Anniversary

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, 16 May 2012

Kau.....

Kau datang dan pergi.
Umpama lagu diradio.
Berulang kali.
Namun aku masih menanti.

Kau seindah pelangi.
Bersama tujuh warna-warni.
Kau seindah mentari.
Yang berseri-seri.

Pelangi yang hadir berulang kali.
Tiada abadi.
Mentari yang silih berganti.
Bulan dimalam hari,

Kau umpama lagu diradio.
Yang menemani sunyi.
Kau umpama pelangi.
Yang mewarna hati.
Kau umpama mentari.
Bersama setiap hari.
Kaulah lagu pelangi mentariku.

Uni Jamil

Aku Hanyalah Aku

Aku tak seindah bayanganmu.
Aku tak seindah silammu.
Aku tak seindah sang suria.
Mahupun pelangi hari.

Aku hanyalah aku.
Yang sentiasa berjanji.
Untuk sentiasa ada.
Buatmu setiap hari.

Aku hanyalah aku.
Yang akan tetap menanti.
Saat kita bersama.
Tanpa jemu.

Keindahan yang kau impi.
Tiada padaku.
Keindahan yang kau harap.
Bukanlah diriku.

Maafkan.
Diriku tak seindah impian.
Diriku tak semurni harapan.
Kerana aku, hanyalah aku.

Uni Jamil

Monday, 14 May 2012

Sayang. Cinta. Itu adalah perasaan.

Kau yang menanamkan semaian kebahagiaan.
Kau membajakan tanaman kasih sayang.
Kau menyiramkan siraman keceriaan.
Kau juga menyuburkan dahan-dahan kemanisan.

Aku layu jika tiada kamu disisiku.
Umpama tiada sumber untuk aku terus membesar dan menjalar.
Denganmu aku dapat terus tersenyum dan gembira.
Walaupun aku tidak dapat membawa kebahagiaan kepadamu.
Tapi aku akan mencuba untuk menghilangkan kesedihan dalam lubuk hati kecilmu.

Itulah kamu.
Disebalik keindahan dan kecantikan namamu.
Tersirat sesuatu yang jarang dimiliki oleh gadis lain.
Kamu yang hampir sempurna dihatiku.
Menandingi gadis lain yang pernah kukenali.
Walaupun tidak sampai waktu perkenalan yang lama.
Tetapi saat aku bersamamu.
Seakan mengenalimu hampir sepurnama.

Suaramu yang dapat mencairkan ketulan ais yang terdampar di tengah-tengah kutub utara dan selatan.
Ia juga telah mencairkan hati dan mindaku yang bercelaru.
Tikaku senang. Kau ada bersamaku.
Tikaku susah. Kau tak lari dari pandanganku.
Aku ingin mengucapkan terima kasih.
Atas segala kenangan.
Kenangan yang tak dapat kulupakan.

Toriq Ziyad

Teman Baru

Tersenyum.
Tersenyum aku tika mengenalimu.
Kau yang baru dalam hidupku.
Kau corak baru duniaku.
Kau yang membuat aku merasa aku.
Kau yang membuat diri terasa istimewa.
Kau yang berkongsi keindahan yang sama.
Kau yang mengerti suka benci diri ini.
Kau yang memahami hati kecil ini.
Ya. Kau teman baruku.
Teman yang aku harap akan ada selamanya.
Bersama mewarna dunia.
Bersama mengejar cita.
Mungkin kau dan aku berbeza.
Namun bersamamu aku selesa.
Ya. Aku selesa.

Uni Jamil

Sahabat

Kau sentiasa ada.
Tika aku bersedih. Tika aku tertawa.
Kau bersama dalam susah dan senangku.
Kau menghibur, kau meluka.
Namun kau sentiasa ada.
Itulah kau yang aku suka.
Itulah kau yang aku panggil kawan.
Kawan yang bergelar teman.
Teman yang layak dipanggil sahabat.

Bersama kau membalut luka.
Luka cita, luka cinta, luka segalanya.
Biar berjuta luka kerana cinta.
Tak aku sanggup luka bersamamu.
Aku adalah insan yang sanggup kehilangan cinta kekasih.
Namun tak mampu aku bayangkan kehilangan dirimu.
Aku adalah insan yang terluka dengan sindiranmu.
Namun sembuh dengan gurauanmu.

Sang sahabat. Aku mohon.
Tatkala seluruh dunia mencemuhku. Teguhlah disisiku.
Saat mata-mata memandangku dengan kebencian. Sayangilah aku.
Saat semua insan meninggalkan aku. Beradalah di sisiku.
Tak aku peduli dengan cemuhan itu. 
Tak aku peduli dengan mata-mata itu.
Tak aku peduli langkah mereka.
Namun aku mohon kau teguh bersama dan menyayangi aku.
Kerana kaulah sahabatku.


Uni Jamil