Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Friday 28 June 2013

Tulis

Keletak keletuk dan jari runcing terus menaip. Aku begitu rindu untuk menulis dan mencurah rahsia hati ke atas helaian digital yang terpampang setelah sekian lama.

Benda yang sebati dalam darah, tak mungkin kau boleh tinggal begitu saja. Serupa sahaja dengan ketagihan aku dengan kafeina kopi, begitu juga menulis. Omputih panggil – addiction. Agak lama jugak keinginan tu aku ketepikan. Menyarung perisai kekuatan setelah jatuh ditimpa bukan sahaja tangga, eskalator malah lif sekali datang melanda. Aku merangkak-rangkak untuk kembali menulis. Bezanya kini aku bukan menulis papan kekunci biasa, kini aku bergantung pada hasil reka bentuk Braille selepas kemalangan itu meragut deria pandangku.


herinzasyadza.

Tuesday 25 June 2013

Kalau Benar

Kalau benar sayang.
Kenapa.
Kau beri penendang.

Kalau benar rindu.
Kenapa.
Kau masih bisu.

Kalau benar cinta.
Kenapa.
Kau perlu berdusta.

Kalau benar kasih.
Kenapa.
Kau cari lain kekasih,

Toriq Ziyad

Apa Kau?

Apa kau mahu sendirian.
Jika itu yang kau mahukan.
Aku juga rasa bersalah.
Walau sikit pun aku tak lelah.

Apa kau suka makan hati.
Jika itu yang kau selalu caci.
Aku juga menahan perasaan.
Walau sikit pun aku tak perasan.

Apa kau suka bersifat dengki.
Jika itu yang kau selalu curi.
Aku juga tak bisa melawan.
Hawa nafsu bisikan syaitan.

Apa kau suka haluan sendiri.
Jika itu cara kau ubati.
Aku juga turut simpati,
Atas kehilangan kasih abadi.

Toriq Ziyad

Pernah

Pernah,
Bila aku pejamkan mata
Cuma paras kau yang terbayang
Deretan gigi bila kau diperli
Bila keliru kening meninggi
Dan sedikit janggut manis memikat hati.

Pernah,
Bila malam kamar di hujan air mata
Bila kau canang pada dunia
Ada gadis manis paras
Manis ulah manis kata
Manis di hatimu dan seluruh raga.

Pernah,
Aku terasa jauh bila kau dekat
Makin sakit dan terikat
Dalam hati rindu makin sendat
Dan aku akhirnya biar rasa itu tersesat.

herinzasyadza.


Friday 21 June 2013

Teori Perkadaran Songsang

Apa benda nih? Tajuk ni kawan kolej aku yang berikan. Firstly aku pon tak faham apa yang dia ckap. Tapi korang akan faham lepas baca post ni smpai habis.* so thanks a lot la kepada sesiapa yang baca post bodoh aku ni smpai abis.Hee.

Back to the topic, nowadays ramai youngsters yang dah pandai mengayat sang cikaro untuk jd gf diorang and sang arjuna untuk jd bf diorang. Ramai yang baru lepasan sekolah rendah dah ada relationship status dlm facebook yang semakin ngetop sekarang ni. *Aku pon lbih kurang la. Tapi lambat sikit.


Aku nak cerita sikit la lpas apa yang aku dah lalui time aku kat kolej *jgn nk bgga sgt la. Kolej ja pon. Dalam kolej even dekat luar kolej macam certain tempat yang aku dah jalan jalan *mcm bandaraya and banyak lagi la. Aku jumpa mmg ramai gila couple. Ada sesetengah memang sweet gila, ada yang annoying,ya la aku dekat ibu kota kan memang boleh jumpa macam-macam jenis orang la. Even gay pon ada.Hahaha. Lagi sweet dari couple yang berlainan jantina nih.


Tapi, among these couples apa yang aku nampak kebanyakannya memang aku tak sangka diorang tu couple. Untuk menjelaskan lagi hujah aku ni aku akan bagi bayangan la dekat korang semua.


