Anniversary

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label unijamil. Show all posts
Showing posts with label unijamil. Show all posts

Tuesday, 9 February 2016

Jodoh ; adakah satu ketentuan?

Aku pernah sayangkan orang sampai satu tahap dimana aku rebah terkulai layu atas sejadah hanya kerana aku takut kehilangannya dan aku rindu. Itu dua sebab aku menangis sampai terlelap di atas sejadah itu. Aku masih ingat kerana dia adalah satu manusia yang aku sangka akan menjadi yang halal buat aku.

Aturan jodoh itu terkadangnya lucu.

Habis habisan aku doa supaya dia jodoh aku, supaya akad untuk aku itu dilafaz olehnya, supaya bahagia itu milik kami. Dan habis habisan aku tidakkan jarak, aku tidakkan segala halangan -- kerana aku sangka dia yang tercipta untuk aku.

Sampai satu ketika, aku pilih untuk melangkah pergi. Dan pada masa itu, beralasankan pelajarannya, ibunya, aku undur diri. Aku cipta bahagia aku sendiri. Tapi jujur aku masih sayang, masih rindu. Dan saat aku merasakan sayang dan kasih itu masih wujud antara kami, aku disergah kenyataan. Aku cipta bahagia aku, bersama yang lain. Dan dia sendiri pergi mencipta bahagianya.

Dan pada masa itu, sakitnya aku melangkah pergi dengan alasan alasan aku, dilapis sakitnya ditinggalkan. Kenapa sakitnya ditinggalkan sedangkan aku yang meninggalkan? Sebab sebelum kenyataan itu hadir dalam hidup aku, kami berhubung. Dan kata cinta, lafaz rindu itu masih wujud dari dia untuk aku sedangkan yang sebenarnya, sudah ada si perawan mengganti tempat yang aku tinggalkan. Sebab aku cipta bahagia aku, supaya aku tak kecundang fikirkan rindu, fikirkan sayang aku untuk dia. Dan dia percaya pementasan bahagia aku, aku kehilangan dia.

Masa tu, aku marah, aku sedih, aku benci, dan aku mahu dia kembali. Aku tak salahkan dia sepenuhnya kerana yang membuat keputusan itu aku. Tapi aku marah dan benci dipermainkan. Aku marah untuk kata cinta dan lafaz rindu dari dia sedangkan kenyataan itu sudah wujud. Bertahun aku tunggu. Menanti dengan sayang dan rindu. Menanti dia pulang ke pangkuan aku.

Tapi aku sendiri perlahan lahan bina dinding, cipta bahagia sekali lagi. Dan bahagia yang aku cuba cipta juga, aku tinggalkan. Perlahan lahan. Bukan tak sayang, cuma aku tergerak untuk meninggalkan.

Dan yang lucunya tentang jodoh,
Aku jatuh cinta pada satu lelaki yang berkali kali melukakan, dan bukan satu manusia yang aku idam dambakan. Tapi setiap satu tentang dia adalah kesukaanku. 




Jodoh itu ketentuan, tapi doa dan usaha perlu ada. Aku bukan Tuhan. Aku juga bukan ilmuwan. Sekadar satu perkongsian buah akal fikiran. 

Friday, 15 January 2016

Satu tindakan.

Sembunyi.


Satu perkataan.
Dan hanya satu tindakan.
Kau melukakan.




Dalam perhubungan, yang kau sama sama matang, percayalah, gaduh itu bukan perkara besar macam bercinta zaman baru remaja.

Yang akan jadi isu adalah, percaya, sembunyi, tipu, cemburu. Itu antara perkara yang paling senang bikin bergaduh, bikin huru hara.


Percaya - Bila aku tak percayakan kau. Dan dalam konteks ini, adalah syak wasangka.
---- Kau ingat aku akan terus pujuk kau dan tawar kata manis, hampar helaian sabar kalau segala kata aku kau tidakkan?

