Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Sunday 9 June 2013

Sakit Ini. Aku Sendiri Yang Rasa

Aku sedar siapa diriku.
Hanya teman yang tiada apa-apa.
Siapa aku untuk mempunyai perasaan sedemikian rupa?
Hanya angan-angan saja.

Aku tahu aku tak mampu jika tiada kehadiranmu.
Tetapi aku perlu bergerak seorang diri.
Bukan sekarang. Tapi kemudian.
Perlu tahan keperitan.

Aku hanya seperti sehelai kain basah.
Yang bergantung kepada angin untuk cepatkan proses pengeringan.
Begitu juga seperti kehidupan aku yang perlu diteruskan.

Kehidupan normal yang aku inginkan.
Tiada keperitan mahupun pengalpaan.
Tapi semua itu tak mampu aku lakukan tanpa kehadiran kamu.
Kamu cahaya luaran pancainderaku.

Biar aku seperti bayi merangkak.
Asalkan aku dapat capai apa yang aku mahukan.
Tetapi apa yang aku mahukan sebenarnya?

Adakah ingin bersamamu yang sedang bersama orang lain?
Ataupun tersuakan kehidupan yang memang aku tak bisa tanpamu.

Mungkin aku terlalu awal untuk mempunyai perasaan sebegitu terhadap kamu.
Atau mungkin juga perasaan itu yang mengaburi mata dan hatiku?

Aku punyai banyak jawapan.
Tapi kesemuanya mencurigakan.
Adakah ini. Adakah itu.
Aku inginkan pilihan jawapan yang semuanya benar belaka.

Dan jika benar kesemua pilihan jawapanku itu, mengapa perlu ku pilih?
Mengapa kebenaran itu perlu ada pilihan?
Bagaimana cara untuk aku memilihnya?

Ya. Aku kini sedang mengalami proses penerusan kehidupan.
Proses kehidupan setelah diriku dijadikan abu.
Diriku yang telah dibakar hidup-hidup oleh masa silamku.

Masa silam yang salahnya aku juga.
Mungkin ini sememangnya hukuman yang layak bagiku.
Tapi kenapa hukuman ini berlanjutan tanpa henti?
Belum habis kufikir, datang lagi berkati-kati.

Aku punya bermacam perasaan.
Ada yang baik. Ada yang buruk.
Tetapi mengapa perasaan yang baik itu diberi hukuman sedemikian rupa?
Hukuman itu setimpal. Tapi aku yang tak mampu untuk mendada.
Dan perasaan buruk itu telah menutupi perasaan baikku ini sehingga ia sudah tidak muncul di pangkal mahupun di hujung kehidupan aku sekarang.

Sudah lama aku begini.
Mungkin pancainderaku nampak biasa dimata orang lain.
Tapi organ dalamanku sakit siapa yang tahu?

******

Mungkin kamu tahu akan hal ini.
Dan aku amat berterima kasih.
Kerana kamu seperti memberikan aku tongkat untuk terus berjalan.
Walaupun aku kesakitan.

Kesakitan dan keperitan yang entah bila akan berakhir.
Atau tidak akan berakhir.
Bukan aku tak cuba.
Sedaya upaya aku telah cuba untuk berdiri.

Walaupun aku seperti diberi tongkat.
Adakah aku diberi atas dasar kasihan?
Atau atas dasar memang ingin membantu aku meneruskan kehidupan?

Aku hanya mampu tersenyum.
Senyuman yang uratnya amat terhad untuk ditarik.
Tapi aku berusaha juga demi kehidupan aku untuk kemudian hari.

Aku dah tak kisah masyarakat kiri dan kanan memandangku.
Hanya aku tahu aku ingin berjalan terus dan tegak.
Tanpa melihat apa di bawahku.

Gaung atau duri.
Akan aku cuba tak kira apa yang datang sekalipun.
Dan aku ingin sekali mengucapkan terima kasih kepada kamu.

Terima kasih yang tak terhingga.

Semoga kamu berkekalan dengan hatimu yang telah bergabung dengan hatinya yang menjadi satu jiwa.

Jiwa yang penuh dengan penghargaan.

Titik.

Toriq Ziyad

No comments:

Post a Comment