Satu malam ni, ada sebijik moto *sebuah ka sebijik?. Aku pon da lupa. Haha.  Ada satu pasangan ni parking la dekat parking lot dalam kawasan karaoke tempat aku study. Lepas settle parking semua diorang pon bukak la helmet. Apa yang aku nampak. Laki tuh act memang "mat moto". And cara pemakaian pon korang pandai pandai bayang la ok? Tapi lepas dia bukak helmet buah hati,jantung and paru paru dia itu, OMG! ada style. Macam anak Tan Sri. Sesiapa yang tengok memang agak tergugat ah. Macam kawan aku cakap pak haji pon bukak lebai dia. Hahaha. Memang totally meleleh air liur si pemerhati.


And situation yang sama bila aku keluar jalan jalan dkat ibu kota.Ramai yang macam tuh.Ramai couple,perempuan cun melecun,bila laki,macam tak sesuai.Sama jugak sebaliknya.


Tapi lepas aku pikir pikir balik,ada betol jugak ramai yang buat mcmtuh.Tp kebanyakan akan cakap "alaa boboy tuh duit masyuk.sbb tuh awek dia "syg sgt".? syg lah sgt kan.


Bila kita fikir balik,korang semua nak tak bila date dgn awek yang top,hotstuff,and chantique.Ramai lelaki akan jd si pemerhati kepada awek korang. Kan? So apa perasaan korang?Msti la panass ja satu badan.haha.* certain lelaki la.Tak semua.


So,maybe sebab tuh kot ramai lelaki yang memilih perempuan yang kurang dari luaran,tp dalaman,lebih sampai melimpah limpah kebaikan and layanan dia dekat korang. hahaha. Betol tak? 


Sama jugak bagi perempuan,even dia cantik. Tapi nak lelaki yang macam "mat moto" yang aku cakapkan tuh. Perempuan zaman sekarang pon dah ragu ragu dgn lelaki yang hensem or dalam erti kata lain,perfect dari mata kaum hawa ni lah. Sebab,lelaki yang hensem tak akan tergila gilakan seseorang perempuan. Dalam erti kata lain ,banyak scandal la. Sama juga dengan kaum adam yang nakkan perempuan yang kurang paras rupanya.


Konklusinya, jangan memandai judge couple yang macam ni.


Dekat bawah ni ada la sikit list yang aku sinopsiskan kepada couple yang mengalamalkan teori perkadaran songsang ni:


Bagi lelaki:
1.Perempuan yang tak cantik lebih pandai memujuk mereka.
2.Perempuan yang tak cantik lebih setia berbanding yang bajet "hotstuff".
3.Perempuan yang tak cantik akan praktis untuk jadi lebih baik dari ex ex mereka.
4.Perempuan yang tak cantik kebanyakan pandai masak and sopan santun.


Bagi perempuan pulak:
1.Lelaki yang tak hensem lebih setia and peratusan ada skandel ni amat tipis.
2.Lelaki yang tak hensem akan layan mereka dgn cara yang terbaik yang dia boleh lakukan.
3.Lelaki yang tak hensem lebih memahami isi hati mereka.
4.Lelaki yang tak hensem akan cuba cari solutions untuk berbaik semula apabila mereka bergaduh. Tak mcm yang hensem, bila bergaduh, terus break. Sebab ramai lagi yang tengah beratur.


THINK ABOUT IT AND MAKE A CHANGE!!

Warna Itu

Warna itu membangkitkan semangatku.
Warna itu mengingatkan aku sesuatu.
Warna yang aku banggakan dari dahulu.
Warna yang merubah corak hidupku.

Berbulan dan berbintang kuning.
Di sekelilingnya biru.
Berjalur merah dan putih.
Bersegi empat berkibar di awangan.

Ya.
Memang benar apa yang engkau anggapkan.
Usah diragukan lagi tentangnya semangatnya.
Semangat perjuangan yang inginkan merdeka.
Perjuangan yang ingin bebas bersama.

Walau ia cuma sehelai kain biasa.
Mungkin sesetengah hanya menggunakan sebagai kain perca.
Namun kain itu yang melambangkan negara kita.

Toriq Ziyad

Perlahan-lahan

Perlahan-lahan langkahan.
Tidak mengapa dari duduk berdiam menahan.

