Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Thursday 30 May 2013

Manipulasi Mimpi

Malam tadi, aku bermimpi. Duduk di satu festival. Tapi entah festival apa. Festival muzik mungkin. Tapi karya buku juga ada di situ. Aku berjalan seorang diri. Ternampak band sixth sense sedang ligat memberikan persembahan. Aku teruskan berjalan. Aku penat, berhenti, air entah rasa apa aku tegukkan berkali-kali. DAN! Aku nampak vikalis Tres Empre, aku gersang! Mahukan autograf. Tapi kenapa dia botak? Mana hilangnya rambut panjang yang selalu dihayun dalam gig-gig mereka? Mungkin dia rimas. Aku berjalan menuju kearahnya. EHH! Dia lepak satu meja bersama sixth sense. AHH apa sudah jadi? Adakan Tres Empre telah bubar akibat kurangnya sambutan terhadap genre yang dibawa mereka? Dan adakah vokalis Tres Empre sendiri telah join venture dengan sixth sense? This is bullshit man! Mainstream dengan underground tak mungkin akan bersama. Aku garu kepala.

ZAPP ZAPP ZAPP! (bunyi tandatangan). Dia sign kan aja di notebook aku. Di sebelah meja mereka aku ternampak Fynn Jamal! Aku lagi suka! One of my favourite author! Terus aku berjalan kepadanya. Aku pinta sangat-sangat autograf darinya. DAMN! Dia selak hampir kesemua helaian notebook aku. Kenapa semua penuh? Sedangkan aku baru saja minta autograf dari vokalis Tres Empre. Tak mungkin members sixth sense pon join sekaki sign notebook aku? Aku bukan batak autograf mereka pun. Tidak mengapa, Fynn Jamal masih menyelak kerana melihat keterujaan yang terpampang di muka aku ini. "BERHENTI!" aku menjerit. "SINI KAK! SINI!" aku berkata. Beliau tersenyum dan menuliskan sesuatu. "Ahh tak cukup ni." Keluh Fynn Jamal. Aku melihat helaian notebook aku penuh dengan tulisan Fynn yang entah apa dia tuliskan. Mungkin kata-kata perangsang. Aku amat teruja. Aku berpetah, "kak, saya pun minat menulis jugak." Adik pandai menulis ke? Tulis dalam email adik tahu?" Fynn senyum dan menjawab kepadaku. "Eh kak, saya menulis dalam blog lah!" Aku mencelah sinis. Cupp! Kenapa dalam mimpi aku ini aku seorang budak kecik tetapi aku kenal siapa Fynn Jamal dan tahu perbezaan antara Tres Empre dan Sixth Sense. Siap aku minat lagi dekat Fynn. Hahaha.

*keadaan terpadam buat seketika kerana ini kan mimpi*

Kenapa aku diluar bangunan? Kenapa hari gelap gelita? Tadi panas bukan main. Aku berlari sepantas yang mungkin kerana aku mahukan juga notebook aku yang tadinya di autografkan oleh mereka. Sepanjang aku berlari, aku dengar sorakan dan tepukan. Aku hairan, namun tidak mengurangkan kadar kelajuan larianku yang bersemangat ini. Tangga aku naiki selamber macam dalam iklan milo. Sampai saja di dalam bangunan festival itu, semua orang pandang aku, dan Fynn Jamal berdiri betul-betul di depan aku dan tersenyum. "Adik, nah buku kamu ni." Fyn berkata sambil menghulur notebook milik aku itu. Tepukan dan sorakan tadi itu memang untukku. Dan berlaku untuk kali kedua. Fynn mengusap kepala aku.

ZAPP!

* aku terjaga dari tidur dan menghentuk-hentuk kepalaku kerana tak sempat nak ucap terima kasih dan tak sempat nak peluk Fynn*

Moral of the story: jangan terlalu cepat terjaga dari tidur apabila dapat mimpi sebegini.

Ini kisah benar.

Toriq Ziyad

No comments:

Post a Comment