Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Sunday, 21 April 2013

Hilang Kawan?

pernah rasa hilang kawan? kalau tak pernah, baguslah. sebab bila hilang kawan ni. sakit. semakin rapat orang tu dengan kita, semakin sakit luka yang tercipta. ini dari pengalaman.

yaa. mereka kembali ke sisi. sebab kami kawan. tapi ada satu garis lurus. yang mungkin, terlalu halus. tak akan pernah dapat di lihat. hanya dapat dirasa oleh hati yang terluka.
tak mungkin aku dapat tertawa dengan mereka seperti dahulu kala. kerana luka.

mudah bagi orang untuk berkata " hey, semua dah bermaafan. semua dah kawan semula, bukan? " tapi segalanya takkan seperti dahulu kala. ada satu perasaan yang tak mampu aku tolak ke tepi. perasaan cemburu. cemburu pada mereka. yang bahagia. bersama. sedangkan aku, terasa kehilangan segalanya. manusia yang dahulunya sentiasa disisi, kini tiada lagi.

walau pahit mana perjalanan persahabatan dahulu. perit kehilangan ini, lebih dari itu. tak mampu ditanggung hati kecil ini. 

tapi aku sedar. segalanya salah sendiri. tak pernah tunjuk rasa hati. tak pernah luah betapa aku menyayangi. sampailah saat ini. masih bersembunyi. dengan bayangan sendiri. bersembunyi bersendiri. mungkin, tak pernah menghargai. ketika mereka disisi.

( satu luahan tentang sebuah kehilangan. tahun dua ribu sembilan. jiwarians. )


Janji Ditepati







tak perlu tabur janji andai tak mampu dipenuhi.









*tajuk klise*over*

RSKC

rindu dihati.
tak siapa mampu beri erti.

sayang menggunung.
lebih tinggi dari gunung.

pantai bersih.
sesuci kasih.

bak permata.
aku jatuh cinta.

UniJamil.

tak berdosa

matanya berkedip. turut tersenyum saat semua tertawa. seolah memahami segala bicara.
sedangkan tak mampu berkata kata. tak mampu mencerna.entah apa di fikirannya.

di umpama. kain kosong tak berwarna. suci tanpa cela.

bayi tak berdosa.

mati tak bererti mati

bila jatuh cinta. hitam pun nampak warna warna. 

bila putus kasih. tak akan berhenti disisih.

sakit. tak bererti pahit.

pandang sudut tepi. kegembiraan itu wujud pasti.

UniJamil.