Perlahan-lahan mendaki.
Tidak mengapa dari terkaku menggigit jari.

Perlahan-lahan menadah.
Tidak mengapa dari terus biar ia tertumpah.

Perlahan-lahan mengayat.
Tidak mengapa dari biar dia terjerat.

Perlahan-lahan memikat.
Tidak mengapa dari lepaskan dia seorang tersekat.

Perlahan-lahan menerima.
Tidak mengapa dari terus tanggung derita.

Toriq Ziyad

Thursday 20 June 2013

Kopi Mentua

“Makcik, neskepi ais satu!” 

“Asyik neskepi ais je nak, tak nak air lain ke?” 

“Amboi makcik, dah bosan ke buat neskepi untuk saya?” 

“Takdelah, cuma sebijik macam anak makcik haa. Tak habisnye nak neskepi ais manjang.”

“Anak makcik tu bujang lagi ke? Tak nak kenalkan ke saya ni haa? Boleh jugak jadi menantu makcik nanti. Hari-hari minum neskepi ais.” 

“Haa tu dia baru je sampai.” 

Dan itu adalah jurutera yang dah lama aku syok.

“Haaa mak, dah puas beramah mesra dengan bakal menantu mak ni?”

 Kerut dahi aku menambah senyum manis di bibirnya. Semanis neskepi ais yang ku dahagakan itu.


Dan Aku Manusia Mudah Terpedaya

Manis dengan sarat asmara.
Manis dengan madu pesona.
Dan aku manusia mudah terpedaya.

Asmara kau lambung bagai ombak menyentuh pantai.
Halus dan singgah seketika.
Tak bertahan untuk selamanya.

Kasih hanya mainan anak kecil untukmu.
Hanya boleh jadi penghias bibir kala sepi.
Hanya boleh jadi peneman hati kala sunyi. 

Dan aku manusia mudah terpedaya. 
Asmara ini hanya satu perhentian.
Yang tiada penghujungnya.


Pulang, Sayang.

Sayang,
pulanglah malam ini aku menunggu.
Sayang,
kerlip kota ini bukan untukmu.

Sayang,
berhentilah leka dengan dunia.
Sayang,
lepas lelahmu di dadaku seketika.

Sayang,
aku setia menanti.
Sayang.
Kamu kembalilah kesisi.


Sakura Cinta

Aku kenal dia di satu musim bunga. Waktu itu sakura sedang berbunga, sebagaimana juga hati aku. Dan dia, dengan kimono merah jambu, membuahkan mesra di serata alam. Debunga-debunga cinta pun bersemi, sakura menari dengan gembira hingga ke musim luruh.

Aku masih ingat lagi, kita berjalan-jalan di bawah pepohon sakura itu. Sakura jatuh di sisi bahumu, aku ambil. Mekar harumnya, mungkin jodoh untuk jadi pendamping kupingmu. Dan ku sisipkannya di situ, merah jambu kimono mengisi pipimu.

Aku masih ingat lagi, kala sakura itu sedang jatuh berguguran kala jarimu ku genggam kemas. Hujanan sakura itu bukan menyakitkan, tapi aku sedikitpun tidak mahu melepaskan pandang padamu. Tiada satu pun sakura dapat menghalangi keindahan kamu.

Aku masih ingat lagi, waktu aku mahu melepaskan genggaman tangan itu. Kamu tidak merelakan. Kamu mahu kita berkekalan. Sakura-sakura yang kau petik dalam perjalanan, kau cantum jadi kalungan. Bagai keindahan sakura mekar itu, begitulah cinta aku pada kamu. Kekal.


Musim bunga untuk kali ini bezanya jari aku sudah ditumbuhi kedut-kedut tua. Rambutmu sudah mula diangggotai si putih. Garis-garis penuaan sudah sama-sama jadi sebahagiaan dari kita. Tapi sakura dan pepohonnya, masih berkembang. Masih sedia menyambut kedatangan kita, sebagaimana beberapa dekad belakangan.


Harapan.

Harapan.