Sembunyi - Bila kau sembunyikan sesuatu dari aku.
---- Kalau betul aku manusia penting dalam hidup kau, kau akan beritahu aku hampir segalanya. HAMPIR. Yang terkecuali adalah hal hal antara kau dan Dia. Antara kau dan keluarga kau. Dan selain dari itu, aku harus tahu. Bukan isu syak wasangka, lebih kepada isu siapa aku dalam hidup kau. Simple.

Tipu - Tipu, kau tipu aku, Nokhtah.
---- Tipu adalah isu yang kau takkan mampu pejam sebelah mata. Sayang macam mana sekalipun, cinta tahap petala sampai syurga sekalipun. Tipu takkan kau mampu tutup mata. Sebab sakit ditipu itu takda perkataan mampu menggambarkan.

Cemburu - Mestilah cemburu buta yang aku maksudkan.
---- Kau layak cemburu kalau ada yang menggedik/mengorat your him/her but cemburu buta ni bahaya sebab, cemburu kau tak bertempat dan tak berasas. Cemburu tanpa alasan ni, kau rasa sampai bila aku akan tahan dan terus pujuk?


HAHAHAHAHA. Okay sekian. Sebab aku dah malas nak menaip.

Sunday, 30 August 2015

Hablum minallah wa hablum minannas

Jadi manusia jangan terlalu sombong.

Jangan angkuh.


Aku bukan satu manusia yang serba punya segala benda. Bukan juga satu manusia yang baik sini sana.

Tapi aku punya pesanan. Buat dia dia dia dia dia dia dia dia yang rasa diri terlalu hampir kepada sempurna. Oh ya, aku masih belum tinggalkan kenyataan malah aku tekankan - HAMPIR KEPADA SEMPURNA.

Aku pernah tonton satu drama yang aku kurang pasti tajuknya tetapi aku rasa tajuknya " Serupa tapi tak sama. " Something like that. Well, sudah tentu lah aku bukannya nak ulas pasal drama tu.


Terus terang dan jujur aku bukan satu manusia yang patuh setiap satu arahanNya dan jauh setiap satu larangNya. Tapi aku masih tahu apa itu agama, siapa Tuhan aku dan inshaAllah masih punya iman didada.



Berbalik kepada isu yang aku nak bangkitkan dalam entri kali ini. Pasal sombongnya manusia yang bagi dirinya, dia hampir kepada sempurna.

Bila menegur, ada adabnya. Siapa suka dimaki dihina? Kalau ada, mohon beritahu. Bencilah kelakuannya bukan si pelakunya. Mungkin ada akan cakap, "Ah, bila masuk isu ni, nak cakap salah si tukang tegurlah tu. Padahal dia yang bersalah. " Ya, si pelaku bersalah, tapi apa betul caranya si tukang tegur?

Hablum minallah wa hablum minnanas *Wallahualam* (Pardon me if I misspelled. Please do correct me if I'm wrong.)

Hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.


Si dia dia dia dia dia dia dia yang terlalu hampir kepada sempurna - adalah mereka yang menjaga 'hablum minallah' nya (tetapi tidak 'hablum minnanas' nya) *please note that only in this issue, and please do understand the context of this entry*

Dan si dia dia dia dia dia dia dia yang terlalu kerap dihina kerana jauh dari Dia nya dia - mereka mereka yang menjaga 'hablum minnanas nya' tetapi tidak 'hablum minallah' nya.


Apa bezanya? *Wallahualam* Tapi jika aku yang mengadili pastinya bagi aku mereka sama sahaja. Satu kaum memberatkan sisi kanan dengan sujud *please do understand my jargon*. Tapi memberatkan sisi kiri dengan kata kata yang melukakan manusia lain. Satu kaum pula memberatkan sisi kanan dengan amal dan kebaikan dengan berlaku baik ke atas manusia lain. Tapi memberatkan sisi kiri dengan meninggalkan sujud.

Tapi yalah, kita (manusia) hanya pandang pada salahnya orang.


