

Ingin kunyatakan disini.
Yang kamu kucintai.
Kamu yang kusayangi.
Dan kamu yang memberi,
Segala penghormatan perasaan.

Toriq Ziyad.

Teman

Malam ini.

Aku melihat kesedihan di dalam hatimu.
Aku mendengar setiap tangisan di dalam nyanyianmu.
Aku merasakan kepedihan tika air matamu mengalir.

Ketika kamu bersama teman-temanmu.
Aku tahu hatimu tidak bersama kami.
Terkenang masalahan yang melanda.
Melihat kesan yang akan berlaku keesokannya.

Bukan aku ingin berkata apa-apa.
Bukan niatku untuk mengulas setiap perbuatan.
Aku cuma seorang teman biasa.
Tapi teman yang inginkan kamu gembira.

Di setiap tangisanmu, aku tahu ia amat berat untukmu memikulnya.
Cuma aku tak mahu melihat ia berlaku untuk kali kedua.

Jika ia berterusan.
Aku sentiasa ada.
Mencuba untuk tidak lari tika kamu bersedih.
Dan ingin bersamamu saat kamu tersenyum lebar.

Ini cuma luahan.
Luahan kosong.
Luahan bodoh.
Tapi dalam setiap patah perkataan.
Aku mendoakanmu.
Dan ingin melihat senyumanmu setelah fajar keesokan menjelang.

Toriq Ziyad

Sebel 2

Waktu aku menulis ni cuaca panas gila. Kipas bilik aku memang slow nak mampus, rosak agaknya. Rosak lah kot, dah berapa kali aku bangun tidur berpeluh ketiak masam bucuk. Okay, aku berpeluh je. Bila bangun tidur tadi, mata aku meraba raba bahagian kanan sofabed, (yes aku tidur atas sofabed takde katil or tilam macam korang) aku capai phone aku dan tengok jam. Oh shit, dah pukul 1 petang. Lambat dah ni nak pergi kelas pukul 2. Aku gigihkan diri untuk bangun dari tidur. Dok elok elok scroll BBM tiba tiba Nabila PING aku, "wey kelas harini cancel tau". Aku senyum macam budak budak dapat kotak pensil percuma. Tuhan je tahu betapa happy dan girangnya aku. Serius. Aku sambung golek sana, golek sini, lalu tertidur. Sekejap je, tak sampai 10 minit aku bangun dah. Setan betul, time ni taknak pulak ngantuk.

Dalam tempoh tempoh mamai tu, aku teringatkan Feeqa. Feeqa dah 2 minggu lebih backpacking around Europe. Dari Amsterdam, ke Rotterdam, ke Dublin, ke Paris, ke London dan pulang semula ke Amsterdam. Aku jeles. Serius aku jeles. Jumpa backpackers around the world semua hm. Mungkin belum sampai rezeki aku nak travel macam tu. Backpacking around Malaysia boleh la kot buat masa ni. Aku pernah buat, sorang. Walaupun faktap gila travel sorang sorang, but I do enjoy travelling. Korang kena buat, serius. Oh yes Feeqa. Mengikut jadual percaturan aku, harini dia akan pulang ke Malaysia for 3 days only and dia akan pulang semula ke Singapore cause she's a Singaporean. Faham kan? Well aku tak sabar nak jumpa dia because I really do miss her a lot. Yeah, A LOT.

Speaking of rindu, aku rindu kan those old good days. Old good days yang tu jugak lah aku jadi gila, aku jadi bodoh, aku jadi orang lain, just because of love. Love is blind. Simple je, tapi makna dalam makna tu besar and boleh diolah dan digali lagi. Well obviously, aku tak dapat nak buat apa kalau rindu ni datang. Aku lepak, bakar rokok, hisap hembus hisap hembus hisap hembus tidur. Malas nak fikir. Sakit kepala, sakit hati, sakit otak. Sebelum jadi lebih teruk, baik aku tukar topik or buat buat happy, which is menipu diri sendiri. Yeah, aku memang handal bab bab gini. Serius. Dah, aku nak layan BB King punya concert sampai tertidur balik sebab aku memang tak hidup waktu siang. 


* Until next time, aku dah sober. Tata

Monday 8 October 2012

Sebel

Waktu aku menulis ni aku baru saja keluar dari tandas. Lepak dalam tandas hisap rokok-baca novel-dengar lagu memang feeling. Tak percaya? Dalam tandas aku tu ada rak buku yang tergantung. Kalau kalau rasa bosan, capai lah satu untuk dibuat santapan minda. Kebanyakkan buku buku dalam tandas tu bukan nya buku pelajaran, buku teks, lagi lagi buku agama. Cuma ada buku buku berkenaan hidup, teks teks puisi, karangan pendek, dan baru baru ini aku selitkan buku tentang cinta.