Dulu kau pernah bilang,
Kau akan selalu ada,
Tak akan hilang,
Selalu akan menyapa,
Sentiada akan menghitung,
Menghitung hari bersama,

Setelah aku percaya,
Semua bait kata itu,
Kau lari kemana?
Kau lari tinggalkan aku,
tinggalkan aku tergapai sendirian,
Macam mana aku mahu maju kehadapan?

Mungkin aku terlalu letak harapan,
Sedang kau sendiri tak mahu bersamaku,
Untuk maju kehadapan bersamaku

Musalmah Munira.

Lelaki Logam

“Nye nye nye nye nye aku ada patung Iron Man baru, kau ada?”

Aku tak peduli sebenarnya apa budak gemuk kaya dan mengada-ngada macam Ali ada. Keep calm and carry on. Menghabiskan sisa nasi lemak dan mencampak masuk tepat ke dalam tong sampah. Blah.

Aku tak pernah kenal erti manja. Aku cuma tahu pulang rumah tengah hari nanti, aku kena pergi ke rumah Pak Cik Leman, ambik upah petik kelapa. Siap tugas itu, aku naik ke kedai Ah Chong, tukar syif dengan abang Zul cuci kereta. Balik ke rumah untuk Maghrib, cium tangan mak dan terus pecut pergi mengaji. Lepas siap mengaji, tolong Pak Mail di warung sampai tengah malam. Dapatlah sepuluh ringgit semuanya, sehari.

Aku tidak pernah penat. Aku cuma tahu, ada belanja untuk hari esok, ada benda untuk di makan, dan ada elektrik di rumah. Air boleh ditimba dari perigi belakang rumah, tinggalan abah, kata mak.

Mak kata, aku begitu cekal dan tekad, seperti lelaki logam. Aku ketawa.

“Mak, macam Iron Man yang boleh terbang tu? Tu negeri orang putih lah mak.”

Dan aku sambung ketawa. Sampailah satu hari, aku lihat figura yang Ali tunjuk berapa minggu lalu. Bezanya, figura ini hidup.

“Apa khabar, anak ku?”



Wednesday 19 June 2013

Perasaan Yang Terpendam

Bukan aku ingin membezakan kasih sayang dan belaian manja.
Bukan juga aku tidak setia.
Ini cuma luahan hati dan pandangan mata.
Penantian yang aku tahu tiada penghujungnya.

Sebelum ku mengenalinya.
Ku sudah mengenalimu.
Sebelum aku sayang padanya.
Hanya dikau yang aku tunggu.

Malam ini aku mengalami dipresi.
Dan aku amat memerlukan solusi.
Aku tahu kau tak perlukan semua ini.
Tapi inilah yang dinamakan luahan hati.

Apa yang aku pendam.
Semua aku tulis disini.
Tiada yang terpadam.
Walaupun seinci.

Toriq Ziyad

Ulang Tahun

Tiada apa yang aku mampu berikan kepadamu walaupun senyuman.
Tiada hadiah dapatku hantar.
Hanya sebuah ucapan yang tidak memberikan apa-apa makna untukmu.
Sebuah ucapan dimana disertakan dengan kerinduan dari isi hati terpencil yang aku pendam.
Hanya ucapan selamat ulang tahun kelahiranmu.

Semoga kamu baik-baik saja disana.
Terima kasih kerana pernah menjagaku walau seketika.
Terima kasih kerana telah mencurahkan segala kasih sayang.
Semoga dengan ulang tahunmu kali ini dapat menambah kebahagiaan hidupmu.

Maaf kerana terlalu awal aku mengucapkannya.
Kerana aku ingin sekali menjadi yang pertama.
Maafkan segala kesalahanku.
Maafkan jika aku tidak membahagiakanmu dulu.

Toriq Ziyad

Angin

Angin yang berlalu.
Bagaikan masalah yang berlaku.
Lepas satu ia melulu.
Kembali masalah lain yang menjuru.

Saban hari ia terjadi.
Untuk meningkatkan kekuatan diri.
Tetapi apabila ia berlaku.
Minda berlari seakan tidak mampu membantu.

Ada bermacam jenis angin.
Ada lembut.
Ada deras.
Ada sayu.

