Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Saturday, 22 March 2014

Sungai

Andai saja kau bertanya padaku,
Adakah aku ingin menjadi yang lain selain manusia,
dan; Pastinya aku akan menjawab,
Aku mahu menjadi sungai...

dan; Jika sesudah itu engkau bertanya mengapa,
Aku sekali lagi akan menjawab,
Aku mahu menjadi sungai kerana,
aku ingin sentiasa mengalirkan cinta dan sayangku kepadamu,
sepertimana sungai yang tidak putus-putus mengalirkan airnya menuju ke laut...


Aku ingin selalu mencintaimu...

@AbangAsyraff

Coklat

Aku tahu kau menyukainya,
Aku tahu kau menggemarinya,
dan; Aku tahu kau menggilainya.

Justeru,
Seringku ku titipkan keping-kepingnya kepadamu,
dan; bersama itu aku harapkan,
Seperti mana coklat itu cair di mulutmu,

seperti itulah aku mahu hatimu cair untukku...

@AbangAsyraff

Jaga Diri Jaga Hati

Aku pasti,
Setiap malam kau pasti membaca,
Sebaris ayat ringkas yang tampaknya tidak bermakna,
Yang bunyinya juga agak mudah dan biasa,
Iaitu aku meminta kau menjaga diri dan menjaga hati.

Tapi,
Disebalik kata itu,
Aku selitkan juga sedikit konotasi,
dan; Aku pasti,
Jika kau tidak mendalaminya,
Kau pasti tidak akan mengerti siratan makna disebaliknya...

Jaga diri jaga hati...”,
Ku titip lewat utusan maya,
Sebelum kau melayari bahtera mimpi malammu,
dan; Bersama itu aku kepilkan sebuah harapan,
Meminta kau menjaga hatimu untukku,

Kerana aku mahu menjadi pemilik hatimu.

@AbangAsyraff

Bintang

Saat ku merenung ke langit,
Kulihat banyak sinar berkerdip,
Susunannya membentuk pelbagai posisi juga formasi,
Seakan juga bintang itu mahu membentuk susunan aksara yang terteranya namaku dan namamu,
dan; Itu membuatku tersenyum sendiri...

Aku mendongak lagi memandang langit,
Tapi kali ini pandanganku beralih ke sisi yang lain,
Iaitu ke sisi yang mana taburan bintang melimpah banyak,
dan; Ini memberi induksi kepada mindaku untuk berbicara sepi mengingatimu...

dan

Andai saja bicara itu bisa ku zahir menjadi suara,
Akan ku hela nafas untukku lafaz sebaris kata  kepadamu,

Sebanyak mana bintang di langit itu, sebanyak itulah aku merinduimu...”.

@AbangAsyraff

Senyum Yang Ku Cari

Aku percaya kau pasti pernah melihat,
Pelbagai aneka ragamnya sebuah senyuman,
Senyum manis beserta tawa,
Senyum manis berhias taring,
Senyum manis melesungkan pipi,
Senyum manis membentuk bibir,
dan; Senyum manis menyusun gigi
tapi; senyum yang ku cari adalah,

senyummu yang manis melesung di pipi. 

@AbangAsyraff