Kau tahu feeling dia pergi macam mana? Cuba kau bayangkan lepak tandas baca novel cinta sambil dengar lagu lagu berentak Blues. Rasa macam Gary Moore dengan John Mayer tengah teman kau berak. Serius pergi, aku tak tipu. Ya, memang dalam tandas aku ada speaker kecil yang aku gantung kan pada penyangkut baju. Tak perlu besar besar, tak perlu kuat kuat. Gaung dalam tandas tu dah cukup sempurna kuat. Wayar dia aku selitkan dipintu dan aku cucuk kan kepala nya di handphone aku yang ada kat luar. Set repeat, tekan butang ON, and there you go, EPIC. Gila babi kan?

Berbalik pada novel cinta yang asyik sangat tu. Kenapa begitu asyik sampaikan aku rasa nak duduk lepak dalam tandas untuk jangka masa 3 ke 4 jam? Sebab dia ada ajar mengenai redha. Let It Be, macam tajuk album The Beatles tahun 1970. Let it be (L.I.B)? Hmm apa yang korang semua dapat olahkan dengan ayat L.I.B ni? Bagi aku, term ni sesuai digunakan bila kita dah berusaha dengan sepenuhnya, tapi end up nothing, yes, ini paling sesuai (bagi aku lah, kalau korang aku tak tahu pulak)

Keep calm, and blablabla. Mesti korang ada ternampak kat mana mana kan? Keep calm dan let it be ini macam memberikan kita motivasi kepada diri kita supaya bersabar, redha, dan tenang. Kita dah usaha yang terbaik, kalau tak jadi nak buat macam mana kan? Kita dah bina mahligai sampai 44 tingkat, end up mahligai tu runtuh, nak buat macam mana kan? Sama jugak dengan aku yang pernah rajin dulu, tapi end up nothing. Malas aku nak nyatakan apa yang aku dah buat, apa yang aku dah luah, dan kelakar rasanya bagi aku sebab macam macam benda bodoh, benda tak masuk dek akal, aku pernah buat dan semuanya kerana cinta.

Bryan Adams sendiri ada sebut dalam rangkap pertama lagu dia yang berjudul "When You Love Someone". Katanya, "When you love someone, you'll do anything. You do all the crazy things, that you cant explain.". Betul kan? Manusia memang buta bila dilamun cinta. Manusia memang gila bila dilamun cinta. Setan betul! Benar bukan? Benar atau tidak, ironi nya semua manusia begitu. Kalau kau kata tak, aku berani kerat sayur buat sup ayam. Ataupun kalau kata tak, maknanya kau tak pernah cintakan seseorang seumur hidup kau. One word, LOSER.


* Minta maaf banyak sebab aku tak habis tulis. Aku dah sober. Babai

Wednesday 8 August 2012

kehadiranmu


Kau hadir tanpa aku ingini.
Merawat sang hati yang rawan.
Ingin aku tolak kehadiranmu.
Namun aku tak mampu.
Seolah kau selatan dan aku utara.
Seolah kau langit dan aku bumi.
Yang saling melengkapi.
Kekuranganku adalah kelebihanmu.
Rinduku adalah cintamu.

Kau yang terindah.
Kau yang melakar warna-warna di kanvas cintaku.
Kau yang menjadikan hatiku berdetak lebih dari biasa.
Kau yang membuat aku tersenyum tatkala senduku.
Kau membuat aku tertawa dalam tangisku.
kau membuat duniaku terasa terhenti.
Kau melengkapi segenap jiwa ini.
Kau mimpi tidurku. Kau angan jagaku.
Kaulah yang aku mahu.

Uni Jamil

Saturday 9 June 2012

Sebel

Secara jujur dan betul, sumpah tak tipu punya, saya tiada bahan untuk ditulis, untuk diceritakan. Cerita yang tergantung tu, anda boleh mendapatkan sambungan nya di ruangan Cerpen Hari Ini, di surat khabar Metro setiap Isnin. Kenapa Isnin? Sebab Isnin adalah permulaan hari. Permulaan hari untuk kita rasa bengang, malas, mengantuk, dan lain lain. Kenapa? Waktu bekerja bermula semula, hari pertama persekolahan, jalan raya sesak. Kenapa Isnin? (sekali lagi) Saya pun tidak pasti kenapa dan mengapa Isnin, juga apa puncanya dan apa kaitan nya dengan post kali ini. Hari ini Sabtu. Kenapa buka topik hari Isnin?


Alet Azfar

Saturday 2 June 2012

Kalau Boleh

Aku pegang pisau.
Aku jumpa kau.
Aku robek dada kau.
Aku cari hati kau.
Aku ambil hati kau.
Aku campak hati kau dalam mesin basuh.
Aku tuang setengah botol detergen.
Tak lupa jugak sebotol besar pewangi.
Aku cuci.
Aku bilas.
Aku keringkan.
Esok aku buat lagi.
Aku cuci.
Aku bilas.
Aku keringkan.
Cukup 7 hari 7 malam, aku pulangkan pada kau.
Aku sempat pesan pada kau.

'Jaga elok-elok, jangan biar dia kotor dengan sifat dengki kau'


FL

Crush

Andai kata aku pergi hari ini,
Akankah kau akan halang aku?

