Anniversary

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label herinzasyadza. Show all posts
Showing posts with label herinzasyadza. Show all posts

Wednesday, 18 November 2015

Kamu yang Bikin Aku Bingung

bingung kupikir kamu
sekejap kau begini
sesaat kau begitu
apa kau mau?

bila kupikir kamu
aku yang jadi pusing
kamu?
terus terus saja dalam duniamu
terus terus saja menyiksaku

otakku tak berhenti pikirkan kamu
otakku bilang, sesakkan saja dengan kamu
ke mana kau mau campak dia?
dia ada saja dalam ragamu!

dia ada dalam jasadmu
dia ada dalam jiwamu
dia bukan saja hidup bersamamu,
dia akan mati denganmu.

aku bingung -
mana aku mau tinggalkan kamu?
kerana kau masih di situ.
tak pernah berpindah,
kekal dan tak menyerah.
teguh dan terus menyinta.

Wednesday, 3 September 2014

Entri Berat: Equality

Amaran: Entri ni berat ciked. haha

Let's do a little revision today. 

e·qual·i·ty
iˈkwälitē/Submit
noun
noun: equality
1.
the state of being equal, esp. in status, rights, and opportunities.
"an organization aiming to promote racial equality"
synonyms: fairness, equal rights, equal opportunities, equity, egalitarianism; impartiality, even handedness; justice
"we promote equality for women"

MATHEMATICS
a symbolic expression of the fact that two quantities are equal; an equation.
plural noun: equalities

Ke-sama-rataan untuk semua.
Aku tak bantah pun; cuma bagi aku tu cuma angan-angan. Kenapa? Ala, beli air dekat gerai pun kalau kau perempuan abang jual air tu bagi murah sikit, kalau kau lawa lah tapi.

Bentuk hak kesamarataan itu yang aku nak tahu pendefinisian dia. Status kita masing-masing beza. Kelas atasan, kelas pertengahan, kelas pekerja dan kelas bawahan. Kalau nak sama, kenapa yang kelas pertengahan lebih beraspirasi, bercuti kat luar negara, dan kerjaya lebih terjamin? Padahal beza dengan kelas pekerja adalah jenis kerja. Kerja yang memerlukan kemahiran atau tak?

Yang membezakan kita sebagai manusia; adalah ciri-ciri. 

Aku dengan kau mungkin satu kelas. Kelas Hubungan Etnik misalnya. Tapi aku suka duduk belakang sebab aku rabun dekat. Kau pula duduk depan sebab kau nak mengorat pensyarah tu. Ini bukan cerita niat masuk kelas, ini cerita pasal ciri-ciri seorang pelajar yang baik. Aiseh!

Untuk meletakkan manusia dalam kelas adalah tidak adil, tapi untuk menilai cara berpakaian sahaja kau dah tau dia kelas apa. Yelah, kalau kaki dah sarung empat lima ratus, mustahil bapak dia jual burger tepi jalan, ye dak?



Dalam menuntuk hak sama-rata untuk menjadi manusia, kau kena faham. Macam aku cakap awal-awal tadi yang pasal abang jual air murah tu. Macam tu jugak. Tak semua kau dapat tuntut sama rata. S

Tak sebab faktor luaran, faktor dalaman mungkin. Kalau kau jumpa makcik cleaner tapi kau buat muka, sombong. Makcik cleaner tu tak bersihkan kau punya kawasan, padan muka kau. Padahal kau bayar yuran semua sama rata. Khennn. It is always attitude based why we deserved such replies.


Ambik kau, kan dah speaking.

Bercerita pasal peluang. Bilalah nak ada peluang jadi wakil UNIMAS bertanding debat kat luar Sarawak aku pun tak tau.

Tak semua orang dapat peluang jadi apa yang diorang nak. Macam, ada student yang suka study benda-benda ilmiah, kaji buku, kaji pendapat, melukis dan menulis - apa-apa sahaja dalam bidang sastera. But his parent doesn't permitted it because takde masa depan. Katanya. Yeah, sains je ada masa depan.

Tapi dalam keluarga tu dia anak sulung. Ada anak bongsu, masa adik dia yang bongsu tu SPM, dia dah ada anak satu. Adik bongsu dia nak sambung study dalam bidang masscom. Parents diorang benarkan, sebab amsa tu kehidupan diorang dah stabil, dia pun dah boleh buat gaji support dua family.

Not everybody will get equal chances, though. Sebelum kita bukak cerita ke-tak-sama-rataan di peringkat lebih tinggi. Fikir dan tengok dunia sekeliling kita. Adakah semuanya sama-rata? Bayar duaploh sen ke limaploh sen ke tandas masih sama busuk. Wtf?