- Tujuan entri ini adalah aku ingin si dia dia dia dia dia dia dia yang terlalu hampir kepada sempurna agar buka mata. Kerana sesungguhnya ini adalah apa yang aku nampak disekeliling aku.

 Aku takkan cakap sujud kau itu sia sia. Sebab aku bukan si hakim di akhirat sana. Cuma aku ingin ingatkan tentang satu perkara yang ulang kali kita ungkap - kata bilamana kita terluka " Semoga kau dapat jumpa aku di padang mahsyar. " Kau kena ingat, dosa dengan Allah (Maha Pengampun) itu inshaAllah diampukan selagi mana pintu taubat itu dibuka. Tetapi dosa dengan manusia, hanya manusia tersebut mampu memaafkan kau. Kau hampir kepada sempurna maka jangan kau alpa dengan hati manusia.


Ujian terbesar bagi manusia yang ingin berubah adalah riak. Pada pandangan aku, riak ini lebih kepada menunjuk yang bahawasanya dia berubah.

Dan pada pandangan aku, ujian manusia yang hampir kepada sempurna juga adalah riak. Riak dengan merasakan hanya diri sendiri itu betul dan benar. Dan memperlekehkan manusia yang sujudnya tak sehebat dia.



Sekian untuk kali ini. Renungkan lah.










Thursday, 22 May 2014

Aku Mayat Hidup

Kau kejam!
Kau bunuh siapa aku.
Kau tikam hati aku.
Hingga hilang segala rasa yang sepatutnya bertamu.
Tinggallah aku.
Si jasad ;
Yang kaku hati dan rasanya.
Tapi masih jua menghela nafas.
Dan ,
Masih berdegup jantung dalam dada.



Akulah si jasad layak dipanggil ---
si Mayat-Hidup.

Thursday, 27 March 2014

Hm.

Kau tau faktabnya perasaan bila kau boleh terima kawan kawan kesayangan kau jadi kawan kawan kau tapi kesayangan kau tak boleh buat benda yang sama?










Aku tau apa rasa dia.

Aku tau rasa di-dua.

Aku tau rasa tak di-peduli.

Aku tau semua rasa yang melibat hati.

Wednesday, 30 October 2013

Persoalan. Punca.

Aku masih tertanya
Tentang siapa dia
Kenapa dia
Apa ada dengannya

Masih juga tertanya
Siapa aku
Kenapa aku
Ada apa denganku

Aku masih belum puas
Dengan soalnya akal
Aku masih belum puas
Dengan apa yang kau persembahkan

Entah kenapa
Mungkin cinta
Buat aku terasa
Dan ingin waspada

Saturday, 7 September 2013

Curang !

Bibir itu kau biar meratah bibirku.
Senyum itu aku biar membuat aku turut.
Wangian itu aku biar menyelimuti.

Sedangkan dia masa lalu.
Sedangkan dia bukan cintaku.
Walau aku tahu dia masih sayangkan aku.
Ya, aku tahu.
Dan aku biarkan semua itu berlaku.

Aku merelakan segala pujuk rayu.
Aku iyakan segala cumbu.
Aku sendiri mahu.
Dipelukan nya.

-- Aku tahu aku si pesalah.
Yang menyerah.
Pada yang salah.
Kerana aku kekasihnya si dia.

Dipinta pergi. Disuruh melupa.

Kau minta aku pergi.
Sedangkan kau penjara hati ini.
kau suruh aku melupa.
Sedangkan kau pemilik rasa dalam dada.

Apa semua ini?
Kenapa?

Kenapa aku dipinta untuk pergi?
Kenapa aku disuruh untuk melupa?
Kenapa?

Kalau kau ingin melangkah,
Tak dapat aku meghalang.
Kalau kau ingin melupa,
Siapa aku untuk cakap jangan.

Tapi.
Jangan aku yang dipinta.
Jangan aku yang disuruh.

Monday, 26 August 2013

Mencari bahagia



Aku hanya satu manusia.
Aku punya pelbagai rasa.
Aku tahu tentang rasanya suka.
Aku tahu tentang rasanya duka.
Dan aku tahu perasaan yang tak kekal lama.