Andai kata aku hilang ditelan zaman,
Akankah kau cari aku?

Andai kata aku hilang dari pandangan,
Akankah kau sedar?

Andai kata aku senyap bagai diglu,
Akankah harimu akan berbeza?

Andai kata aku tiada lagi di dunia,
Akankah kau muram?

Andai kata hidupku sudah bertemu noktah,
Akankah kau sedih?

Andai kata aku punya masalah,
Akankah kau bersusah payah untuk aku?

Andai kata semua itu berlaku,
Aku masih wujud atau tidak di mata kau?


FL

Friday 1 June 2012

Coretan Terakhir

Melangkah pergi.
Bukan kehendak hati.
Tapi aku lakui.
Walau tanpa diingini.

Certotcertot ini.
Laman hati berpuisi.
Tempat yang akan aku rindui.
Selepas langkah terjadi.

Aku hanya penulis hati.
Seperti bloggers disini.
Ada dan tiada diri.
Masih tetap berseri.

Toriq Ziyad Alet Azfar Fatin dan Hanny.
Tetap menyeri.
Walau tiada lagi Uni.

Benarkan aku tersenyum kembali.
Benarkan aku luahkan segala rasa hati.
Benarkan aku laku segala ini.
Benarkan aku kembali nanti.

Yang aku perlu masa.
Bersendiri.
Mengubat rasa.
Hati ini.

Dupdap mampu terguris.
Panjang luka bergaris-garis.
Iodin ingin diguna.
Tak terlihat pada luka.

Ingin aku batalkan puisi ini.
Bersama kembali.
Namun sesuatu mengganggu diri.
Harap nanti dapat kembali.
Bila selesai soal hati.

Last piece from,
Uni Jamil

Hati Ini

Bersendiri.
Itu pilih hati.
Mengasihi menyayangi.
Itu kerja hati.

Kerja hatiku.
Adalah kamu.
Namun pilih hati.
Telah terjadi.
Sebelum hidup ini kau hadiri.

Mungkin kata lidah.
Tak mampu kau olah.
Biar jari menari.
Agar kau fahami.

Rasa itu aku lalui.
Namun janji ini.
Tak mungkin aku mungkiri.
Walau hati mengingini.

Lantas lidah bermadah.
Agar segala tampak mudah.
Biar kau tak mengerti.
Segala isi hati diri ini.

Janji terucap.
Saat hati tiada berpenghuni.
Berkali acap.
Aku ingati.
Janji itu.

Akan aku melangkah.
Gerbang alam itu.
Tanpa bersama langkah.
Bersendiri.
Agar tiada disakiti.
Memudahkan pilihan hati.

Tapi.
Kau hadir.
Membuat aku takut.
Takut untuk memilih.
Walau pilihan hati sudah terjadi.
Membuat aku terkaku.
Memilih yang mana satu.
Walau segalanya sudah berlaku.

Uni Jamil

Sunday 27 May 2012

Hilang

Bukan emas, bukan intan permata yang aku ingin,
Bukan kad kredit tanpa batas yang aku pinta,
Bukan penthouse di Hartamas yang aku mahu,
Bukan spa pada setiap minggu yang aku butuh,
Bukan ke Paris ke UK ke London yang aku perlu,
Bukan steak di restoran mewah yang aku idamkan,
Bukan baju berjenama yang harus membalutiku.

Bukan, percayalah bukan.

Aku cuma mahu satu.

Tanggungjawab kau.
Sebagai seorang lelaki, seorang suami dan seorang ayah.

Hidup ini tak seindah yang kau janjikan.


FL

Friday 25 May 2012

Haihhh

Tiada aku tahu rasa ku apa.
Tiadaku mengerti kenapa.
Alasannya tiada.
Lidah kelu berkata.
Hanya hati kecil yang meronta.

Senyum terukir.
Terletak dibibir.
Menikmati secangkir.
Mengusir segala rasa yang hadir.

Mula terasa paralysis itu.
Menguasai tubuh terkaku.
Hilang semua abc mindaku.
Neuro terasa seolah sejuk membeku.

Uni Jamil

Pergi Bersayap Tinggi

Berhenti.
Aku ingin berhenti.
Izikan aku untuk pergi.
Langkah kaki.
Membawa diri.
Tanpa aku sedari.

Jauh.
Aku ingin jauh.
Dari tempat kau berlabuh.
Jauh.
Dari tempat aku pernah jatuh.
Akan aku menjauh.

Mengerti.
Soal hati.
Ada belati.
Seperti merpati.

Aku ingin pergi.
Bersayap tinggi.

Uni Jamil

Kesalahan Kejahatan

Melilau bebola mata.
Memandang sini-sana.
Melihat gelagat makhluk yang melata.

Berbelangkas berdua.
Berkumpul berganda-ganda.
Gelak ketawa memenuhi segenap dunia.
Berseorangan melangkah.
Arus manusia ditongkah.
Seolah kaki seribu melangkah.

