Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Friday 25 May 2012

Kesalahan Kejahatan

Melilau bebola mata.
Memandang sini-sana.
Melihat gelagat makhluk yang melata.

Berbelangkas berdua.
Berkumpul berganda-ganda.
Gelak ketawa memenuhi segenap dunia.
Berseorangan melangkah.
Arus manusia ditongkah.
Seolah kaki seribu melangkah.

Berwarna pelbagai tona.
Material berela tiada.
Hanya menutup yang ada.
Tiada segan malu.
Menutup mahkota itu.
Buat tontonan mata lalu.

Mewarna ikut suka.
Merah kuning hijau biru juga ada.
Seolah warna asalnya segala.

Yang sepatutnya menjadi raja.
Kini melenggok sini-sana.
Yang tiada diadakan.
Yang ada ditiadakan.
Tiada silu segan melakukan.

Dibuang dibaling dimatikan.
Kecilnya tak mampu menahan.
Hanya tangisan kedengaran.
Kewujudannya diadakan.
Kemudian dilenyapkan.
Tanpa sebarang belas kasihan.
Atas jasad dikandung sembilan bulan.
Seolah dirinya yang melaku kesalahan.
Sedangkan harus salah diri nafsu dan syaitan.

Hiruk-pikuk suara berkata.
Tiada faedah melainkan mengata.
Seolah dirinya sehebat pendeta.
Memperkata apa-apa.
Seolah dirinya bebas undang yang Maha Esa.
Tiada jahanam dan syurga.

Uni Jamil

No comments:

Post a Comment