Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 27 August 2014

Mimpi Tinggi

Mungkin kau bilang aku mimpi sembarang.
Mungkin mimpi sekadar anak petang.
Mungkin mimpi sekadar bersarang.
Atau mimpi yang bawa aku terbang.


Tinggi-tinggi mimpi layangkan.
Bawa aku ke dunia khayalan.
Tinggi lagi, mimpi terbangkan.
Hubungan dunia kita putuskan.

Pulanglah;
kau panggil.
Aku takkan dengar.
Aku mahu ikut -
mimpi.

Wednesday, 20 August 2014

Puisi Bunga Daisi

Puisi bunga daisi -
untuk kamu yang disayangi.

Bukan rupawan.
bukan manisan.
bukan ketagihan.
cuma kebiasaan.

dalam sejambak mawar merah -
cuma aku daisi putih.
(hakikinya aku tak putih)
aku daisi biasa,
berperasaan regular sahaja.
hak cipta terpelihara;
bukan untuk siapa-siapa.
ya kamu.
seorang sahaja.


Wednesday, 13 August 2014

Putus Nyambung

Putus, sambung. Putus, sambung. Dan pada suatu ketika. Aku perlukan ruang. Sama ada untuk berfikir untuk menjauh. Dan jarak yang pisahkan kita, sudah cukup.

Cabaran menduga – aku pun tak tahu aku sudah sampai di tahap, aku sedang di persimpangan.

Aku manusia yang sedang di persimpangan. Memutuskan dan memisahkan, jasad dari hati. Perasaan dari logik.

Aku manusia yang sedang berkira-kira. Memutuskan bermakna melukai hati sendiri. Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat menumpang kasih.

Tuhan berilah aku kekuatan lagi untuk meneruskan. Aku sudah tidak mampu lagi.


Tuesday, 12 August 2014

Aku Pergi

Bila kulunimbus menutupi sinar mentari,
dan hilanglah segala siang yang menghidupkan hati.
 
Bila dingin merapati sumsum,
dan memecah liang liang yang tertutup.
dan aku keseorangan, menanti kamu.
 
Jika pergi akan membahagiakan,
jika datang akan memusnahkan;
biar apa yang telah terpatri selama-lama.
cuma tinggal bingkaian janji,
yang pernah tertulis dalam sejarah.
 

Biar apa yang dibilang,
Biar apa yang dihina,
Biar segalanya.

Biar aku disini
usah kau toleh pandang aku
Biar cinta suci ini
Biar ia terbuku.

(Adam ashman)

------------------------

Sengaja aku titipkan lebih
 rasa cinta sayang aku pada Dia
agar tidak lalai dengan cinta dunia
yang durjana.

5.18pagi. Ramadan ke dopuluhtiga.

(Adam ashman)

----------------------

Bercakap sana sini
umpama dia tahu itu ini,
Apa ilmu didada sudah cukup untuk kau mendabik dada?
Biar nampak bodoh
Jangan dihina kerana bodoh.

(Adam ashman)

Ramadhan ke lapanbelas.
------------------------

Saat cinta mahu dibina,
Segalanya berubah.

Rupanya cinta yang hadir itu
persis bunga2 kertas yg menghiasi ruang hati.

Cinta itu hanya jenaka.
Aku diam--

(Adam ashman)
Ramadan ke sembilanbelas
--------------------

Twitter : @adamashman96