Berwarna pelbagai tona.
Material berela tiada.
Hanya menutup yang ada.
Tiada segan malu.
Menutup mahkota itu.
Buat tontonan mata lalu.

Mewarna ikut suka.
Merah kuning hijau biru juga ada.
Seolah warna asalnya segala.

Yang sepatutnya menjadi raja.
Kini melenggok sini-sana.
Yang tiada diadakan.
Yang ada ditiadakan.
Tiada silu segan melakukan.

Dibuang dibaling dimatikan.
Kecilnya tak mampu menahan.
Hanya tangisan kedengaran.
Kewujudannya diadakan.
Kemudian dilenyapkan.
Tanpa sebarang belas kasihan.
Atas jasad dikandung sembilan bulan.
Seolah dirinya yang melaku kesalahan.
Sedangkan harus salah diri nafsu dan syaitan.

Hiruk-pikuk suara berkata.
Tiada faedah melainkan mengata.
Seolah dirinya sehebat pendeta.
Memperkata apa-apa.
Seolah dirinya bebas undang yang Maha Esa.
Tiada jahanam dan syurga.

Uni Jamil

Tiada Hala

Termenung.
Berfikir.
Gerak tari jari menari.
Menaip tiktak kekunci.
Klikklak tetikus kesana kemari.

Writters block mula dirasai.
Dilewat malam hari.
Bersama anganan mimpi.

Menyembunyi rasa hati sedari.
Aku ketahu yang tersembunyi.
Menyembunyi kata hati.
Atas anganan mimpi sendiri.

Dan aku kini.
Menekan tiktak kekunci.
Tanpa hala akal mahupun hati.
Melengkapkan sebuah puisi.
Yang aku sendiri ragui.

Unijamil tanpa hala.
Menaip segala kata.
Yang menjengah disudit medulla.
Hanya melengkap apa-apa.

Uni Jamil

Dreaming

That smile.
Was never meant to me.
That laugh.
Doesn't rhyme with me.
That eyes.
Will never look at me.
That lips.
Won't kiss me.
Those hands.
Wouldn't hold me.
Those legs.
Wouldn't walk with me.

Cause i'm dreaming.

Uni Jamil

Kelaku Ketikaku Terpaku

Tangan melaku yang akalku mahu.
Tanpa kaku laju kekunciku.
Tiadaku tahu inspirasiku.

Mula terasa penafian itu.
Seolah mentertawa diriku.
Mengejek tiap hela nafasku.
Membuat jantungku berdegup laju.

Seolah kata-kata menjadi senjata.
Menikam diri yang menuturnya.
Seolah ego itu mencengkam.
Membawa  rasa bungkam.

Mencuba mengukir.
Rasa payah mulai hadir.
Mula memikir.
Bersama secangkir.

Cukup andai yang menulis memahami.

Uni Jamil.

Hati Kecewa

Sebuah perasaan.
Membawa kesedihan.
Sebuah kekecewaan.

Kau.
Menyeri dan kini telah pergi.
Meninggalkan aku sendiri.
Bersama hati dipenuhi duri.
Mencinta mu ku laku.
Bersamamu ku mahu.
Setia padamu itu aku.
Namun kau tetap melangkah dariku.
Menjauh dari gapaianku.

Aku kecewa aku terluka.
Laku aku harus apa.
Langkahku harus kemana.
Ku sangka kau akan bersama.
Selamanya.

Uni Jamil

Kau

Kau bukan siapa-siapa.
Tapi mengapa.
Saat kau kata ingin berpunya.
Aku merasa berbeza.

Cemburu.
Ya aku mengaku.
Entah mengapa aku tiada tahu.
Tapi perasaan itu cemburu.

Kau bukan siapa-siapa.
Tapi kehadiranmu membawa beza.
Mewarna tanpa hala.
Berkata hanya apa-apa membawa ketawa.

Siapakah kau sebenarnya.
Yang membuat aku tertawa suka.
Yang membawa senyum gembira.
Membuat aku rindu alasan tiada.

Siapakah kau sebenarnya.
Soulmate ke akhirnya.
Atau insan yang tercipta bersama.
Atau teman semata.

Uni Jamil

Wednesday 23 May 2012

Akal Anak Pertiwi Masakini

Mana bumi yang aku megahkan dahulu.
Bumi yang bagiku aman damai.
Bumi yang bagiku penuh rahmat dan nikmat.

Semakin aku merasa pelik dengan tanah melayuku.
Semakin aku merasa pelik dengan pemikiran anak bangsa.
Bertumpah darah perjuanganku dahulu.
Bertumpah darah nenek moyangku.
Bertumpah darah rakyat jelata negeriku.
Kemanakan akhirnya?

Suatu masa dahulu.
Perebutan takhta.
Perebutan kuasa.
Perebutan tanah jajahan.
Penyebab bumiku dijajah.

Lihatlah Malaysiaku kini.
Berdemonstrasi sana-sini.
Merusuh merata negeri.

