Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Saturday 22 March 2014

Celaka Diagungkan. Bukan?

Kita jadi manusia,
Susun perihal hidup sebaik mungkin,
Satu demi satu,
Dari perihal paling remeh,
Sampai perihal paling sakit dan sakit dan sakit.

Rancang sesempurna mungkin,
Mengharapkan segalanya akan wujud,
Mengharapkan segalanya akan ada,
Biar nanti,
Ada cuma itu gembira,
Ada cuma itu ketawa,
Ada cuma itu suka-ketawa-ceria,
Semua yang bahgia.

Iya.
Semua yang bahgia,
Biar ditutup terus rasa kecewa,
Walau sekali,
Walau seketika,
Walau sedetik,
Dikit,
Dikit,
Dikit,
Jangan ada langsung kecewa.
Jangan langsung.
Jangan.

Semua,
Semua kerana kita jadi manusia,
Dicipta ada cacat-cela,
Takut tidak diterima,
Diterima manusia-manusia yang sempurna (itu yakin kita).

Padahal semua manusia,
Sempurna itu apa?

Cacat-cela itu bukan semuanya cacat-cela.
Kerna cacat-cela itu tanda Tuhan tunggu dan tunggu kita akan jadi manusia yang tidak akan pernah mati untuk berusaha dekat dengan Dia.

Tidak hari ini,
Tuhan tetap tunggu.
Dia sayang makhluk-Nya.

Jadi,
Untuk apa kita agungkan cela kita,
Sampai kita harus merasa mampus hati itu lebih baik dari semua?

Nilai mata manusia,
Memang berbeza,
Tiada yang sama,
Semua mahukan sempurna,
Pekik pada dunia,
Bilang,
Siapa yang tidak mahu rangkul hidup mereka sempurna,
Siapa?

Tiada.
Tiada.
Tiada.

Iya,
Kita jadi manusia,
Takut akan semua perihal itu,
Pasti ada,
Kita bukan dalam wujud sempurna.

Sempurna kita satu sahaja; sempurna kerana setiap masa saat detik hidup itu, Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, sayang kita, sampai bila-bila :)

Jadi,
Untuk detik mana,
Senyum mesti dipudar-matikan?


''Tapi kadang kita memang terlupa. Kerna kata Tuhan sudah jelas dalam kitab-Nya, kita manusia bersifat pelupa. Tapi tidak apa-apa. Tuhan tidak kata Dia tidak sayang kita. Bukan?''

@Pikeping

No comments:

Post a Comment