Jadi rasional dulu - baru bukak cerita kedai kopi.




Wednesday, 27 August 2014

Mimpi Tinggi

Mungkin kau bilang aku mimpi sembarang.
Mungkin mimpi sekadar anak petang.
Mungkin mimpi sekadar bersarang.
Atau mimpi yang bawa aku terbang.


Tinggi-tinggi mimpi layangkan.
Bawa aku ke dunia khayalan.
Tinggi lagi, mimpi terbangkan.
Hubungan dunia kita putuskan.

Pulanglah;
kau panggil.
Aku takkan dengar.
Aku mahu ikut -
mimpi.

Wednesday, 20 August 2014

Puisi Bunga Daisi

Puisi bunga daisi -
untuk kamu yang disayangi.

Bukan rupawan.
bukan manisan.
bukan ketagihan.
cuma kebiasaan.

dalam sejambak mawar merah -
cuma aku daisi putih.
(hakikinya aku tak putih)
aku daisi biasa,
berperasaan regular sahaja.
hak cipta terpelihara;
bukan untuk siapa-siapa.
ya kamu.
seorang sahaja.


Wednesday, 13 August 2014

Putus Nyambung

Putus, sambung. Putus, sambung. Dan pada suatu ketika. Aku perlukan ruang. Sama ada untuk berfikir untuk menjauh. Dan jarak yang pisahkan kita, sudah cukup.

Cabaran menduga – aku pun tak tahu aku sudah sampai di tahap, aku sedang di persimpangan.

Aku manusia yang sedang di persimpangan. Memutuskan dan memisahkan, jasad dari hati. Perasaan dari logik.

Aku manusia yang sedang berkira-kira. Memutuskan bermakna melukai hati sendiri. Tempat jatuh lagi dikenang, apa lagi tempat menumpang kasih.

Tuhan berilah aku kekuatan lagi untuk meneruskan. Aku sudah tidak mampu lagi.


Tuesday, 12 August 2014

Aku Pergi

Bila kulunimbus menutupi sinar mentari,
dan hilanglah segala siang yang menghidupkan hati.
 
Bila dingin merapati sumsum,
dan memecah liang liang yang tertutup.
dan aku keseorangan, menanti kamu.
 
Jika pergi akan membahagiakan,
jika datang akan memusnahkan;
biar apa yang telah terpatri selama-lama.
cuma tinggal bingkaian janji,
yang pernah tertulis dalam sejarah.
 

Tin Kosong


Kau nyalakan satu keinginan dalam hatiku --
untuk ingin pergi jauh-jauh dari fana.

Kau beriku harapan -
bahawa bilamana aku bangkit nanti
kau sudah tunggu di penghujung jalan mati.

Mana kamu -
yang manis janji?
Tin kosong.

Sunday, 10 August 2014

Rupawan dan si Buruk

Orang kata pipit dengan pipit,
enggang terbang sama dengan enggang.
Maka aku ini?
Sepotong hati yang dipanggang sepi.

Hanya mampu melihat kau dari jauh,
rupawan yang menjadi idaman sang jaguh.
Menangisi --
kegagalan untuk memiliki.

dan aku si buruk rupa;
menghadap kematian yang nyata.
Mati sekeping hati; dihanguskan mimpi.

Saturday, 2 November 2013

Terdetik

Aku sedang terbaring memandang langit. Langit tinggi yang tak tercapaikan oleh fizikal. Terdetik dalam hati:-
  • Bila harga gula naik, adakah manis senyumanmu akan jadi mahal?
  • Bila harga minyak naik, adakah jarak kita jadi makin jauh?
  • Bila subsidi dihapuskan, adakah belas kasihan dan cinta kita juga berkurangan?
  • Bila agama dimain-mainkan, adakah kita sudah tak pandang pada syariah?
Sedang aku memandang langit - yang ku kira jarak fizikalnya akan memisahkan kau dan aku pada suatu ketika, aku percaya; pada suatu ketika roda akan berhenti berputar jua.

herinzasyadza.

Thursday, 15 August 2013

Payung

"Hujan pulak." Aku senyum pada lelaki yang merungut sedari tadi. Tuksedonya sudah terkesan tempias hujan. Dia membalas -- hambar. Dia cuma lelaki mewah pakaian tapi lompong hati.

Aku menoleh ke kiri.