Jika masa aku belajar sejarah.
Aku berkata mungkin mereka tidak fikir akibatnya.
Namun pabila aku memandang pemimpin dan anak bangsa kini.
Aku berkata mungin mereka tidak belajar sejarah Malaysia.

Aku mungkin hanya budak mentah dimata dunia.
Tapi aku juga punya akal dan fikiran.
Kata mereka demonstrasi secara damai.
Berapa ramai anak bangsa terluka?
Berapa ramai yang dimasukkan ke hospital?
Berapa ramai polis negara turun menjaga?

Aku tidak bersama sini atau sana.
Seperti kata guruku.
"Saya bercakap bukan dari segi politik, tetapi dari segi sejarah".
Kita tak ubah seperti masa dahulu.
Dijajah atas tamak sendiri.

Kerana Sungai Ujong.
Mereka berbunuh-bunuh.
Kerana kerajaan Melaka.
Terjadi perang antara tiga,
Kerajaan Johor, Kerajaan Acheh, dan Portugis.

Andai yang membaca berkata aku berkata politik.
Kau salah sama sekali.
Aku berkata hanya tentang ibu pertiwiku.
Tentang segala yang diajar guruku.

Andai aku tersalah fakta mahupun kata.
Berjuta kemaafan aku pinta.
Hanya meluah apa akalku kata.

Uni Jamil

Perjuangan-Untuk Palestin III

Bumi berdarah.
Rakyat resah.
Keamanan terjajah.
Kehidupan yang payah.
Korban tidak bersalah.
Air mata membasahi wajah.
Palestin moga kau pasrah.
Jangan cuba mengalah.


Hanny

Tuesday 22 May 2012

Bumi Kini

Diatas terasa semakin panas.
Dilautan semakin meninggi.
Didaratan semakin sempit.
Bebola api seolah semakin membesar.
Membakar keringat didesa mahupun bandar.
Sedangkan manusialah pengkhianatnya.
Sedangkan manusialah punca segalanya.
Membakar membazir tanpa akal.
Lapisan ozon itu semakin menipis dan menghilang.
Membawa berjuta keburukan yang tak difikirkan.

Ketulan yang dahulunya megah.
Kini mencair melimpah ruah.
Yang dahulunya punya kekuatan.
Menyebab titanic karam dilautan.

Yang dahulunya sejuk membeku.
Hanya yang mampu menahan rendahnya suhu.
Seolah tempat berpijak semakin kecil.
Seolah putaran dunia menelan isi buminya.
Seolah nikmat yang diberi tidak cukup.

Sedangkan sampah-sarap merata ditanah.
Sedangkan pembangunan yang tak selesai.
Sedangkan kita yang tak mensyukuri.
Tidakkah terasa ingin hidup dalam keselesaan.
Tidakkan terasa ingin hidup dalam keindahan.
Tidakkah terasa ingin hidup dalam kesegaran.

Uni Jamil

Monday 21 May 2012

Perjuangan-Untuk Palestin II

Boom! Meletup.
Bergelimpangan tubuh-tubuh kaku.
Boom! Meletup lagi.
Aliran merah membasahi bumi.

Saat aku dan muda-mudi berkejar-kejaran.
Seusia berlari bertempiaran.
Saat kami berpolis sentri.
Mereka bersenapang beroeluru.

Boom! Allahuakbar!
Terlaung kalimah suci.
Boom! Ya Allah.
Ditangisi derita seksa.

Sampai bilakah agamaku akan terus dianiaya.
Sampai bila umat Muhammad akan terus diseksa hina.
Bersama melangkah berpeluru ku tak mampu.
Bersimpati menangisi.

Mengharap akan tiba nasib terbela.
Mengharap tumpah darah berkurang setiap masa.
Hanya mampu menadah tangan berdoa.
Meminta seluruh dunia berbuat yang sama.

Ya sahabat. Ya teman. Umat islam.
Bersama kita berdoa.
Meminta bantuanNya.
Untuk umat islam yang teraniaya.

Uni Jamil

You


Maybe i'm pathetic
But yet i'm me
Maybe i'm sadistic
But yet i'm me

I said i hate you
But i love you
I said get lost from my sight
But i want you by my side

I said change the perfume
But i love your smell
I said change your shirt
But i love your looks
I said that colour doesnt suits you
But you look gorgeous

Hundreds of swear may have been said
But thousands of love just for you in the deepest heart

I may have shout that ihateyou
Cause i've lost my voice to shout ioveyou

No matter how many fights and anger
I just love you for who you are

DariHati.
Uni Jamil

Saturday 19 May 2012

Diskriminasi Luahan Hati

Tiada apa yang bisa ku beri.
Untukmu yang jauh di pandanganku.
Tiada kata yang mampu ku ucapi.
Hanya imbasam kenangan antara kau dan aku.


Aku harap kamu bahagia.
Aku harap kamu setia.
Aku harap kamu ada bersamanya.
Aku harap kau dan dia bahagia buat selamanya.