Aku sedang mencari bahagia.
Dan bukan hanya cinta.
Aku punya si dia.
Dan aku masih mahukan redhanya Dia.

Takkan bahagia seorang manusia.
Tanpa cinta.
Tanpa redha.
Dan tidak tanpa Dia Yang Maha Esa.

Dan akulah si tamak haloba.
Yang mahukan setiap satu darinya.

Saturday, 24 August 2013

Untuk yang aku panggil Cinta.



Entah apa rasa dalam dada.
Dup dap dup dap.
Bila muncul dikepala satu nama.

Entah apa dalam hati.
Dup dap dup dap.
Bila memori diingati.

Entah apa yang aku mahu.
Dup dap dup dap.
Aku tersipu malu.

Entah siapa kau.
Dup dap dup dap.
Dan aku terpukau.

Dan ya.
Aku tersenyum bahagia.
Aku suka.
Siapa kita.
Dimana jatuhnya aku ; aku bahagia.

Si pemain liga.



Si pemain liga.
Pialanya si dara.

Kau tetapkan golnya.
Kau tetapkan masanya.
Kau tetapkan apa sahaja.
Dan tunggu sahaja.

Dia pasti juara.
Si dara miliknya.
Hanya untuk suka suka.
Dan seketika cuma.

Mahunya hanya gelaran juara dan dara.

Tuesday, 6 August 2013

Syawal tahun ini

First of all. Uni ucapkan selamat menyambut kedatangan Syawal. Selamat Hari Raya buat semua tukang baca. Dan sepanjang mana Uni jadi tukang tulis disini, Pabila Hati Menulis a.k.a #PHM sekiranya ada tertypo, hee, terkasar bahasa, terguris hati siapa siapa, Uni mintak maaf.

Uni hanya penulis hingusan. *tetiba terbayang Shin Chan dengan hingus dia* Uni disini bersama teman teman. Uni menulis dari pengalaman dan pandangan. Imaginasi jugak.

Ada jugak yang ada kaitan dengan yang hidup. Tapi tak pernah ada kaitan dengan yang dah inalillah.



Okay. Yang tu, gambar curi. Haha.

Apa apa pun,

Tidak mengapa andai jauh dimata.
Asalkan sentiasa diingati.

Tidak mengapa tak pulang ke kampung halaman.
Asalkan ingat asal usul diri.

Tidak mengapa puasa tak cukup sebulan.
Asalkan tak buat hukum sendiri.

Tidak mengapa jika penuh kesederhanan.
Asalkan ikhlas dihati.

Tidak mengapa kalau pakai baju lama.
Asalkan tak buat perangai busuk hati.

*Okay nampak sangat Uni dah mengarut*

Sambut lebaran ni, tak perlu meriah macam kahwin empat serentak. Sederhana. Ramadhan dah ajar kita untuk bersederhana. Bukan untuk Ramadhan sahaja, tapi sampai bila bila :)

p/s : Hah tukang baca sekalian. Mana duit raya untuk Uni?

#Toriq Ziyad  #AletAzfar #Hanny #FL #Anasuhani #Herinzasyadza #Musalmah Munira ,
mana duit raya untuk Uni?

 #skuadPHM sekalian, Uni mintak maaf mintak ampun kalau ada mengguris hati sesiapa :) Salam lebaran semua.

Assalamualaikum.

Untuk Ramadhan

Ahah!

Uni tau laa Syawal tu sampai lusa. Tapi eksaited dah Uni nak sambut dia di pintu gerbang. *Aiceh*

Walau masih awal satu malam lagi.

Selamat menyambut indahnya Syawal.

Salam peluk cium Ramadhan jangan dilupakan.

Semoga tahun depan, panjang umur dan dapat bertemu lagi.

Disebabkan Uni tak dapat memeriahkan konti esok hari. Uni nak cuba buat puisi. Satu pun jadilah.

