Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Saturday 25 May 2013

Cinta Yang Buta. Bukan Mata

Carik-carikkan segala isi dan kulitku jika itu yang kamu mahu.
Agar kau dapat terima diri aku yang baru.
Agar kau dapat buang segala perasaan malu terhadapku.

Terhegeh-hegeh itu juga perasaan.
Perasaan yang perlu dipertimbangkan dengan keikhlasan.
Mungkin ia tak seperti yang dijangkakan.
Tapi ia amat memberi kesan.

Cinta itu buta. Tapi jangan jadi buta kerana cinta.
Mungkin ia tak masuk akal.
Tapi hakikatnya ramai yang sudah seperti ini.
Buta untuk melihat kebaikan dari keburukan.

Seperti gah pabila berjalan dengan orang penuh gaya.
Tetapi pada pengetahuannya, ia kosong tanpa tahu apa-apa.
Hanya pandai melihat di sekeliling dan meniru segala yang cantik dimata.
Tapi ia hanya di mata.
Bukan di hatinya yang entah ke mana.

Toriq Ziyad

No comments:

Post a Comment