Bukan aku meninggalkanmu.
Tapi aku mahu kamu bahagia dengannya.
Bukan aku sengaja berbuat begitu.
Tapi aku tak sanggup menahan azab derita.


Bukan niatku untuk menyakiti.
Aku cuma ingin mendampingi.
Tapi jika aku tidak disukai.
Aku rela mengundur diri.


Toriq Ziyad

Friday 18 May 2012

Tak Perlu Tajuk



Apabila senang.
Cinta bagaikan loteri.
Apabila susah.
Cinta akan menyakitkan hati.


Apabila seronok.
Cinta bisa berasmara.
Apabila bergaduh.
Cinta bagaikan penjara.


Apabila gembira.
Cinta mula berputik.
Apabila sedih.
Cinta terkotak-katik.


Apabila iman kuat di dada.
Cinta bagaikan penyokong.
Apabila sudah dilanda nafsu.
Cinta terpekik-terlolong.


Toriq Ziyad

Wednesday 16 May 2012

Perjuangan-Untuk Palestin I

Ratapan. Jeritan. Tangisan.
Ia bukan dariku.
Malah ia bukan dari kawan-kawanku.
Ia juga bukan berlaku di negaraku.

Ratapan. Jeritan. Tangisan.
Ia merupakan satu azab dunia yang sengsara.
Bukan sahaja pedih bagi yang merasa.
Ia juga pedih bagi yang melihatnya.

Peluru. Bom. Pistol. Senapang.
Tidak cukupkah mereka dicampak dan diterajang.
Dikuburkan dalam satu liang lahad yang satu.
Tanpa disemadikan dengan sempurna.

Pengkhianat. Pembelot. Tali barut. ZIONIS!
Sepatutnya mereka yang ditertawa.
Bukan mereka yang mentertawa.
Bukan mereka yang diangkat tinggi.

Memang kita akan menang suatu hari nanti.
Tapi adakah kita ingin mengalah tatkala mereka merampas kuasa?
Mengambil segala hak milik kita?
Mengeksploitasikan segala pemikiran kita.

Itulah mereka.
Mereka yang angkuh.
Mereka yang tidak puas untuk menang.
Walaupun mereka tahu mereka akan kalah.

Aku tak mampu pergi berjuang.
Aku tak mampu pergi menghunus senapang.
Aku tak mampu membaling dan menendang.
Aku tak mampu.

Tapi aku bisa menadah tangan.
Bersama keluarga dan rakan-rakan.
Untuk keluar dari kencaman.
Rejim zionis yang seperti syaitan.

Toriq Ziyad

Kau.....

Kau datang dan pergi.
Umpama lagu diradio.
Berulang kali.
Namun aku masih menanti.

Kau seindah pelangi.
Bersama tujuh warna-warni.
Kau seindah mentari.
Yang berseri-seri.

Pelangi yang hadir berulang kali.
Tiada abadi.
Mentari yang silih berganti.
Bulan dimalam hari,

Kau umpama lagu diradio.
Yang menemani sunyi.
Kau umpama pelangi.
Yang mewarna hati.
Kau umpama mentari.
Bersama setiap hari.
Kaulah lagu pelangi mentariku.

Uni Jamil

Aku Hanyalah Aku

Aku tak seindah bayanganmu.
Aku tak seindah silammu.
Aku tak seindah sang suria.
Mahupun pelangi hari.

Aku hanyalah aku.
Yang sentiasa berjanji.
Untuk sentiasa ada.
Buatmu setiap hari.

Aku hanyalah aku.
Yang akan tetap menanti.
Saat kita bersama.
Tanpa jemu.

Keindahan yang kau impi.
Tiada padaku.
Keindahan yang kau harap.
Bukanlah diriku.

Maafkan.
Diriku tak seindah impian.
Diriku tak semurni harapan.
Kerana aku, hanyalah aku.

Uni Jamil

Monday 14 May 2012

Sayang. Cinta. Itu adalah perasaan.

Kau yang menanamkan semaian kebahagiaan.
Kau membajakan tanaman kasih sayang.
Kau menyiramkan siraman keceriaan.
Kau juga menyuburkan dahan-dahan kemanisan.

Aku layu jika tiada kamu disisiku.
Umpama tiada sumber untuk aku terus membesar dan menjalar.
Denganmu aku dapat terus tersenyum dan gembira.
Walaupun aku tidak dapat membawa kebahagiaan kepadamu.
Tapi aku akan mencuba untuk menghilangkan kesedihan dalam lubuk hati kecilmu.

Itulah kamu.
Disebalik keindahan dan kecantikan namamu.
Tersirat sesuatu yang jarang dimiliki oleh gadis lain.
Kamu yang hampir sempurna dihatiku.
Menandingi gadis lain yang pernah kukenali.
Walaupun tidak sampai waktu perkenalan yang lama.
Tetapi saat aku bersamamu.
Seakan mengenalimu hampir sepurnama.