Ia juga seperti perasan hati.
Seperti mengikut haluan diri,

Toriq Ziyad

Dinda

Dinda.
Mungkin kita tak lagi dapat bersama.
Berdua memadu asmara.
Di taman bunga menagih cinta.
Menarik perasaan kasih dan mesra.

Dinda.
Mungkin sampai di sini saja kisah kita.
Kisah yang telah lama terbina.
Kisah janji abadi untuk selamanya.
Sampai di sini saja kata-kata manja.

Dinda.
Teruskan hidup tanpa namaku ini.
Perasaanmu akan berbunga kembali.
Walaupun tanpaku disisi.
Tanpaku yang telah lama mati.

Toriq Ziyad

Welcome To PHM Musalmah Munira


Tuesday 18 June 2013

Insaf

Biasanya – orang yang selalu ditimpa masalah hatinya makin kuat. Kalau aku, lepas dilanda badai sekali dua, rapuh menangis dan mengadu domba di telefon berjam – jam. Menangisi kononnya betapa tidak adil percaturan yang ditetapkan untuk aku. 

Katamu aku manis
Tapi hati aku kau hiris
Katamu aku lah yang menawan
Tetapi jiwamu rawan
Katamu aku membahagia
Tapi kau melontar derita
Katamu aku pujaan
Tapi aku kau sampahkan.

Banyak kali aku diingatkan, bahawa Yang Maha Esa itu tidak menguji hamba-Nya lebih dari yang mereka mampu. Aku masih lagi menidakkan seolah – olah dalam dunia ini cuma aku yang punya masalah. Seolah – olah masa depan aku sudah gelap. Aku mahu pergi jauh. Mahu betul – betul hilang dari hiruk – pikuk  ramai. Bunuh bayangan manusia khianat. Capai telekung dan sejadah selepas sekian lama aku lupa akan Dia.

Selera

Aku senyum tika kali pertama jumpa dia. Wajah-wajah yang selalu biasa aku jumpa juga. Tipikal dan tak menarik banyak perhatian bunga sekelilingnya. Tidaklah tampan mana, tidaklah manis mana. Yang sedang sedang saja. Namun dia penuhi selera aku.

Selera buas berbicara, berdebat, bertekak atau yang sama waktu dengannya. Aku senang dengan dia, kerana aku suka berlawan kata, pasif sekali. Ironi. Curi-curi pandang dan senyuman manis yang kerap bersilih ganti, hubungan itu dilestari.

Malam itu bila rindu menggamit dia dan aku bertemu. Bila pintu dikuak, aku lihat teman baikku jatuh terduduk menyaksikan penyatuan selera aku dan kekasihnya di mercu cinta yang tepu.

Sunday 16 June 2013

Mahunya aku

Aku mahu seorang penulis
Tapi aku mahu penulisannya berbeza
Aku mahu yang berjiwa halus sepertiku
Tapi halusnya berbeza
Aku inginkan yang seperti aku
Tetapi berbeza


Ya
Aku mahu kamu
Kamu yang menulis tetapi tidak sepertiku
Kamu yang berjiwa halus tapi halusnya tak sepertiku


Kau juga penulis
Cuma yang kau tulis bukan puisi
Cuma yang kau tulis bukan madah cinta


Kau juga berjiwa halus
Bukannya melalui puisi tetapi fotografi
Sesuatu yang kau minati


Ya sayang
Aku menulis tentangmu
Kerana aku mahu kau tahu
Hanya kau yang aku mahu

Kau Aku

Cemburu?
Tak perlu kau pura tidak tahu Aku tahu semua jelas diwajahku Aku sedang cemburu


Aku tahu kau setia Aku tetap harus waspada Mana tahu kalau ada yang menggoda

Tak perlu kita berteka teki Kita tahu dalam hati Kita saling mencintai

Mari dekat sikit lagi
Biar aku lekatkan hati Supaya tidak terpisah sesekali

Jangan buat aku gila bayang Sebab aku dah jatuh sayang

Tamak Halobaku



Sayang
Sakit
Jauh
Rindu

Sayang
Salah
Derita
Jarak

Sayang
Memadai
Sesaat

Sayang
Aku tahu kau tahu
Rasa sakit
Selama kita jauh
Merindu
Antara kau dan aku

Sayang
Entah salah siapa
Aku jatuh suka
Dan menderita
Dengan jarak kita

Sayang
Kau tahu aku tipu
Kalau aku katakan
Memadailah
Sesaat
Hanya sesaat lagi yang aku perlu
Untuk meratah wajahmu