"...permudahkanlah segala urusanku pada hari ni..." Isi munajatnya menarik perhatian aku. Tangannya diraup ke muka, dan menghadiahi aku senyuman -- manis. "Berdoa semasa hujan, mujarab." Aku mengangguk, dan bermunajat juga, dalam hati.

Hujan terus membasahi bumi, dan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti. Aku masih memerhati dua lelaki, penuh harapan yang hujan akan berhenti.

"Mahu payung?"

Urusan dia sudah dipermudahkan.


herinzasyadza.

Wednesday, 14 August 2013

Forget Me Not

The choice was once 
your choosing,
before losing
became my loss.
I was there in your forgetting -
until I was forgot.

herinzasyadza

Tuesday, 13 August 2013

Sebelum Kamu

Apa yang ada dalam minda aku --
sebelum kamu ada?

Kosong.

Apa yang mengisi malam-malam resah --
sebelum terfikir kamu?

Kosong.

Yang aku mahu -- kamu. 
Senyum kamu.
Tawa kamu.
Manis kamu.

Dan aku tidak tahu,
apa bakal jadi pada aku -
kiranya kamu pergi.

herinzasyadza.

Rumah Kosong

Rumah kosong –
Cuma ada sedih dan derita di halaman,
Tiada gembira yang  melewati –
Kerana rumah kosong itu,
Ditinggal untuk dihuni kesedihan.

Rumah kosong –
Tiangnya sepi, atapnya sunyi,
Kosong tanpa rasa bahagia.

herinzasyadza.

Monday, 29 July 2013

Sunyi

Kesunyian ini --
                        begitu nyaring sekali.
                        ia menjerit, dan terus menggemakan alam.

Kesunyian ini --
                        sudah jadi musuh utama,
                        sejak suaramu jadi halwa telinga.

herinzasyadza.

Sunday, 28 July 2013

Persona Kotor

Tampar --
hanya satu sentuhan manis untuk kamu.
Jeritlah, untuk dikasihani.
Rayulah, untuk disayangi.

Gigit --
hanya satu kucupan mesra untuk kamu.
Terpaku dan terpana di lantai dingin.

Enggan --
bila dipuja?
Puteri indah.
Persona kotor.

herinzasyadza

Saturday, 27 July 2013

Gentar

Kau tanya;
apa yang aku gentarkan - amat?

Aku jawab;
aku bukan gentarkan sunyi -
atau kekosongan hati,
jiwa yang tak terisi --
kesan disakiti.

Aku gentarkan --
kehilangan diri,
pada diri.

Bila aku tersedar awal fajar menyingsing, 
dan perasaan hilang bikin pusing. 

herinzasyadza.

Thursday, 25 July 2013

Hati dan Akal


Sering kali bila aku ikut hati --
musnah semua rasa.
musnah semua impian.
musnah semua harapan.

Sering kali bila aku ikut akal --
sesal semua putus.
sesal semua ingin.
sesal semua pilihan.

Ini - betul atau tidak?
Aku cuma akan terus berjalan.

herinzasyadza.


Diam


Pernahkah kau bertanya --
kenapa aku diam bila aku tak suka, 
padahal kau sering saja meronta padaku;
kau desak aku lepaskan duka.

Kalaulah kau boleh baca apa yang ada
di sini, dasar hati --
aku lebih tenang diam dan pasif,
letak jauh-jauh dendam.

Kerana kesakitan itu dari kamu,
kerana kepedihan itu untuk aku.

herinzasyadza

Saturday, 20 July 2013

Dedikasi

Ku beri kamu satu pena;
dengan satu ingatan tulus ikhlas tentang kamu,
yang menjadi tepu di angkasa perasaan,
bila aku kesepian.

Untuk dirimu pemuisi tegar,
dan aku puisimu yang nanar. 

herinzasyadza.

Friday, 19 July 2013

Bilang Pada Aku

Bilang pada aku --
apa yang paling kau takuti.
Tidak ada beza kau dan aku.

Bilang pada aku --
kenapa kau sukar lelap bila malam.

Bilang pada aku --
kau sudah lelah berjuang.

Bilang pada aku --
yang kau takut. tidak. putus asa pada kehidupan.

Bilang pada aku --
yang kau sering fikir tentang ajal.

Bilang pada aku --
yang kau merasa kehilangan.
yang dia sudah pergi.
yang kau kehilangan apa yang paling kau sayang.
yang semua itu tidak pernah kembali.

Ingat Tuhan.
Ingat Yang Maha Mengasihi.

Bilang pada aku --
bila masa yang kau perlu.
Bukan kau sahaja rasa begitu.

herinzasyadza.