Suaramu yang dapat mencairkan ketulan ais yang terdampar di tengah-tengah kutub utara dan selatan.
Ia juga telah mencairkan hati dan mindaku yang bercelaru.
Tikaku senang. Kau ada bersamaku.
Tikaku susah. Kau tak lari dari pandanganku.
Aku ingin mengucapkan terima kasih.
Atas segala kenangan.
Kenangan yang tak dapat kulupakan.

Toriq Ziyad

Teman Baru

Tersenyum.
Tersenyum aku tika mengenalimu.
Kau yang baru dalam hidupku.
Kau corak baru duniaku.
Kau yang membuat aku merasa aku.
Kau yang membuat diri terasa istimewa.
Kau yang berkongsi keindahan yang sama.
Kau yang mengerti suka benci diri ini.
Kau yang memahami hati kecil ini.
Ya. Kau teman baruku.
Teman yang aku harap akan ada selamanya.
Bersama mewarna dunia.
Bersama mengejar cita.
Mungkin kau dan aku berbeza.
Namun bersamamu aku selesa.
Ya. Aku selesa.

Uni Jamil

Sahabat

Kau sentiasa ada.
Tika aku bersedih. Tika aku tertawa.
Kau bersama dalam susah dan senangku.
Kau menghibur, kau meluka.
Namun kau sentiasa ada.
Itulah kau yang aku suka.
Itulah kau yang aku panggil kawan.
Kawan yang bergelar teman.
Teman yang layak dipanggil sahabat.

Bersama kau membalut luka.
Luka cita, luka cinta, luka segalanya.
Biar berjuta luka kerana cinta.
Tak aku sanggup luka bersamamu.
Aku adalah insan yang sanggup kehilangan cinta kekasih.
Namun tak mampu aku bayangkan kehilangan dirimu.
Aku adalah insan yang terluka dengan sindiranmu.
Namun sembuh dengan gurauanmu.

Sang sahabat. Aku mohon.
Tatkala seluruh dunia mencemuhku. Teguhlah disisiku.
Saat mata-mata memandangku dengan kebencian. Sayangilah aku.
Saat semua insan meninggalkan aku. Beradalah di sisiku.
Tak aku peduli dengan cemuhan itu. 
Tak aku peduli dengan mata-mata itu.
Tak aku peduli langkah mereka.
Namun aku mohon kau teguh bersama dan menyayangi aku.
Kerana kaulah sahabatku.


Uni Jamil

Wednesday 25 April 2012

Setia

Berbaloikah setia itu,

Andai hati pernah disakiti.
Berbaloikah setia itu,
Andai hati pernah didustai.
Berbaloikah setia itu,
Andai hati menangis sendiri.
Berbaloikah setia itu,
Andai hati meragui.
Berbaliokah setia itu,
Andai hati terasa sepi.
Berbaloikah setia itu,
Andai hati sering berpuisi.

Hanny

Monday 23 April 2012

Err Hah?

Hidup ku kini tidak lagi seperti dulu
Awan cerah dikatakan mendung
Panas terik dikatakan hujan

Aku buntu, aku kelu, aku takut
Aku diam, hanya tunduk membisu 
Aku sering mencari arah nak dituju
Tapi sekali lagi, aku buntu

Aku diam, depressi menyelubungi diri, seperti malam malam yang lalu
Dan setiap malam adalah syahdu untuk jiwaku

Aku tersekat, jiwa aku melarat
Aku terikat dengan janji janji manis dulu
Walau aku tahu itu hanya madah dan bisa
Yang sungguh mudah diucapkan dulu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kini kau gembira, punya personaliti yang berbeza
Di sini lain, di sana lain, di situ lain
Tak punya pendirian, hidup tak keruan
Senang ditipu oleh mainan dunia
Ditipu dengan parasit parasit dan setan durjana

Tetapi, kau cukup seronok dengan semua itu
Kau tetap memilih jalan itu
Kau tetap berjalan ke arah itu

Kau yang memilihnya, kau yang memilihnya


AletAzfar

Friday 6 April 2012

Demokrasi Tak Serasi

Hak dan mandat telah diberikan.
Sumpah dan amanah telah diangkatkan.
Tanggungjawab telah diagihkan.
Pendapatan telah dijanjikan.

Tapi mereka bodoh.
Meninggikan hidung mereka.
Ilmu yang ditimba tidak digunakan.
Merencat akal masyarakat.
Memesongkan perkara lurus.

Tak hiraukan ugutan.
Kerana darjat mereka lebih tinggi.
Pangkat mereka tidak sama seperti orang kebanyakan.

Tetapi merayu, meminta, melutut, menagih simpati orang kebanyakan untuk mengagungkan mereka.
Setelah diangkat, dijulang.
Daratan telah dilupakan.
Mereka hilang seperti diculik bunian.

Kemajuan pembangunan dibiarkan.
Dilupakan begitu sahaja bagai dihempas objek yang berat di kepala.