Ehemm ehemm.

. . . . . 

Setiap kali Ramadhan menjelma.
Syawal yang difikir dikepala.

Apa tema?
Apa warna?
Apa itu,
Apa ini.

Sejenak.
Dimalam terakhir buat Ramadhan.
Fikirlah.
Masih adakah kurangku buat Ramadhan.
Masih adakah yang perlu aku lakukan.
Dan masih sempatkah untuk aku melakukan.

Untuk Ramadhan.

Wednesday, 31 July 2013

Dilema Sang Pencinta



Dia. Seorang lelaki yang setia. Dengan sang Pencintanya. Bahagianya mereka seumpama rintik hujan itu emas permata. Deru angin itu musik kegemaran bersama. Lautan luas itu taman bercengkerama. Gunung yang tinggi melangit seperti kayangan bersama. Terlalu indah. Terlalu membahagiakan.

Shasha seorang perempuan yang agamanya punya satu Tuhan. Begitu juga kekasih hati, Mikhail. Namun keduanya hidup bertentangan dari kesucian itu. Tidak. Mereka tidak dahagakan kencing syaitan itu. Mereka dahagakan senggama. Nafsu durjana dibiarkan memenuhi segenap pelesok hati. Menjadi pegangan rutin setiap hari.

Walau tanpa alkhohol mahupun dadah, semasa bersama menikmati senggama indahnya dunia bagi mereka. Seperti dialog filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, “Dunia ini Ana yang punya.” Nikmatnya bersenggama. Dibelai kekasih yang tercinta. Tidak diambil kira masa mahupun tempatnya. Asalkan sesuai, tatkala nafsu membuak buak didada, di lantai pantai jua mereka melepas rasa cinta. Bahagia yang dirasa bukannya hanya dari dia, malah sang pencinta jua. Terlalu mengasyikkan.

Shasha punya rasa bersalah didada. Tidak. Bukannya kerana dia tidak setia, kerana derhaka sebenarnya. Terasa dirinya makhluk terhina setelah nikmat bersama kekasih hatinya. Dia masih ingat apa yang guru agamanya ajarkan dahulu. Dan dia tahu bahagia ini berdosa. Terasa seram sejuk tatkala ingatkan natijahnya. Neraka jahanam. Jangankan bercengkerama, sedangkan bersentuhan sahaja sudah berdosa apatah lagi rutin mereka bersama. Shasha tahu perbuatan mereka harus dihentikan atau bermacam natijah jahanam di hari depan. Saat Mikhail bersama Shasha turut tenggelam gelodak asmara. Tak mampu lagi berkata “Sayang, marilah kita halalkan segalanya. Hentikan apa yang kita rutinkan setiap hari ini. Terlalu lama sudah kita bergelumang seperti ini.” Dia turut sama menikmati hangatnya asmara dan cinta mereka. Bahagia yang seketika cuma. Menanti saat hari pembalasannya sahaja. Kesal didada hilang dalam cumbuan Mikhailnya.

Bila masing masing punya urusan dan tidak bersama semuanya kembali menapak di benak fikiran Shasha. “Bagaimana harus aku hentikan tanpa kehilangannya? Bagaimana harus aku katakan padanya? Ahh. Ini semua buat kusut kepala.” Dan saat bertemu, mereka kembali bercengkerama. Kembali berkasih asmara. Tanpa rasa kesal didada. Tanpa takut akan dosa. Tidak terfikir dek akal mereka tentang timbangan di hari bertemu Sang Pencipta. Dosa lawan pahala. Siapa juara.

Shasha tak mampu menolak sentuhan dan pujuk rayu Mikhail, bahkan dia bahagia dengannya. Merancang tentang masa hadapan. Menyulam bahagia.


. . . . . 


Cerita Mikhail dan Shasha masih panjang. Masih belum jumpa penamatnya. Berkahwinkah mereka? Berpisahkah? Masih mengikut nafsu durjana hingga keakhirnya?