Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Sunday 21 April 2013

Hilang Kawan?

pernah rasa hilang kawan? kalau tak pernah, baguslah. sebab bila hilang kawan ni. sakit. semakin rapat orang tu dengan kita, semakin sakit luka yang tercipta. ini dari pengalaman.

yaa. mereka kembali ke sisi. sebab kami kawan. tapi ada satu garis lurus. yang mungkin, terlalu halus. tak akan pernah dapat di lihat. hanya dapat dirasa oleh hati yang terluka.
tak mungkin aku dapat tertawa dengan mereka seperti dahulu kala. kerana luka.

mudah bagi orang untuk berkata " hey, semua dah bermaafan. semua dah kawan semula, bukan? " tapi segalanya takkan seperti dahulu kala. ada satu perasaan yang tak mampu aku tolak ke tepi. perasaan cemburu. cemburu pada mereka. yang bahagia. bersama. sedangkan aku, terasa kehilangan segalanya. manusia yang dahulunya sentiasa disisi, kini tiada lagi.

walau pahit mana perjalanan persahabatan dahulu. perit kehilangan ini, lebih dari itu. tak mampu ditanggung hati kecil ini. 

tapi aku sedar. segalanya salah sendiri. tak pernah tunjuk rasa hati. tak pernah luah betapa aku menyayangi. sampailah saat ini. masih bersembunyi. dengan bayangan sendiri. bersembunyi bersendiri. mungkin, tak pernah menghargai. ketika mereka disisi.

( satu luahan tentang sebuah kehilangan. tahun dua ribu sembilan. jiwarians. )


No comments:

Post a Comment