Itulah politik.
Lidah manis yang menjanjikan itu ini.
Tetapi akal yang masam yang membuatkan janji hanya tinggal janji.
Aku benci berpolitik.
Aku benci racism.

Toriq Ziyad

Ketakutan Kebinasaan

Ketakutan demi ketakutan aku terima.
Kerana aku dikelilingi manusia seperti iblis yang selalu ketagihkan mangsa mangsa muda seperti aku.
Yang selalu mensasarkan ayunan kejahatan untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Mereka seperti berkomplot.
Seakan minda mereka memikirkan sesuatu yang sama.
Minda kehancuran, kebinasaan, dan kepupusan.
Walaupun untuk kaum mereka sendiri.

Aku tidak mempunyai kekuatan untuk berperang.
Malah untuk menahan pun aku tak mampu.
Aku hanya mampu menundukkan arah mataku dan terus berjalan tanpa halatuju.

Walaupun aku tahu dimana aku berpijak sekarang.
Meneruskan kehidupan yang semakin diancam kebinasaan dan kehancuran.
Kehancuran yang sudah dinikahkan kesahihannya.
Adrenalinku yang bergerak laju ini terus bergerak memenuhi setiap saluran tubuhku.
Dan akan berhenti jika dikehendakiNya.
Hanya caranya yang aku takutkan.
Samada baik atau buruk.
Samada putih atau hitam.
Samada kesakitan atau kepuasan kehidupan.

Toriq Ziyad

Harapan Dan Penghargaan

Harapan yang ingin digapai tak kesampaian.
Tatkala lendiran hati menusuk ke lubuknya.
Kebahagiaan yang ingin dicapai.
Terus digali dan dikubur tanpa batu nisan.
Adakah ini satu petanda yang amat sakit untuk dihadapi.
Sakit untuk diri sendiri.
Tapi kesakitan itu tidak dibalas dengan penghargaan, belaian, dan manjaan.

Toriq Ziyad

Tuesday 27 March 2012

Taktik Kotor


matanya berkaca kaca memandang ibunya..
memohon simpati..
tubuh kecilnya terpaku disitu,
air mata mula mengalir lesu, 
tangisan yg perlahan semakin menjadi jadi,
tangannya menggamit ibunya,
si ibu memandang geram kearah wajah itu,
anak kecil itu masih enggan mengalah, 
mendongakkan wajahnya yg polos dibasahi air mata kearah ibunya..
akhirnya si ibu tewas.. mencapai kotak permainan di rak pasaraya itu..
si anak yg tadinya berduka nestapa kini ketawa riang sambil dipimpin ibunya..
taktik kotor menjadi.

Hanny

Saturday 24 March 2012

Mentaliti Seorang Manusia

Di tengah kesesakan budaya dan warga ibu kota.
Aku merindui suasana kampung halaman.
Padi menghijau.
Ladang-ladang yang luas terbentang.
Dusun-dusun yang berputik.
Ia membuatkan saluran esofagusku dingin setelah menghirup udara segar yang tak mungkin dapat dihidu di tengah ibu kota.

Keadaaan persekitaran yang sesak.
Pe'el orang yang jarang aku lihat di tempat tumpah darahku.
Fesyen pakaian yang bermacam-macam dan tak pernah terbayang untuk aku sarungkan.
Dan gadis-gadis yang bersosial tanpa mengira masa.

Mereka tak semanis gadis di tempatku.
Malah mereka membuat hatiku tidak tenteram.
Memikirkan keadaan mereka di sana kelak.

Aku bersyukur kerana aku dilahirkan dengan sifat dan didikan yang baik.
Tapi tiada manusia yang sempurna.
Kekurangan dan kelebihan yang membezakan darjat dan kuasa.
Aku berterima kasih atas segala nikmat yang ada.

Toriq Ziyad

Tuesday 13 March 2012

You Dont Say

You sat next to me
On the cold breeze we breathe
Only time will tell what this is is gonna be


Your words became promises
Like ''Ill see you soon"
You know that phone calls just wont do




AletAzfar


Aku Seronok

Aku seronok.
Melihat kawanku berpasangan.
Tapi diriku sunyi.

Aku seronok.
Mendengar gelak tawa mereka.
Tapi jasadku sedih.

Aku seronok.
Melihat mereka berpacaran.
Tapi jiwaku sayu.

Aku seronok.
Melihat mereka bermesraan.
Tapi perasaanku pilu.

Aku seronok melihat mereka bermanjaan.
Tapi hatiku sepi.

Alangkah gembiranya jika aku seperti mereka.

Toriq Ziyad.

Friday 9 March 2012

Bagi Yang Masih Pacaran, Mendingan Putus Daripada Cerai

Tajuk sudah memadai




AletAzfar

Terbaring Sorang Sorang


So darling could you look at me
I want you to be with me
I wrote this song for you to see
The broken side of me
I love you darling come back to me
I miss how we used to be
Save me from this misery
Only you can set me free
            
I did everything i should
I put everything i could 
But there's no word from you
And im lying here without you


Im lying here without you



AletAzfar