Kerana sehingga akhirnya
Aku tak akan pernah puas
Walau setiap pagi jagaku disampingmu
Walau setiap malam lenaku didakapanmu
Aku tahu aku tamak
Tamakku hanya kamu
Sayang

Kejauhan



Dari kejauhan
Aku mendoakan kau bahagia
Aku mendoakan kau setia

Dari kejauhan
Aku mendoakan keselamatanmu
Aku mendoakan kita akan bertemu

Dan dari kejauhan ini
Aku mengharapkan bahagia nanti
Dari kejauhan ini
Aku mengharap kita kekal abadi

Dari kejauhan.
Sayang takkan pudar.
Kasih sentiasa segar.

Saturday 15 June 2013

Ertinya



Sekiranya kau tahu makna bahagia dalam cinta

Bukannya bermakna
Tiada tengkar antara kau dan dia
Bahkan sentiasa ada
Bahkan sekecil kecil perkara

Agar dia tahu isi hatimu untuknya
Dan kau tahu segala tentang isi hatinya

Sedarlah
Tengkar bukan penyudah
Tapi permulaan
Suatu perkongsian

Kalau kau tahu indahnya berkongsi
Kau takkan berhenti mengingini

Perkongsian tiada had henti
Selagi kau punya hati
Buat dirinya dan sendiri

Dan selagi kau punya hati
Cinta tidak akan pernah mati

Dan yang aku kongsi
Rasa bahagia dalam hati
Dari diri dan cinta di hati

Monday 10 June 2013

Matinya dia



" Apa semua ni? Hei ! Keluarkan aku dari sini. Kat mana ni? Sempit la bodoh ! Aku taknak duduk sini. "

" Bagaimana pendapatmu mengenai Muhammad? "

" Kau siapa ? Siapa Muhammad? Ahh! Keluarkan aku dari tempat sempit ni ! Bodoh ! "

Berterusan dia menjerit. Tak berhenti  henti dia pinta dilepaskan. Minta dikeluarkan. Tetapi semakin lama dirasakan semakin sempit. Sejurus selepas suara tadi berkata :

" Himpitlah dia hingga tulang belulangnya hancur berantakan. "

Dan dia terus dihimpit dibilik kecil itu. Seolah olah bilik itu suatu bilik perangkap.
.......................................................................................................................................................................
Menitik-nitik peluh diwajah setelah dia terjaga dari tidur. Terlalu sakit rasa seluruh badannya. Seperti rusuk dan tulang belulangnya benar benar patah. Dia terdiam. Berfikir sejenak. Dipandang sebelah, kekasih hati nyenyak tidur. Dipandang meja katilnya, gelas wain yang dinikmati bersama kekasihnya masih disitu. Tidak berusik seinci pun. Dipandang jam, 5 pagi. Tak dia ingat jam berapa dia dan kekasihnya tertidur. Setelah kepenatan bercengkerama tadi. Mungkin jam 2. Lengan si kekasih masih erat dipinggangnya. Dahi kekasihnya dikucup, tetapi masih kuat ingatan tentang mimpinya tadi. Dia bercadang untuk mengabaikan mimpi tadi. Gelas tadi dicapai, wain diteguk dan gelas kembali ke meja kecil. Lenanya disambung kembali.
………………………………………………………………………………………………………………
  Bagaimana pendapatmu mengenai Muhammad? ”
“ Ahhhhhhh ! Sekali lagi ? Kau kena bangun . Sebelum dia ulang lagi mimpi tu . ”
“ Himpitlah dia hingga tulang belulangnya hancur berantakan. ”
“ Ahhh. Kan dah ulang balik benda bodoh ni . Bangunlaaaaaa ! ”

Namun tidak sekalipun selepas itu dia bangun seperti yang sebelumnya.